Follow Us @soratemplates

Tuesday, 14 November 2006

DTDK


DENDAM TERLERAI DI HUJUNG KEINSAFAN

OLEH NABIHA MOHD MASHUT
FOKUS SPM SEPTEMBER 2006


Pernah terjadi pada suatu hari, aku dihadapkan ke bilik disiplin kerana marahku kepada Puan Norhayati. Hari itu Puan Norhayati mengamuk sakan apabila tugasannya tidak aku hantar. Aku dikenakan hukuman yang memalukan apabila diarahkan mencuci tandas selama seminggu. Hendak tidak hendak aku terpaksa melakukannya. Apa nak buat, sudah nasib badan, getus hatiku.

Sungguh, tidak dapat aku gambarkan. Betapa malunya aku untuk berhadapan dengan rakan-rakanku. Mereka sering mengejek aku dengan panggilan Haris Cleaner kerana aku dikenakan hukuman mencuci tandas. Setiap kali panggilan itu menyusup masuk ke dalam corong telingaku, setiap kali itulah rasa dendam, benci dan marahku terhadap Puan Norhayati semakin menggunung setinggi Gunung Everest.

Dendam dan benci sudah sebati dalam diriku, apatah lagi terhadap Puan Norhayati. Memandang wajahnya pun aku tidak ingin, malah kini aku sudah tega ponteng kelas Bahasa Melayu yang diajarinya.

“Ah, cikgu. Dia tidak tahu ke, aku ini orang melayu yang kaya dengan nilai budi bahasa? Buat apa hendak belajar lagi? Buang masa dan tenaga sahaja” aku bermonolog sendirian di sekitar sekolah sambil menunggu pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh Puan Norhayati tamat.

Tiba-tiba langkahku terhenti, berdiri tegak di hadapanku susuk tubuh seorang lelaki yang amat aku kenali.

“Haris, apa yang kamu lakukan disini?”

Oh, tidak! Aku ditangkap oleh Tuan Haji Mohammad Aiman, pengetua sekolahku.

“Tidak, saya hanya ingin ke tandas saja, salah ke?"

“Jangan kamu hendak berbohong dengan saya”

Terkedu aku mendengar kenyataan Tuan Haji Mohammad Aiman, macam tahu-tahu saja yang aku ini berbohong padanya. Tapi, bagaimana dia tahu bahawa aku pontong kelas? Siapa pula yang memberitahunya? Ini sudah tentu perempuan itu yang memberitahunya. Ish..bencinya aku!

“Sebenarnya tadi, Puan Norhayati memberitahu saya bahawa kamu tidak mengikuti kelas Bahasa Melayunya sejak dari awal lagi” tegas Tuan Haji Mohammad Aiman.

Tepat sekali sangkaanku. Rupa-rupanya hal ini diadukan oleh Puan Norhayati kepada pengetua sekolah. Tatkala itu hatiku tidak putus-putus menyumpah seranah Puan Norhayati. Kali ini aku diberi hukuman menyiram pokok bunga di sekitar kawasan sekolah selama seminggu.
Rakan-rakan tidak melepaskan peluang mengejek. Kali ini dengan panggilan Haris CG pula, iaitu Haris Cleaner and Gardener. Rasa malu semakin menebal dalam diriku. Sebal rasa hati apabila raka-rakan mengejekku dengan panggilan sedemikan. Pernah suatu ketika, Roslan mengejekku ketika aku sedang menjalani hukuman denda itu. Bergaduh besar aku dengan dia sehingga kami dirotan oleh Tuan Haji Mohammad Aiman. Namun, aku tidak mengaku kalah. Jangan ada sesiapa yang menghalang aku daripada menlakukan perkara yang aku mahu lakukan. Aku benci mereka yang sering menegah dan menghalang perbuatanku. Aku benci!

Hilang Semangat

Semakin lama perangaiku, semakin keterlaluan. Aku sudah hilang semangat untuk belajar, apatah lagi mata pelajaran Puan Norhayati. Akhirnya Puan Norhayati mengambil keputusan untuk menemui ibu bapaku untuk berbincang mengenai masalahku sewaktu di sekolah. Kedatangan Puan Norhayati ke rumahku amat menjengkelkan aku. Mana tidaknya, tidak cukup-cukup lagi dengan hukuman yang diberikan kepadaku di sekolah, kini dia mahu bertemu ibu bapaku pula. Sukalah hatinya jikalau aku dimarahi ibu bapaku.

Puan Norhayati umpama membubuh garam ke dalam luka. Ternyata rasa benciku terhadapnya semakin melaut, malahan tidak akan pernah surut. Malam itu aku dimarahi teruk oleh ibu bapaku. Aku bertekad untuk lari dari rumah untuk tinggal di rumah rakanku yang terletak di Johor Bahru. Aku menetap di rumahnya selama seminggu sehinggalah ibu bapaku mengetahui aku berada disitu setelah mereka berusaha mencari aku dimerata-rata tempat.

Mereka menjemputku pulang semula ke rumah. Sewaktu itu, tiada lagi leteran dan kemarahan. Meraka mungkin takut jika anak kesayangan mereka ini tidak pulang ke rumah untuk selama-lamanya. Aku akhirnya akur.

Benci

Aku tidak mahu ke sekolah lagi. Aku benci menatap seraut wajah Puan Norhayati yang bengis itu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx