CEMBURU

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya,
tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya
menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang
bekerja di site. Selepes si anak membuat panggilan, si anak
memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab
pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,
tetap perempuan itu juga yang menjawab.Si isteri pun dengan
marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan
pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah
habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat
drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu
semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada
di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".




MARI KETAWA

1979

Anak : Burung aper?
Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?PELEMPANG!!!! (Sibapak tampor)
Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!...

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang!


---- Sumbangan: Sahidi

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim