Follow Us @soratemplates

Tuesday, 5 May 2009

ELEGENCE WHITE AND ROSES


Minggu yang amat padat pada April 2009. Minggu-minggu yang saya lalui amat memenatkan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula, saya terpaksa organize majlis makan malam fakulti kami (Fakulti Komputer Sains dan Matematik) . Waaa.. raungan memang tak siapa yang endah. Lagi-lagi dengan title "Naib yang Di-pertua" segalanya terlatak di bahu saya. Hmm.. menggila..

Dengan tidak semena-mena, Syarif (ketua projek) pula memohon jasa baik saya untuk membuat persembahan pada majlis pembukaan. Terpaksalah saya menyumbangkan suara yang tak seberapa ini pada pembukaan majlis tersebut walaupun kelihatannya agak kucar-kacir kerana saya tidak menghafal lirik lagu (cela-bonecca). hehehe... (maaf untuk Syarif kerana menghampakan anda) .

Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar dan dapat pujian dari Pengarah UiTM Johor (Prof. Dr Haji Mohd Kamil) yang turut sama memeriahkan majlis dengan baju kemeja santainya yang berwarna putih. Katanya, "Saya masuk ke kedai BONIA dan melaburkan wang sejumlah RM100 untuk membeli baju ini(baju yang dipakai ketika majlis makan malam kami)". Terima Kasih Prof.. =3

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx