Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

GUNUNG PULAI vs HOSPITAL PONTIAN

by - 01:02:00

18-21 Ogos - "Paksa rela" sinonim bagi semua pelajar Komputer Sains dan sebilangan kecil pelajar Akaun UiTM Johor (cawangan segamat) apabila senarai panjang nama-nama pelajar yang terlibat program Biro TataNegara yang bertempat di kem Gunung Pulai, Kulai Johor. Namun, saya agak gembira mendapat khabar tersebut kerana sudah agak lama rasanya tidak pergi ke tempat-tempat seperti itu. Tambahan lagi, saya sememangnya menggemari riadah dan kembara. Malangnya, sebelum bertolak ke Kulai, saya rasa tidak enak badan. Setibanya disana, sebelum sesi ta’aruf bermula. Saya muntah hampir 10 kali, kawan-kawan saya (Terima kasih buat rakan-rakan yang prihatin) memanggil pihak urus setia. Mereka membawa saya ke Hospital Pontian yang agak jauh dari kem tersebut(Terima kasih buat Kak Ruzi (Jurulatih kem) ). Belum sempat saya mengenali Kem Bina Negara, saya terlebih dahulu baring di katil Hospital Pontian.
Selepas dimasukkan air, saya kembali bertenaga. Malah lebih aktif dan memberikan komitmen yang penuh sepanjang program itu berlangsung. Agak kelakar juga pengalaman ini. Namun, ia membuatkan saya sedar dan belajar sesuatu daripadanya.




Terima kasih buat semua;
Jabatan Perdana Menteri
Pihak UiTM (cawangan Segamat)
Para Jurulatih Biro Tata Negara
Para Fasilitator Bina Negara
Rakan-rakan seperjuangan.

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx