SELEMBAR KENANGAN

By BIE - 10:17:00 PG

SYARIFAH BINTI ALIMAN

30 MAC 68

BERASAL DARI, SIMPANG RENGGAM,

FELDA KELEDANG , KOTA TINGGI

ANAK SULONG DARI 9 ORANG

BERKAHWIN 29 APRIL 1995

FIRST DATE 7 OGOS 1993

BEKERJA DI UITM JOHOR

15 JULAI 1993

ANAK; DINIE SYAHIRAN JAN 96

DHIA SYAHMIE DIS 97

DANISH SYAZANIE JUN 2003

6 TAHUN MENJADI KP (KOORDINATOR PROGRAM),

BERMULA DARI 2003

KERJA AWAL DI MIMOS

NAMA SUAMI; MUHAMAD SUKOR JAAFAR

BERASAL DARI PULAU PINANG

TELOK AIR TAWAR ,BUTTERWOTH

TELAH MENYAMBUNG PHD PADA

JULAI 2009


SAJAK BUAT PUAN

Dia adalah teman kami

dalam sedih dalam galau

Ada senang ada kegembiraan

Yang menghapus kesedihan kami

Dan kesenangan kami adalah engkau

Mengertimu atas kami adalah kebanggaan

Menemanimu makan di malam ini

Adalah suatu kesenangan

Ketahuilah bahawa, uitm segamat

adalah muara cinta tanpa batas

Kau memandangi kami

dengan sejuta kebaikan

dan hal tersebut adalah

anugerah bagi kami

Melempar senyum melontar duka ini jauh
Bertahun kami tunda kepayahan menerima
Keresahan yang menerjah ruang hidup ini
Dan dirimu hadir Bagaikan puteri melindungi 
Menyayangi, menghargai.
 
Kini kami tak bisa lagi menggalas
Segunung kenangan yang kau tinggalkan disini
Ini kali tidak ada yang mencari cintamu

di antara pejabat, kolej, pada cerita

tiang serta temali di bangunan kuliah.
Jika Kapal, perahu tiada berlaut

menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut.
Walau Jasadmu meninggalkan kami
Namun, cintamu pada kami tetap bersemadi di hati
 
Jangan di tukarkan senyumamu jadi bara
Janganlah gelak ketawamu mati tak bernyawa
Jangan lah ada racun dalam penawar yang kau beri
Janganlah kau henti lindungi kami
Dari keresahan yang menjerat
Dari duka yang tersurat di raut wajah kami
Hanya kau yang mengerti..
 
Kau datang menghampar harap
Bertahun kami kutip di perjalanan keliru di UiTM ini
Kau mengubah keperibadian 
menyesatkan kedalam kejayaan 
serta kecemerlangan
Di penhujung jalan ini kau menunjukan
Erti  pasrah erti kesabaran erti pengorbanan
Di bawah naungan senyum puteri kami
Puan Sharifah binti aliman
Bersamanya bagai satu rahmat


* Sajak ini telah dideklamasikan oleh saya ketika majlis makan malam perpisahan Puan Sharifah Aliman.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx