Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

CERITA H1N1 DI UITM JOHOR

by - 03:42:00


Hari ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengagihkan topeng (mask) kepada semua pelajar UiTM segamat, Johor.. hehehe.. Tapi, 1 kelas saya tak pula dapat topeng itu. Kalau tak, mesti kami ghairah memakainya ke mana-mana. Saya dan rakan-rakan yang baru pulang dari kelas Paradigm agak terkejut, apabila mendapati hampir semua pelajar memakai mask tersebut... Rasa terancam juga dengan fenomena berkenaan, bagai diambang penyakit..(seram...)

Kini, pihak universiti berusaha keras dalam menangani wabak ini daripada menular dalam kalangan pelajar disini. Teman sebilik saya (Tuti) yang demam telah dikuarantin selama seminggu. Namun, saya pula yang jadi takut nak balik bilik...Hehehe..

Sejak, salah seorang pelajar disini dilaporkan kritikal dan telah ditempatkan di ICU Hospital Daerah Segamat. Kami mulai sedar bahawa masalah ini tidak boleh dipandang enteng (ringan).


- Pelajar part 1 dalam perjalanan ke KO,
sangat ceria apabila saya nak ambil gambar -



- Flyers yang diberikan oleh Unit Kesihatan UiTM Johor -


- Rakan saya yang sedang bersembang di Uptown-







**Buat rakan-rakan yang sedang tidak sihat, semoga kalian cepat sembuh dan memulakan pengajian semula. Kami merindu kalian =)

You May Also Like

2 ulasan

  1. Eloklah guna topeng tu bagi mengelakkan dari jangkitan. Bukan saja H1N1 malah penyakit lain juga.

    Wah... dalam FB udah tukar wajah, nampak rugged ghitewww... but still beautiful.

    ReplyDelete
  2. a'ah makcik, tapi..bie tak pakai pon topeng tu..sebab xada.. hehe =) doakan bie sihat2 selalu tau =)

    FB mahu juga kelainan..hehehe.. Saja nak tukar angin. Ambil mood rugged pula..asyik control ayu aje. penat! hehehe =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx