MAKANAN PENCETUS "NATURAL LABOR"

Assalamualaikum w.b.t

Dup.dap.dup.dap
Itu je perasaan yang Bie rasakan sekarang ni. Entah kenapa jadi lupa rasa sakit bersalin anak pertama dulu. Yang ke-2 ni? Hanya doa yang Bie dapat panjatkan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya. Amin. Jika ditambah tolak mengikut due Bie melahirkan Naqib. Lagi 3 hari, proses bersalin akan bermula. Sebab Bie bersalin anak petama pada usia kandungan 38 minggu 2 hari. Masa lahirkan Naqib, itu pun berat dia dah cecah 3.27kg. Kalau lagi lambat lahir. Bie tak tahulah berapa agaknya berat dia.



Alhamdulilah, last check up 2nd baby masa 4/1/2017 yang lepas. Baby dah mula engage dalam 30%. Huuu.. harap-harap dalam tempoh beberapa hari lagi. Baby dapat engage sepenuhnya. Insyaallah. Amin.. Hari ni Bie dah genap 38 minggu. Semua barang dah kemas, Ibu Bie pun akan sampai malam ni untuk stand by kalau-kalau Bie bersalin awal. Harap-harapnya memang nak bersalin lebih kurang due anak pertama dulu. If follow due yang lama, maknanya ada 2 hari lagi atau kurang daripada tu waktu Bie melahirkan. Doakan Bie ye. Kalau mengikut petua orang tua dan tips daripada kawan-kawan; Antara makanan pencetus "Natural Labor" atau Natural Induce ialah;
  • Nenas Madu
  • Bendi
  • Telur Ayam Kampung
  • Bawang Putih
  • Makanan Pedas
  • Terung
Dulu masa bersalinkan Naqib, Bie sempat makan 3 jenis diatas ni dalam kuantiti berikut;
  1. Nenas Madu - 1 biji
  2. Telur Ayam Kampung - 1 biji
  3. Bendi - Tak terkira (Banyak Kali)
Untuk 2nd Baby ni, Setakat hari ini, Bie dah makan 3 ni juga, yang lain belum try lagi;
  1. Nenas Madu - 1 1/2 biji
  2. Telur Ayam Kampung - 5 biji
  3. Bendi - Sedikit (1 kali)
Hari ni, Bie dah mula rasa baby dah mula mengeras mengendur. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Amin. Apa-apa pun tergantung pada keputusan Allah S.W,T kan? Kita hanya boleh ikhtiar dan merancang. Hanya Allah je yang menentukan. Bie dah pujuk-pujuk Baby. Bila baby dah ready nanti. Baby lahir ye.. Moga Allah mempermudahkan semuanya. Insya'Allah.

ZN2ndBABY MATERNITY PHOTOSHOOT

Assalamualaikum w.b.t

Masa usia kandungan 37weeks, Bie masih gagah pergi buat maternity photoshoot untuk 2nd ZNBaby ni. Awalnya, daripada bulan 11 lagi Bie dah book slot untuk buat photoshoot baby. Sebab tak nak kelam kabut dihujung-hujungnya nanti. Bak kata orang, sementara masih larat. Tapi, apa yang buat Bie terkilan. Photographer keep postpone appointment kitorang sampailah bulan 12. Lepas tu pun, masih di postpone, katanya tak free sampai 28/12/2016. Lepas tu, Bie masih bersabar dan set 31/12/2016 dengan photographer tu.



Dek kerana kami dihambat masa (kami pun sibuk juga) maka, En.Suami suruh minta refund duit booking dan hire photographer lain. Hmmm.. nak kata photographer femes sangat. Rasanya biasa je, pelik juga sebab tak suka reply email atau whatsapp untuk berkomunikasi. Masa dia cancelkan tu pon subuh2 hari yang dijanjikan nak shoot. En.Suami dan Bie pon dah mula fed up. Akhirnya kami ditemukan dengan photographer Hafiz Mokhtar daripada Awakening Art Photography.

Kami deal dengan dia beberapa minit je. Request untuk shoot hujung minggu tu juga. Padahal masa tu dah hari Khamis. Nasib baik 25hb tu krismas dan cuti pada 26/12/2016 tu. Maka, terhasillah gambar-gambar super awesome ni. Alhamdulilah kami berpuas hati sangat! Thank you Allah, sebab mempermudahkan urusan ini. Thank you untuk photographer super awesome juga untuk gambar-gambar awesome ni. Sanggup bersabar dengan keranah kami dan Naqib untuk dapatkan shoot-shoot terbaik.

Lokasi : Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya
Masa : 9.30pagi

Recommended.!















Love' Bie

ALHAMDULILAH 27 TAHUN SUDAH

Alhamdulilah, Syukur..

Happy Birthday to me! Hehehe.. wish pada diri sendiri pula. Alhamdulilah, 30/10/2016 yang lepas. Usia Bie dah genap 27 tahun. Ya Allah, seakan-akan tak percaya dan rasa macam dalam mimpi. Betul ke, usia dah menjangkau 27 ni? Rasa macam baru lepas SPM semalam. (hikss.. nak cakap masih sweet 17 lettew kan) Diam tak diam, tinggal 3 tahun je lagi nak masuk 3 series. Mau bulat x bulat lah mata ni. Syukur Alhamdulilah Allah beri kesihatan dan kehidupan yang baik bersama keluarga tersayang. Semoga kehidupan ini tambah berseri dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami awal tahun 2017 ini. Insyaallah..

Umur 27 dah masuk anak ke-2, dulu lahirkan Naqib masa umur 25 tahun. Masa tu, cakap dalam hari cukuplah. Sakikit nak beranak ni. Tup-tup mengandung lagi.. Itulah lumrah wanita kan? Serius kalau dok bercakap hal-hal sakit bersalin ni. Alamatnya tak terperi, tak tertanggunglah, tak sangguplah. Tapi, diam tak diam anaknya dah 3-5 orang dah. Magic

Terima kasih untuk suami for this celebration.Kami dah expect yg krew-krew tony romas akan datang bawa kek dan nyanyi lagi happy birthday sebab sebelum ni kami pernah celebrate birthday kat situ masa birthday En.usben yang ke-29. Tapi apa yang paling memeranjatkan adalah hadiah daripada En.Usben.

Sementara tunggu order sampai

Naqib menconteng

Simple yet Brownies from Lovely Husband
Love you!





Terima kasih untuk telekung idaman ini. Tak sangka, En.Usben sanggup survey produk-produk kat laman web telekung siti khadijah. Lepas tu, belikan telekung dusty pink ini sebab katanya, 

"Ayang nampak cantik pakai telekung warna ni" 

Berbunga kembang mekar hati iols ni bila dengar En.Usben cakap macam tu. Dia memang tak reti nak romantik-romantik. Tapi sekali dia romantik, tahap diabetis punya. Rasa melting sampai nak pengsan tau. OK dah melampau tuu. hehehe..




Terima kasih juga dengan hadiah perfume daripada Bos a.k.a my leader.

Tak lupa juga ingatan dan ucapan serta doa yang muluk daripada semua keluarga, sahabat, rakan-rakan yang mengenali diri ini. Bagi saya, hadiah terbaik adalah ingatan dan doa yang tulus ikhlas daripada semua.


Terima kasih Allah kerana beri aku peluang untuk bernafas dan terus beribadah kepadaMu. Moga Allah mempermudahkan perjalanan hidup seorang Nabiha. InsyaAllah.Amin..

Thank you for reading - Bie-

ZNGRADS KONVOKESYEN UiTM YANG KE-85

Alhamdulilah, serba sedikit perkongsian gambar seputar Majlis Konvokasyen UiTM yang ke-85. Syukur, konvo kali ni sedikit berbeza sebab dah ada keluarga sendiri. Bawa suami dan anak dan anak dalam kandungan. Memang berbeza sangat. Kegembiraan tu ternyata berlainan kalau nak dibandingkan masa Bie konvo Diploma dan Degree dulu. Yelah, dulu tak kahwin lagi. Siapa yang ada? cuma ibu bapa, adik beradik, sedara-mara dan kawan-kawan je.

Kenangan yang tak dapat Bie lupakan masa konvo ialah kelaparan tahap dewa dalam dewan konvokesyen. Sidang penyampaian skrol dilangsungkan pagi 23 Oktober 2016. Bie sempat bawa biskut 2 paket untuk diri sendiri, 1 paket Bie makan dan  tiba-tiba 1 paket lagi ibu Bie minta pula sebab dia pon kelaparan juga sebelum masuk dewan konvo tu. Memang kami sama-sama tak terfikir nak makan kenyang-kenyang pagi tu. Sebab lepas subuh dah keluar daripada rumah dan 7.30pagi majlis bakal bermula.

Bila perut dan biasa makan nasi lemak pagi-pagi. Apa lagi, baby dalam perut pun dah mula menjerit kelaparan. Air pun tak bawa masa tu. Seriously langsung tak terfikir. 2-3 kali juga mengadu lapar kat En.Suami sampai tahap peluh jantan dah keluar menahan lapar. Kiranya, sesiapa yang bakal berkonvo pada sidang pagi. Persiapkan diri anda dengan makanan. Curi-curi makan sebelum masuk dalam dewan pun tak apa. Janji tak kelaparan macam Bie masa konvo yang lepas.

Bie keluar je daripada dewan, memang dah terduduk tak larat nak jalan. Tengok-tengok orang semua dah berpusu-pusu cari keluarga masing-masing kat luar. Bie call husband, tetiba husband kata dia kat lobi bawah sebab Naqib tidur masa tu. Serius tak larat nak jalan, lapar sampai menangis. Hehehe.. Adesss.. malu juga. Tapi kelaparan menguasai diri. Gagahkan juga berjalan menuju lobby. Nak naik lift, memang semua orang dah berpusu-pusu. Bayangkan, Dewan kat tingkat 3, Lobby tu kat bawah sekali. Nak atau tak, terpaksa jugak guna tangga. Sampai je bawah dah menangis lapar, nasib baik En.Usben belikan buah, air dengan nasi campur (sebab tu je yang ada jual kat tapak konvo tu) Maka, Bie makan dengan lahapnya. Sampai habis nasi tu. hehhe Walhal masa tu baru pukul 11.30pagi kot. Tapi dah belasah makan tengah hari terus. Adesss.. Ibu merandong kalau tahap lapar dia tu memang tak terbendung kan? Maafkan saya En.Suami, saya memang betul-betul lapar masa tu.

Lepas dapat makan, baru dapat senyum dan berdiri dengan betul dan bersedia ambil gambar dengan keluarga. Padahal, sebelum tu dah berjuraian air mata dah. Menangis sebab kelaparan. Bila ingat semula memang terlampau lucu. Mungkin sebab faktor kehamilan juga, tak boleh kawan emosi bila dah lapar tu. Hehehe..

Tapi, apa pun Bie bersyukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih untuk suami, anak, ibu bapa dan kawan-kawan yang sentiasa menjadi tulang belakang Bie selama ini. Tanpa mereka, Bie tak mampu capai apa yang Bie ada hari ini. Alhamdulilah.

Ada juga yang bertanya tentang bila nak sambung pengajian ke peringkat teratas iaitu PhD? Bagi Bie, persoalan itu biarlah Allah yang menjawabnya. Bie hanya mampu berteka teki buat masa ini. Allah yang memberi laluan dan jalan untuk Bie ke sana. Insyaallah kalau ada rezeki apa salahnya kan? Simpan dulu niat tu sebagai impian dalam hidup. Sememangnya, PhD memang Bie punya life goal pun. Hehe..

Sebelum masuk dewan. Wajib posing dalam toilet dulu lepas setting jubah dan mortar board

Antara rakan seperjuangan, Kak Rosmawati (beliau seorang guru sekolah)

Kasut yang terpaksa beli baru sebab kasut lama dah uzur sangat

Kena duduk barisan depan.

Perfect view from my sight

Lambat betul nak tunggu giliran ni. Semua graduan total ada dalam 1K lebih

Finally dapat juga skrol ni. Alhamdulilah

Ini wajib, Nyanyi lagu UiTM-Wawasan setia pelajar. Nasib baik ingat!










With En.Cinta Hati Dunia dan Akhirat

My Little RED Family

Bunga dan hadiah daripada suami dan parents

Lempar mortar board!
Finally :)

Dah boleh lempar sebab lepas ni tak de dah nak pakai MORTAR BOARD lagi
kalau ada rezeki konvo lagi. Kita pakai BONNET dah.

Hehehe

The End, Bie

ZNGRADS : OUR PRE-GRADUATION

Assalamualaikum W.B.T

Terima kasih untuk kawan-kawan yang memberi cadangan supaya Bie ambil gambar/shoot gambar ini bersama suami tercinta. Hingga sanggup beri pinjam set jubah dan skroll master (tertinggal kat rumah masa kelam kabut nak pergi shoot ni)

Alhamdulilah, kami berdua memang sama-sama ambil master daripada awal lagi. Tapi sedihnya tak dapat konvo bersama sebab suami delay hantar tesis sebab nak beri laluan untuk Bie habiskan dulu. Kemudian, kembali siapkan tesis beliau pada semester hadapannya. Masakan tidak, masa kami berdua bertungkus lumus siapkan penulisan tesis. Hal ehwal anak memang terabai, sampai 1 hari tak mandi, kami pun tak makan minum semua sebab kejar dateline. 2-2 pun bekerja, jadi masa yang ada sangat terhad. Akhirnya, si dia mengalah dan menyuruh Bie selesaikan semuanya terlebih dahulu.

Masa ni, pengorbanan anak kecil bernama Naqib ni mungkin tak terlalu ketara. Tapi, pengorbanan suami ni terlalu besar buat Bie.

Sebak! Terima kasih atas pengorbanan suami yang tak terhingga ini. Jadi, Bie abadikan kenangan ini dengan bergambar bersama-sama. Bie berkonvo pada Oktober 2016 ini dan suami bakal berkonvo pada April/Mei 2017. Cabaran shoot gambar bila dah anak ni, lain lah sikit. Hehehe. Tengok mood dia. Masa ni, mood tak berapa nak ada sebab baru lepas bangun tidur. Hehehe

Layankan jela, walaupun banyak juga gambar tak jadi. Hehehe..















Lokasi Photoshoot : Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam
Time : 4.00 pm
Photographer : Mohyiddin Photography

Love, Bie


**Next entry kita review on the day of graduation ok?

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim