EARTH HOUR DI UiTM JOHOR

By BIE - 11:34:00 PTG



Bercerita mengenai 60 : Earth hour, pelbagai cereka yang dapat dicoretkan walaupun ianya hanya berlangsung selama sejam (8.30 malam hingga 9.30 malam).

Pada mulanya, saya dan rakan sebilik hanya mahu menutup lampu bilik kami sahaja dan membiarkan kipas serta laptop kami terpasang. Tambahan lagi, kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang penting. Takut juga, segala perkara menjadi tergendala dek kerana bahana Earth Hour ini.

Malangnya, pada jam 8.45 malam, seluruh kolej kami menjadi gelap gelita. Ternyata, ada pihak yang menutup suis utama di bangunan kolej kami. Hendak atau tidak, terpaksa juga kami menyerah. Bergelak ketawa kami apabila memikirkan sikap pentingkan diri kami ini. Jika tidak dipaksa seperti itu, sudah tentu kami tidak menyokong Earth hour dengan Sepenuh hati, mungkin hanya 20% sahaja.???

Alhamdulilah, semunya berjalan dengan lancar. Gembira hati apabila merasai fenomena ini di Kolej kediaman saya. Suatu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tak melepaskan peluang untuk menemu bual pelajar-pelajar yang keluar dari bilik mereka dan bersiar-siar untuk menyaksikan



Malam bersama kegelapan yang sebenarnya





  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx