Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

ORENTASI COMPASS

by - 08:02:00

Ahad, 27 Julai – Tidak ada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan gembira saya bila rakan, Nazrul memberitahu bahawa saya berpeluang menjadi fasilitator untuk program orentasi pelajar-pelajar semester 1 jurusan komputer sains. Terkesan juga dihati apabila rakan lain tidak dapat turut serta kerana bilangan fasilitator yang sudah mencukupi. Walhal, kami semua sudah merancang sesama sendiri untuk menjadi fasilitator secara sukarela (Zira, Eza, Yana, Mira, Alan, Zharif, Wan, Adik, Ijat next sem kita sama-sama jadi ad-hoc tau). Berikut, saya kongsi bersama rakan-rakan sekalian.

Seawal 7.45 pagi saya dikehendaki turun ke stor pusat. Sempat lagi mesej Eza untuk memaklumkan rasa sunyi saya pagi itu. Tambahan lagi, kesihatan saya agak tidak mengizinkan. Terpaksa saya bergerak dari kolej bersendirian tanpa teman-teman disisi. Namun, saya gagahkan jua.

Pengalaman bersama adik-adik (walaupun hanya beza setahun hehehe..) betul-betul buat saya gembira. Walaupun saya tidak sihat pagi itu, dengan tidak semena-mena jadi sihat sejahtera (hehehe…hebat jugak penangan budak-budak ni..). Kumpulan diagihkan, saya menjadi fasilitator bagi kumpulan 3 bersama Helmi Roslan. Tema kumpulan kami adalah peralatan sukan, syaratnya adalah;

- Setiap ahli kumpulan mesti dipanggil dengan nama panggilan yang berasaskan peralatan sukan yang mereka pilih
- Nama tersebut hendaklah ditulis diatas sekeping manila kad dan
- Hendaklah digantung di leher menggunakan tali nilon.


Berikut adalah aktiviti pada sesi pagi;





Berikut adalah aktiviti pada sesi petang;




Berikut adalah aktiviti pada sesi malam;



* Ingat kenangan kita bersama yaa..



- Mie -
- Cooler -
- Google -
- Trampoline -
- Ball -
- Reben -
- Pin _




*Ini adalah kenangan dan pengalaman pertama bagi saya

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx