SAUDARA SUARA MERDEKA

By BIE - 02:19:00 | 01 Comments

SAUDARA SUARA MERDEKA

Lagu kebebasan
Irama kedamaian
Nada kesejahteraan

Menjalin bait-bait
Suara mereka
Dari mana ceruk
Rantau yang beratus
Abad lama pisahkan
Hubungan jiwa yang tercerai
Berderai di hempas
Debu kedurjanaan.

Nabiha Mohd Mashut
Universiti Teknologi MARA
Segamat, Johor.
  • Share:

PERMAINAN HATI

By BIE - 21:48:00 | 01 Comments

PERMAINAN HATI

Disaat kedukaan itu,
Menggauli tubuhku,
Aku terasa asing,
Di dunia sepi,
Yang hilang akan,
Hingar bingar.

Percaturan perasaan,
Menentu sakit dan lega,
Minda cemburu,
Aku kesima,
Menentu masa dan,
Waktu itu.

Ia akan berubah!
Aku harus terima,
Ranjang kemesraan,
Bersamanya,
Itulah yang terukir,
Dibatu siratku,
Sejak azali dahulu.
Nabiha Mohd Mashut
Kota Tinggi, Johor.

remaja 1 APRIL 2007





  • Share:

TENGGELAM DALAM KEREDAAN

By BIE - 19:16:00 | 01 Comments
  • Share:

BANJIR DI KOTA TINGGI

By BIE - 01:36:00 | 01 Comments

  • Share:

CEREKA HATIKU

By BIE - 21:21:00 | 01 Comments

Kenangan semasa mengikuti program Minggu Penulis Remaja 2006 memang sudah
semestinya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Pelbagai penglaman dan pengetahuan yang baru dapat Biha peroleh merupakan umpama timbunan emas dan permata yang secara tiba-tibanya dilonggokkan di hadapan mata Biha, rasa terharu yang teramat sangat.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga biha hulurkan kepada Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia kerana menganjurkan program ini setiap tahun sejak 1985 lagi. Waktu itu pun Biha belum lahir lagi.

Kenangan yang dilayari di atas bahtera mentor Biha, Kak Nisah Binti Hj.Haron jug
adalah sebuah pelayaran dan pengembaraan yang menghiburkan dan penuh dengan fantasi yang mengasyikkan, walaupun kami pada ketika itu masih berpijak dibumi realiti.

Rakan-rakan sekumpulan, Kak Fieda, Kak Nissa’, Wanie dan Abang Azree juga telah
mencoretkan warna-warna baru dalam hidup Biha. Warna-warna yang tidak pernah ada dalam juzuk-juzuk warna yang telah direkodkan sebelum ini.

Pada malam terakhir kita bersama. Kumpulan kami telah mempersembahkan suatu
persembahan yang baru dan unik iaitu SYAJAKON, yang membawa maksud syair + sajak + lakonan. Biha telah bersyair pada malam itu. Wanie pula bersajak, Kak Fieda membaca pantun pembuka dan penutup. Akhir sekali Kak Nissa’ dan Abang Azree berperan sebagai permainsuri dan raja bangsawan dalam lakonan yang berpandukan syair yang dilagukan.

Lepas itu, Abang Shahron mempelawa Biha untuk berduet dengannya untuk menyanyikan lagu ‘ Gurindam Jiwa ‘ sempena perpisahan kami semua pada keesokkan harinya.

Hu..hu..sedihnya…..

Petikan Syair Bidasari

Anakanda disambut raja bangsawan,

Diangkat diriba atas pangkuan,

Ditidurkan anakanda serta merawan,

Buah hati tidurlah tuan.

Tidurlah nyawa tidurlah anakanda,

Tidurlah cahaya mata ayahanda,

Jangan sangat bercintakan bonda,

Hendak dibawa bukannya mudah.

Tidurlah anakku cahaya mahkota,

Anak ayahanda bijilah mata,

Tenggelam jangan sangat bercinta,

Kuresah kepada tuhan semesta.

Tidurlah anakku bulang hulu,

Biar ayahanda berjalan dahulu,

Anak kupandang hatiku pilu,

Bagai dihiris dengan sembilu.

  • Share: