Follow Us @soratemplates

Wednesday, 30 July 2008

ORENTASI COMPASS

08:02:00 0 Comments
Ahad, 27 Julai – Tidak ada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan gembira saya bila rakan, Nazrul memberitahu bahawa saya berpeluang menjadi fasilitator untuk program orentasi pelajar-pelajar semester 1 jurusan komputer sains. Terkesan juga dihati apabila rakan lain tidak dapat turut serta kerana bilangan fasilitator yang sudah mencukupi. Walhal, kami semua sudah merancang sesama sendiri untuk menjadi fasilitator secara sukarela (Zira, Eza, Yana, Mira, Alan, Zharif, Wan, Adik, Ijat next sem kita sama-sama jadi ad-hoc tau). Berikut, saya kongsi bersama rakan-rakan sekalian.

Seawal 7.45 pagi saya dikehendaki turun ke stor pusat. Sempat lagi mesej Eza untuk memaklumkan rasa sunyi saya pagi itu. Tambahan lagi, kesihatan saya agak tidak mengizinkan. Terpaksa saya bergerak dari kolej bersendirian tanpa teman-teman disisi. Namun, saya gagahkan jua.

Pengalaman bersama adik-adik (walaupun hanya beza setahun hehehe..) betul-betul buat saya gembira. Walaupun saya tidak sihat pagi itu, dengan tidak semena-mena jadi sihat sejahtera (hehehe…hebat jugak penangan budak-budak ni..). Kumpulan diagihkan, saya menjadi fasilitator bagi kumpulan 3 bersama Helmi Roslan. Tema kumpulan kami adalah peralatan sukan, syaratnya adalah;

- Setiap ahli kumpulan mesti dipanggil dengan nama panggilan yang berasaskan peralatan sukan yang mereka pilih
- Nama tersebut hendaklah ditulis diatas sekeping manila kad dan
- Hendaklah digantung di leher menggunakan tali nilon.


Berikut adalah aktiviti pada sesi pagi;





Berikut adalah aktiviti pada sesi petang;




Berikut adalah aktiviti pada sesi malam;



* Ingat kenangan kita bersama yaa..



- Mie -
- Cooler -
- Google -
- Trampoline -
- Ball -
- Reben -
- Pin _




*Ini adalah kenangan dan pengalaman pertama bagi saya

AKIBAT BANYAK DOSA

07:48:00 0 Comments
Semua orang tahu bahawa racun itu sangat berbahaya. Namun, jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti oleh setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai individu yang tahu betapa bahayanya dosa. Bahkan, lebih berbahaya daripada racun.

Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu dibakar dan akan menyusahkan orang lain di dunia.

“Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.”

Namun mereka lupa bahawa kubur yang bakal kita duduki itu harus digali oleh orang lain, manakala kubur orang lain pula terkadang kita yang harus menguruskannya. Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain.

Contohnya seperti peminum arak, dia merasakan itu adalah suatu perbuatan peribadi, kerana dia membeli arak dengan duitnya dan jika dalam keadaan mabuk, dia juga yang terhoyong-hayang. Namun, realiti yang membuktikan peminum arak ini menyusahkan orang lain adalah melanggar orang ketika berada dalam keadaan mabuk. Dewasa ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya yang menemui ajalnya angkara pemabuk durjana ini. Sehubungan itu, rumah tangga juga jadi lintang pukang dek kerana arak.

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah ;

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan
Terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran.
Maknanya pendosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran pahala.
Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal.
Sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.
Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil.
Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak.
Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah.
Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah.
Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.



**Subahanallah...

Tuesday, 15 July 2008

MENGINGATI MATI

07:32:00 0 Comments

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”…

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”


(Surah al-Mulk :2)


‘Hati’ akan mudah lembut dan lunak bila mengingati kematian sbb azab yg ‘bakal’ dihadapi pada destinasi tersebut, tidak ada sesiapa yg akan membantu kecuali amal kita.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima(5) Kali;


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan“lah ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


GURAU CANDA RASULULLAH SAW

07:08:00 0 Comments
Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu."Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga".
"Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya
".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya."Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan,
"kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga".
"Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini;

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.