Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

ARTIKEL DARI IBU

by - 01:30:00

Lagi artikel dari ibu..

Ketika saya sedang bersantai dalam bilik. Tiba-tiba ibu masuk sambil memengang beberapa helai kertas berwarna putih. Ibu memberikan sehelai kertas itu kepada saya.

"Nah, artikel lagi"
"Tentang apa ibu?"
"Bersyukur.."
"ooo.."

Selepas memberikan kertas ibu, ibu berlalu keluar dari bilik saya. Beberapa helai lagi kertas yang tersisa itu. Saya tak tahu, ibu mahu memberikannya kepada siapa.

Ibu saya sememangnya rajin mengerat artikel-artikel dari surat khabar dan majalah (selalunya, dari akhbar) kemudian di fotokopi sebagai simpanan peribadinya. Kadang kala, diberikan khas kepada saya. Jika dia merasakan maklumat itu amat berguna untuk saya.

Sejak saya sekolah menengah, banyak juga artikel yang ibu beri..
antaranya seperti;

  • Selawat Fatih
  • Gejala murtad anak merdeka
  • Maklumat gerhana bulan
  • 10 waktu mustajab berdoa
  • Khutbah wada' ( khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w)
  • Bersyukur
  • DLL
Berikut, adalah kandungan dari artikel tersebut;




Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang dari Tuhan yang maha Kaya lagi berkuasa iaitu Allah


PERTAMA :

Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

KEDUA :

Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita tidak cerdik, ucap saja "Alhamdulilah" (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan adalah Allah.

KETIGA :

Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik, kita perlu bersyukur kepada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah kita.

KEEMPAT :

Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur adalah mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu sepatutnya berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

KELIMA :

Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi, dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang sikap riak.








**Membaca bahan ilmu, kekal sebagai petunjuk dan panduan dalam kehidupan mendatang. Buat ibu tercinta, terima kasih kerana prihatin dengan kebutuhan anak-anakmu yang sedang menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. =)

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx