BAZAR RAMADHAN DI UiTM SEGAMAT

By BIE - 2:57:00 PG



Ramadhan menjelma kembali, suatu bulan yang dinantikan, suatu bulan yang dirindui sekalian umat islam. Bulan untuk mengumpul seberapa banyak amal kebaikan dan kebajikan yang telah dilakukan. Mengupas isuBazar Ramadhan, pelbagai perkara yang boleh di kaitkan. Antaranya, kuih muih, lauk-pauk, pakaian, minumandan sebagainya.

Tumpuan pelajar UiTM segamat pada tahun ini ialah Bazar Ramadhan di tapak Dataran Seri Bendahara, berhadapanbangunan pentadbiran(admin). Agak kelakar juga mengumpul cerita dan gelagat mereka ini sewaktu merpusu-pusu
membeli juadah untuk berbuka puasa. Namun, itu semua adalah lumrah setiap manusia,bak kata pepatah "Rambutsama hitam, hati lain-lain". Begitu juga dengan serangkap pantun mengenai ragam manusia ini;


Di samping membeli belah di Bazar Ramadhan, adalah di ingatkan supaya berpada-pada dengan tipu helah si penjual. Kadang kala, kita sebagai manusia terlalu ghairah berbelanja, apatah lagi syawal yang mulia bakal menjelang tiba. Oleh demikian, pelbagai pihak sering mengambil kesempatan ini, untuk memperdaya pembeli dengan menaikkan hargasewenang-wenangnya, menjual barang tiruan dan tidak berkualiti, menjual makanan basi dan sebagainya.

Maka, kita sebagai pengguna harus berwaspada dalam membuat sebarang keputusan ketika membeli barangan.Agar kitatidak menyesai di kemudian hari. "Biar alah membeli, tapi menang memakai"

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx