ARTIKEL DARI IBU (2)

15:04:00

Anggaran 9.45 malam, saya selamat sampai ke rumah untuk cuti hujung minggu yang jatuh pada 1 Ramadhan 1430. Terlihat sekeping keratan akhbar di atas meja komputer saya. Ternyata adalah sebuah artikel rencana Kaunseling Remaja dalam kolum khas akhbar METRO.


"GADIS EGO HILANG KEKASIH"


Ini adalah tajuk artikel yang ibu bagi kepada saya minggu ini. Selepas artikel bersyukur yang diberi 2 minggu lepas.. Saya amat gembira apabila diberi artikel yang ibu ambil daripada akhbar METRO, Isnin (3 Ogos 2009).



GADIS EGO HILANG KEKASIH
Ingin kembali menjalinkan percintaan tetapi keliru langkah yang perlu diambil

Soalan

Saya penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awan, berusia 22 tahun dan baru berpisah dengan teman lelaki. Kami berkawan selama tiga tahun menyebabkan saya sukar untuk melupakannya.

Teman lelaki saya adalah seorang yang penyanyang dan mengambil berat.

Bagaimanapun, sikap saya yang ego menyebabkan sering mencetuskan pergaduhan dan saya tidak pernah menunjukkan rasa sayang kepadanya dan membuatkannya tertekan.

Saya sayang kepadanya, tetapi saya ego dan yakin bahawa dia adalah milik saya. Hal itu menyebabkan saya tidak pernah memikirkan perasaan dia.

Kini, dia tidak mengambil kisah terahdap saya dan memutuskan hubungan kami.

Saya benar-benar menyesal dan amat mengharapkan cintanya kembali. Namun, apa yang perlu saya lakukan? saya bingung dan buntu bagaimana untuk mengambil hatinya kembali.

Saya tidak mahu kehilanganya dan takut dia memikat perempuan lain. Saya menyesal dan ingin memulakan hidup baru dengannya.

Saya masih menantinya dan sukar melupakannya kerana banyak kenangan manis bersama. Saya tidak dapat menerima kenyataan kehilangannya.

Saya amat berharap bantuan Dr.

GADIS KECEWA
Alor Setar, Kedah.


Jawapan

Terlalu banyak meminta tetapi tidak pernah memberi dalam percintaan boleh memburukan keadaan. Hal ini kerana, cinta tidak pernah meminta sebaliknya perlu sentiasa memberi.

Cinta adalam perasaan sayang yang sentiasa terpamer melalui tindakan serta perbuatan.

Cinta sebenar perlu dibuktikan, bukan sekadar memendam rasa atau luahan kata.

Individu yang hanya memikirkan keinginan sendiri tanpa melihat tuntutan orang lain lambat-laun akan merasai kehilangan dan kesunyian.

Buktinya, sikap adik yang hanya memikirkan diri sendiri dan bersifat terlalu ego menyebabkan teman lelaki memutuskan hubungan.

Bekas teman lelaki adik merasakan dirinya tidak dihargai, disayangi dan yang paling penting dicintai oleh adik.

Individu yang merasa tidak disayang akan mencari jalan keluar dalam sesuatu perhubungan dan perasaan sayangnya akan berkurangan.

Cinta tidak dibina menerusi harapan sahaja. Jika benar sayang, nyatakan perasaan itu.

Untuk melembutkan hati bekas teman lelaki, dia perlu tahu perasaan adik terhadapnya.

Adik perlu berterus-terang. Luahkan melalui SMS, surat, atau e-mel jika sukar untuk meluahkan dengan kata-kata.

Adik perlu ikhlas dalam perhubungan cinta. Persoalannya kini, bukan apa yang adik akan peroleh, sebaliknya apa yang adik berikan dalam hubungan cinta itu.

Jika selama ini adik banyak memikirkan keinginan sendiri, sudah sampai masanya adik merasa simpati dengan perasaan bekas teman lelaki adik.

Buat masa ini, adik tidak perlu bersusah payah melupakan bekas teman lelaki adik. Biarkan proses itu berlaku secara semula jadi.

Masa akan menjarakkan kenangan adik bersamanya. Jika dia menyayangi adik, cintanya tidak akan kurang dan dia memaafkan adik serta menerima adik kembali.

Cinta mempunyai fungsi dan natijah sangat besar dalam kehidupan. Allah mengurniakan hukum cinta yang perlu dipatuhi. Moga adik menemui sinar dalam percintaan.






**Ibu, terima kasih.. Insya-allah, akan akak jadikan panduan dalam hidup. Ibu cukup memahami kebutuhan anak-anaknya ini. Motivasi yang berkesan =)

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim