ARTIKEL DARI IBU

By BIE - 01:30:00 | 01 Comments
Lagi artikel dari ibu..

Ketika saya sedang bersantai dalam bilik. Tiba-tiba ibu masuk sambil memengang beberapa helai kertas berwarna putih. Ibu memberikan sehelai kertas itu kepada saya.

"Nah, artikel lagi"
"Tentang apa ibu?"
"Bersyukur.."
"ooo.."

Selepas memberikan kertas ibu, ibu berlalu keluar dari bilik saya. Beberapa helai lagi kertas yang tersisa itu. Saya tak tahu, ibu mahu memberikannya kepada siapa.

Ibu saya sememangnya rajin mengerat artikel-artikel dari surat khabar dan majalah (selalunya, dari akhbar) kemudian di fotokopi sebagai simpanan peribadinya. Kadang kala, diberikan khas kepada saya. Jika dia merasakan maklumat itu amat berguna untuk saya.

Sejak saya sekolah menengah, banyak juga artikel yang ibu beri..
antaranya seperti;
  • Selawat Fatih
  • Gejala murtad anak merdeka
  • Maklumat gerhana bulan
  • 10 waktu mustajab berdoa
  • Khutbah wada' ( khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w)
  • Bersyukur
  • DLL
Berikut, adalah kandungan dari artikel tersebut;




Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang dari Tuhan yang maha Kaya lagi berkuasa iaitu Allah


PERTAMA :

Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

KEDUA :

Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita tidak cerdik, ucap saja "Alhamdulilah" (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan adalah Allah.

KETIGA :

Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik, kita perlu bersyukur kepada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah kita.

KEEMPAT :

Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur adalah mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu sepatutnya berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

KELIMA :

Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi, dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang sikap riak.








**Membaca bahan ilmu, kekal sebagai petunjuk dan panduan dalam kehidupan mendatang. Buat ibu tercinta, terima kasih kerana prihatin dengan kebutuhan anak-anakmu yang sedang menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. =)
  • Share:

OH, KAMPUNGKU MUAR! (2)

By BIE - 17:23:00 | 01 Comments
"Amoi...Wes mangan opo urung" (Dah makan ke belum)
"Urung mbah" (Belum tok)

Dialog bahasa jawa pagi itu antara saya dan Mbah Kassim. Mbah Kassim, adik kepada atok saya. Entah kenapa, dari kecik saya dipanggil "Amoi"(mungkin, muka saya macam anak cina barangkali..hehehe). Saya memang lebih rapat dengannya sejak kecil lagi.

Oh, kampungku Muar!

Di Muar, Bahasa jawa sememangnya menjadi bahasa pertuturan di kampung saya. Tak kira dari ceruk mana sekalipun, bahasa jawa yang akan kedengaran di sana sini. Sejujurnya, saya memang tak faham langsung bila, makcik, pakcik, atuk, nenek saya speaking.. hehehe. Almaklumlah, saya generasi muda yang lebih banyak terdedah dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun, bahasa keturunan ini juga tak pernah saya lupakan.

Terkadang, saya bingung juga. Atuk dan nenek saya suka berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Jawa. Seperti biasa, ibu dan ayah lah yang menjadi translator untuk saya. (hehehe.. kalau bahasa yang mudah-mudah tu saya tahu la..)

Antara Bahasa Jawa Ringkas yang saya tahu;

  • Siji - (satu)
  • Loro - (dua)
  • Telu - (tiga)
  • Papat - (empat)
  • ..sampai sepuluh sahaja..(hehe..)
  • Urung - (belum)
  • Wes - (sudah)
  • Kakang - (abang)
  • Endas - (kepala)
  • Isin - (malu)
  • Ngombe - (minum)
  • Mangan - (makan)
  • Ngomong - (cakap)
  • Ngorok - (dengkur)
  • DLL (tak banyak yang saya tahu..hehe..)


- Ibu dan ayah sedang menikmati buah rambutan -


- Hidangan Segar dari Ladang..hehe (enak) -


- Kanak-kanak (sepupuku) turut menikmati buah rambutan -
( di depan rumah)


- BIE sedang mencari.. apa?? -






**Saya paling suka sikap orang berketurunan Jawa (mungkin orang lain juga begini). Pada pengamatan saya, setiap kali tetamu datang bertandang,Mereka sudah dijamu dengan minuman dan makanan.. Tetamu wajib pulang dengan perut yang kenyang. (Walaupun dengan hanya secawan teh o panas dan beberapa keping biskut kering).

"Makan adalah hal yang menggembirakan" Ibu sering berkata begitu.

Insya-Allah, akan saya amalkan sikap ini =)
  • Share:

OH, KAMPUNGKU MUAR!

By BIE - 15:48:00 | 21 Comments
"MUAR" adalah tempat kelahiran ayah saya. Kampung asal keluarga besar Almarhum Mat Zin (moyang). Seluruh warga kampung mempunyai pertalian saudara dengan kami. Entah macam mana boleh bersaudara, saya pun tak tahu. Minggu lepas, saya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan kak Ude'. Dah lama juga saya dan keluarga tak balik selepas Nyai (moyang perempuan dalam bahasa jawa) meninggal. Keluarga ayah pula, memang menetap di Kota Tinggi. Maka, setiap kali raya saya dan keluarga tak balik Muar lagi. Hmm..rindu dengan suasana kampung ini.

Kak Ude' adalah Makcik saya (kalau ikut pangkat la) tapi, dia lebih tua 2 tahun je dari saya. Pada 23hb Julai 2009, Kak Ude' dan Abang Nizam selamat diijabkabulkan. Majlis walimatulurus dilangsungkan pada 25hb Julai 2009 di kediaman keluarga yang bertempat di Serom 2, Muar Johor. Majlis tambah meriah dengan persembahan silat dan zapin dari kelab kebudayaan Muar.. Saya jadi teruja melihatnya.


SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT
NURUL HUDA & NIZAM




- Kak Ude' bahagia disamping suami tercinta -


- Persembahan silat (guna keris tu-ngeri) -


- Semestinya, saya orang yang paling terpesona-


- Raja sehari bersanding di pelaminan -







**Buat masa ini saja dah ada dua orang dari kalangan keluarga saya yang berkahwin. Hujung tahun ini, Kak Yune dan abang Caen pula mengorak langkah. Tentunya, lebih meriah.. Sebenarnya, saya nak bercerita lebih banyak lagi tentang kampung. Tak apalah, mungkin di lain entri barangkali. Walau apapun, SAYA SERONOK PULANG KE KAMPUNG... =)
  • Share:

KOPITIAM, TANGKAK, NOT 50

By BIE - 17:25:00 | 21 Comments
Sebenarnya, bukan ada cerita menarik yang berlaku di Kopitiam, Tangkak, mahupun pada not 50. Bercerita tentang minggu ini pula, UiTM seluruh Malaysia digemparkan dengan wabak selsema babi (H1N1). 4 tiang yang berbumbungkan nama UiTM telah patah sebelum ini (Lendu, Jengka, Dungun, Seri Iskandar). Maka, UiTM mengambil keputusan untuk memberikan cuti pertengahan semester kepada kampus induk dan seluruh kampus cawangannya. Yahooo...

Saya mendapat khabar berkenaan melalui rakan MPP ketika sedang enak menjamu makan tengah hari di Laman NR. Berderau juga darah ini, bila kita mula tahu bahawa wabak berkenaan berada di sekitar kita. Masing-masing jadi tak senang duduk, dalam erti kata yang lain "Panik". Saya pun pelik juga, sebab sebelum ni tak pernah pula fikir diri ni dalam bahaya. Bila UiTM mulakan cuti kuarantin, baru nak sibuk-sibuk takut itulah..takut ini lah.. hehe..

Mujur petang itu, saya dan keluarga akan pulang ke kampung di Muar. Pada mulanya, saya merancang untuk tinggal di kolej pada hujung minggu itu. Waaah..sangat bernasib baik ayah datang menjemput saya di Tangkak, sebelum bertolak ke Muar.


Lepak di Kopitiam Tangkak sambil makan.
Carrot susu, mee goreng, kentang goreng
(sambil tunggu ayah dan ibu sampai)


masuk je dalam kereta ibu bagi duit ni
(ingatkan nak bagi saya, rupanya cuma tunjuk duit baru jek rupanya..ceh!)







**Sampai di kampung, entah macamana.. ayah tertinggal kunci dalam bonet kereta. Lepas magrib baru kereta boleh dibuka dengan bantuan pakar. huish~ (ibu, pasni bawa kunci spare ke mana-mana ya?)
  • Share:

CERITA TENTANG SAYUR

By BIE - 09:56:00 | 21 Comments
Sejak dah dapat lesen kereta ni, jika ibu nak ke mana-mana.. Pastinya saya yang akan di suruh menyetir (memandu). Saya memang tak pernah kisah, "si kaki merayap" ni memang suka kalau berjalan ke mana-mana, pantang di pelawa! hehe... Kalau dulu, duduk di tempat duduk penumpang sahaja bersama adik (ayah yang menyetir). Kini, tahta ayah dah kena ganti dengan anak perempuan tunggalnya. Tapi, kasihan juga ayah. Pabila khidmatnya tak diperlukan ibu. Dia sering ditinggalkan di rumah (memang ayah tak mahu ikut pun..penat).

Minggu lepas, ibu mengajak saya menemaninya berbelanja di Econsave Taman Daiman Jaya yang baharu 3 hari dibuka dan beroperasi sepenuhnya. Alamak! pastinya keadaan disitu sungguh meriah. Almaklumlah, suatu yang baharu.. Sewaktu sibuk berbelanja, teringat-ingat pula akan dialog bersama ibu.


"Ibu, minta akak teman ni bukan apa.. cuma nak ajar akak"
"Ajar???"
"A'ah la.. ajar cara mcamana nak belanja. Nanti bila dah kahwin senang"
"Ermmm..apa susah, suruh je lakinya yang belanja"
"Lepas tu, akak nak tengok jek laki akak pilih bawang.. pilih sayur... akak pulak pegang troli macam ni?" (sewaktu itu, saya bertugas sebagai penolak troli ibu. hehe..)
"Ngeeee.."


Saya tergelak besar bila ibu cakap macam tu. Terbayang-bayang pula bagaimana keadaannya bila si suami sibuk membeli barang dapur, sedangkan si isteri hanya melihat sambil menolak troli sahaja. Mungkin pelik bagi saya dan ibu. Dan bukan bagi sesetengah orang..


- Sayur yang dibeli oleh ibu saya =) -





** Pengalaman yang diperoleh sepanjang hidup ini amat berharga. Akan saya praktikan dalam kehidupan mendatang.. Insya-allah =)
  • Share:

CERITA HUJUNG MINGGU

By BIE - 12:13:00 | 81 Comments
  • Share:

VIRUS DALAM KELAS TERSENDIRI

By BIE - 21:56:00 | 01 Comments

Jika sebelum ini, kelas CSD5S1 heboh dengan virus Terminator Salviation dan virus Transformers: Revenge of the fallen.. Khamis (15 Julai 2009), kelas CSD5s1 digegarkan pula dengan kedatangan virus baharu, virus Harry Potter and The Half Blood Prince. Lain pula dengan cerita kedatangan virus korea yang di bawa Syafi (rakan sekelas), kemunculan virus DBSK makin gamatlah nampaknya..

Tapi, semua virus-virus ini tak boleh kekal lama dalam kelas kami. Wujudnya, virus paradigm, IS, special topic dan networking.. Semua jadi tergamam.. (virus proposal pula mula meranapkan hardDisk) menangis-nangis semuanya kerana tak dapat pulang ke rumah dek kerananya.. Saya, sememangnya sudah menyimpan hasrat merelakan diri untuk membiarkan Virus Harry Potter and The Half Blood Prince menyerang diri saya pada hujung minggu ini...

Tiba-tiba pula Puan Fadilah memberitahu bahawa dia akan mengadakan mesyuarat Program Special Topic.. pada petang jumaat itu (masa untuk pulang ke rumah pulak tu...). Hurmm...bagaimana ya? Pening juga memikirkannya. Namun, saya mendapat pengecualian dari mesyuarat berkenaan kerana merelakan diri untuk menjadi Jawatankuasa pengelola program tersebut.. hehehe.. (virus gila kuasa betul kn??..Tapi, tak apalah..Janji dapat virus balik..hehehe). Lagipun, sudah biasa dengan tugas berkenaan sebelum ini.



**Sebelum dicalonkan. Baik saya Volunteer je.. =)
  • Share:

SELEMBAR KENANGAN

By BIE - 10:17:00 | 01 Comments
  • Share:

HASIL SENI

By BIE - 11:33:00 | 01 Comments


- mira.yana.biha.zira -


Suatu "hasil seni" yang akan kekal selama-lamanya
di UiTM Johor..


Friends,
Love you soo much!!

  • Share:

DI TEMBOK ISTANA BULAN

By BIE - 02:14:00 | 11 Comments



TEMBOK ISTANA BULAN
Dari kiri; Lan, Ode, Bie, Kak Hani

  • Share:

RINDU SEKOLAH

By BIE - 11:32:00 | 11 Comments


kerinduan pada zaman sekolah menengah amat
menggamit perasaanku..

Baru-baru ini, aku teman ibu untuk hari
terbuka adik. Adik kebetulan bersekolah
di sekolah yang sama dengan aku dulu.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN
HABAB
KOTA TINGGI, JOHOR.


sebuah salah satu daripada sekolah bestari
di Malaysia. Dahalunya, sering disebut-sebut
bahawa sekolah ini akan dinaik taraf sebagai
sekolah klauster. Namun, aku tak tahu lah
kebenarannya dimana..

sekolah pon dah ada wireless tau(hehehe...)

setelah hampir 3 tahun meninggalkan zaman
sekolah (terpernah datang lagi selepas itu)
aku menjejakkan kakiku di sana dan mengenangkan
segala kenangan aku dan rakan-rakan yang
bertebaran disana-sini.

pernah duduk kat tepi kaki lima ni,
tunggu kelas tambahan bemula.

Huhuuhu.. segalanya dah banyak berubah. Ternyata
hasrat pengetuaku untuk menjadikan sekolah ini
seperti "sekolah dalam taman" telah berjaya.
Ketika, masuk sahaja ke dalam sekolah. Terdapat
banyak pokok2 dan macam2 tumbuhan yang tumbuh
melata. hehehe.. macam sekolah terbiar yang cantik

  • Share: