Follow Us @soratemplates

Friday, 10 April 2009

DISEBALIK DENDANGAN ZIKRULLAH

Malam Sabtu, Ain (rakanku yang merupakan Senat Kolej) menghubungi aku. Dia memohon jasa baikku untuk membuat satu saja yang bertajuk "Dendangan Zikrullah" untuk pertandingan Sayembara Puisi Islam antara Kolej di UiTM Segamat. Tanpa berfikir panjang, aku menghulurkan kesanggupan untuk membuatnya. Namun, pada masa yang sama. Koordinator program Fakulti Teknologi Maklumat dan Matematik menolak tarikh 4 Mac 2009 (tarikh dinner fakulti kami). Hari Isnin, bersama rakan yang merupakan penolong ketua program. Aku terpaksa, terkejar-kejar ke sana ke mari untuk mencari tempat untuk menukar tarikh tersebut kepada 7 Mac 2009.

Kembali kepada cerita, Sayembara Puisi yang akan berlangsung pada malam isnin itu. Dek kerana, kesibukan aku mengurus "Dinner" tu. Aku lupa akan janji aku pada Ain. Ain memesej aku petang itu,

"Biha, Sajak Dendangan Zikrullah dah siap?"

Ain datang ke bilikku sambil membawa kertas yang tersenarai peraturan-peraturan pertandingan,

"Kena deklamasi ke Ain?"
"Aah la"

Rupa-rupanya, tak ada siapa pun yang mahu mewakili kolej ke pertandingan Sayembara tersebut. Akhirnya, terpaksa ku buat Sajak Dendangan Zikrullah pada waktu yang agak singkat (2 jam). Mungkin agak mudah bagi segolongan penulis mapan yang lain. Namun, bukan bagi aku. Tambahan lagi, Ain mengatakan "Extra" markah akan di beri untuk sajak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis. (hadui...)

Terima kasih untuk majalah SOLUSI yang setia di tepi bantal tidurku. Ia banyak membantu dalam menghasilkan sajak "On the Spot" ini. Akhirnya, selepas maghrib. Bergeraklah aku ke Masjid As-Syakirin untuk menyertai pertandingan tersebut. Selepas Isyak, majlis ber mula.

Alhamdulilah, aku dan sajakku mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Sayembara Puisi Islam 2009..
Ain begitu berterima kasih kepada aku kerana kesanggupan aku bersusah payah demi pertandingan ini. Namun, telahku anggap ia adalah suatu amanah yang perlu aku tunaikan.\
"DEMI KOLEJ SEMPANA ALAM BUANA"


DENDANGAN ZIKRULLAH

Duhai bibir yang sepi……..
Kata-kata cinta terucap indah
Alirkan zikir di kidung doamu
Sakit yang kau rasa biar jadi penawar dosaku
Moga Dia, Ampuni khilafku
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku
Kepadamu Ya Allah

Duhai bibir yang sepi…….
Lazimi ayat-ayat Allah,
Kerna ku pasti
Kuatku, semangatku, sinar hatiku
Kan cerlang menghadapi badai kehidupan
Itulah,
Penawar jiwa…
Ubat hati… Disitu…
Ulama Al-Hakim mengutarakan
“Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu,
Bacalah Al-quran…”

Duhai bibir yang sepi….
Takkanku biar hati ini mati
Kerana engkau enggan bergerak
Dan Kerna hati tidak mengingati Allah.
Perincikan ibadahmu biar aku
Tak lapuk di timpa kesengsaraan
Yang berpanjangan.
Bantulah aku dalam mencari
Hati yang mulia di sisi-Nya.

Duhai bibir yang sepi…
Semarakkan dendangan zikrullah
Biar sentiasa meniti di bibir yang dulunya sepi itu.
Jangan diulangi kesilapan lalu.
Kerana sepinya bibirku dari-Nya
Merosakkan hati ini.
Jangan dibiarkan….
Jangan….

Imam Al-Ghazali berkata,

“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-quran.
Jika engkau tidak temui,
cari hatimu ketika mengerjakan solah.
Jika tidak ditemui,
cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati
Jika tidak ditemui,
berdoalah kepada Allah,
Pintalah hati yang baru…..”


Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Kata yang manis hendaklah tuturkan,
Sikap yang lembut hendaklah dilakukan,
Dosa dan maksiat janganlah difikirkan,
Dedangan zikrullah hendaklah dialunkan..


NABIHA MOHD MASHUT
UiTM JOHOR

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx