Follow Us @soratemplates

Monday, 25 May 2009

CODEX : SECURITY TALK









Kali ini, persatuan fakulti Computer Science Association, atau lebih dikenali sebagai COMPASS telah menganjurkan CODEX : SECURITY TALK yang bertempat di Dewan kuliah, Blok Sri Laksmana. Jemputan yang dijemput khas dari Kuala Lumpur ialah sebuah syarikat pengeluar anti-virus yang pertama di dunia.

Namun, ia agak tidak dikenali kerana gerak kerja mereka lebih tertumpu pada analisis virus-virus yang terbaru yang wujud dalam alam maya pada masa kini. Anti-virus yang berasal dari Sepanyol ini lebih dikenali dengan nama PANDA ANTI-VIRUS. Anti-virus ini berperanan melindungi komputer dengan cara yang lebih efektif berbanding anti-virus yang terdapat dipasaran. Segala serangan virus seperti worm, Trojan, botnet, spyware, joker, phishing, dialer, hoax, dan lain-lain dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Ceramah pada kali ini disampaikan oleh Cik Humaimah Jamaludin, yang merupakan Sofware Engineer di PANDA SECURITY COMPANY. Beliau telah menyampaikan pelbagai pengetahuan mengenai penjagaan komputer daripada serangan-serangan virus yang berbahaya serta kesan-kesan virus kepada komputer anda.

SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG




Si Manis berbaju kebaya kuning ini,
berjaya mengendalikan majlis dengan jayanya
SYABAS buat semua!!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx