Follow Us @soratemplates

Thursday, 25 June 2009

BER"JAMMING" SEBENTAR

04:03:00 0 Comments


after jamming lagu bonecca-cela

g jamming yok! hurm.. teringin sangat
dapat cipta lagu di waktu-waktu senggang.
tak tahulah, bila niat tu akan kesampaian.

CELA
-Bonecca-


Verse:
Rabak mata ku Pena menari Tinta berdarah

Rabak mata ku Pena menari-nari
Tinta berdarah Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

korus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa .....
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna,
mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa...
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna,
mempesona
Ku bahagia dengan cela

(ulang*)

(ulang korus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?




PPMN 2009

03:36:00 0 Comments
waaa... sudah semestinya, aku adalah orang paling lambat mengirikan post tentang PPMN kan??
hehehe tak apa lah, janji post jugak kan?. Masa nak pergi PPMN tu, sebenarnya hati aku berbolak-balik. Yela, walaupun segamat dan melaka, tidaklah sejauh mana. Namun, sakit juga kepala memikirkan bagaimana aku hendak ke PUTERI RESORT,AYER KEROH tu.

Alhamdulilah, berkat pertolongan Alan (classmate aku) aku sampai juga di sana dan bertemu rakan-rakan yang amat aku sayangi dan rindui.. hehehe.. Perkampungan selama 3hari 2malam tu penuh dengan pelbagai cerita. Aku sememangnya agak jarang mengikuti sebarang agenda penulisan yang telah dianjurkan.

namun, sekali-sekala penglibatanku dalamnya. Buat aku cukup terkesan dek kerananya. Tak akan pernah aku lupa akan persembahan bersama rakan-rakan MPR di tepi kolah PUTERI RESORT pada suatu malam itu.. hehehe