Follow Us @soratemplates

Saturday, 18 July 2009

CERITA HUJUNG MINGGU

"Malam ni akak nak pergi Jusco tau bu?"
"Nak buat apa?"
"Nak tengok mid night, cerita Harry Potter"
"Dulu kan dah pernah tengok dengan ibu"
"Ni sambungan dia, akak nak bawak adik sekali buat teman"
"Malam-malam nak drive.? TAK BOLEH..!!"

Jumaat petang itu, saya memujuk ibu, malangnya tidak mendapat keizinan (saya tahu, mesti tak dapat-sengaja mencuba, mana tahu ibu mengubah prinsipnya) Hua..hua.. sedihnya, apa yang dirancang tak pula menjadi kali ini. Hurmmm.. nak sangat-sangat tengok cerita Harry Potter tu..

Pujukan ke-2

"Ibu, please... nak tengok sangat"
"Macam dah tak ada hari esok ke?"
"Kalau pegi esok, akak bawak ibu ya. Ikut sekali masuk panggung"
"Tak mahulah!"

Ibu tak mahu juga, saya mulai buntu. Bagaimana agaknya cara yang terbaik untuk mendapat keizinan ya!? Jalan yang terakhir ialah "AYAH" hehehe..

"Bang, anak-anak nak ke Jusco ni"
"Buat apa?"
"Tah katanya nak tengok mid night cerita Harry Potter"
"Ok, ayah balik sekarang"
"????"

Ibu, menelefon ayah dengan tujuan untuk mengkhabarkan perihal saya ini. Tetapi, lain pula jadinya. Rupa-rupanya, ayah sebelum ini sudah memasang rancangan untuk menonton Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009) bersama anak-anaknya.. Hehehe.. (memang sudah kuduga, kerana sebelum ini kami sekeluarga pernah menonton mid night Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007) bersama). Akhirnya, penangan kuasa VETO telah memberikan impak yang sungguh hebat. Saya tersenyum lebar.. Ibu pula, telah memberikan Green Light =)

Dengan pantas, ku sambar telefon bimbit dan membuat tempahan tiket.. Alhamdulilah, tiket mid night 11.55 malam masih tersisa.. Sementara menunggu waktu tayangan filem tersebut, kami meluangkan masa yang berharga itu bersama sehingga lewat malam.


- Tiket wayang -


- Ibu ayah yang letih melayan kerenah anak-anaknya -


- Si Harry Potter dan Hermione yang nakal -






** Sebenarnya, saya tidak galat jika tak dapat menonton wayang di malam itu. Namun, saya hanya ingin mengembalikan detik manis kebersamaan berkumpul sekeluarga. Ini juga, adalah suatu aktiviti yang sudah jarang kami lakukan sejak saya melanjutkan pelajaran ke UiTM. Ibu dan ayah jarang keluar ke mana-mana jika salah seorang anaknya tiada disisi. (suatu hari, saya juga akan memahaminya). Sayang Ibu Ayah!!! =)

8 comments:

  1. bestnyer....

    x penah gi tgk wayang ngan parents!!

    ReplyDelete
  2. hehe..ala..kalau cite harry potter
    jek diorang nak g tengok..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. apakhabar sekarang.. masih giat menulis.. ada pesta buku selangor kat shah alam... went there this evening.. bought eleven books.. hehehe... can read the entry at my blog.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah... seronok dah dapat tengok wayang ya. Biasa, dengan ayah juga senang kan...

    ReplyDelete
  5. faizal: terima kasih sifu, hehehe..pesta bukunya di s.alam kn? jauhnya..biha skang kat kota tinggi. uitm s.alam cuti juga kn?

    ReplyDelete
  6. faizal: terima kasih sifu, hehehe..pesta bukunya di s.alam kn? jauhnya..biha skang kat kota tinggi. uitm s.alam cuti juga kn?

    kak zara: hehe..aah la kak! ayah selalunya ada kuasa veto..tp, kdg2 ibu pon ada jugak. depends.. =)

    ReplyDelete
  7. bie, akak pun tgk harry potter. Berdua dengan ode.. ehem.. eh bertiga sebenarnya. haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx