1,52,MALAYSIA,MERDEKA


Buat pengunjung Blog Dwicereka,
saya mengucapkan
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke-52


1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan








**Tanya hati dan jiwa kita, "Merdeka kah aku??"

ARTIKEL DARI IBU (2)

Anggaran 9.45 malam, saya selamat sampai ke rumah untuk cuti hujung minggu yang jatuh pada 1 Ramadhan 1430. Terlihat sekeping keratan akhbar di atas meja komputer saya. Ternyata adalah sebuah artikel rencana Kaunseling Remaja dalam kolum khas akhbar METRO.


"GADIS EGO HILANG KEKASIH"


Ini adalah tajuk artikel yang ibu bagi kepada saya minggu ini. Selepas artikel bersyukur yang diberi 2 minggu lepas.. Saya amat gembira apabila diberi artikel yang ibu ambil daripada akhbar METRO, Isnin (3 Ogos 2009).



GADIS EGO HILANG KEKASIH
Ingin kembali menjalinkan percintaan tetapi keliru langkah yang perlu diambil

Soalan

Saya penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awan, berusia 22 tahun dan baru berpisah dengan teman lelaki. Kami berkawan selama tiga tahun menyebabkan saya sukar untuk melupakannya.

Teman lelaki saya adalah seorang yang penyanyang dan mengambil berat.

Bagaimanapun, sikap saya yang ego menyebabkan sering mencetuskan pergaduhan dan saya tidak pernah menunjukkan rasa sayang kepadanya dan membuatkannya tertekan.

Saya sayang kepadanya, tetapi saya ego dan yakin bahawa dia adalah milik saya. Hal itu menyebabkan saya tidak pernah memikirkan perasaan dia.

Kini, dia tidak mengambil kisah terahdap saya dan memutuskan hubungan kami.

Saya benar-benar menyesal dan amat mengharapkan cintanya kembali. Namun, apa yang perlu saya lakukan? saya bingung dan buntu bagaimana untuk mengambil hatinya kembali.

Saya tidak mahu kehilanganya dan takut dia memikat perempuan lain. Saya menyesal dan ingin memulakan hidup baru dengannya.

Saya masih menantinya dan sukar melupakannya kerana banyak kenangan manis bersama. Saya tidak dapat menerima kenyataan kehilangannya.

Saya amat berharap bantuan Dr.

GADIS KECEWA
Alor Setar, Kedah.


Jawapan

Terlalu banyak meminta tetapi tidak pernah memberi dalam percintaan boleh memburukan keadaan. Hal ini kerana, cinta tidak pernah meminta sebaliknya perlu sentiasa memberi.

Cinta adalam perasaan sayang yang sentiasa terpamer melalui tindakan serta perbuatan.

Cinta sebenar perlu dibuktikan, bukan sekadar memendam rasa atau luahan kata.

Individu yang hanya memikirkan keinginan sendiri tanpa melihat tuntutan orang lain lambat-laun akan merasai kehilangan dan kesunyian.

Buktinya, sikap adik yang hanya memikirkan diri sendiri dan bersifat terlalu ego menyebabkan teman lelaki memutuskan hubungan.

Bekas teman lelaki adik merasakan dirinya tidak dihargai, disayangi dan yang paling penting dicintai oleh adik.

Individu yang merasa tidak disayang akan mencari jalan keluar dalam sesuatu perhubungan dan perasaan sayangnya akan berkurangan.

Cinta tidak dibina menerusi harapan sahaja. Jika benar sayang, nyatakan perasaan itu.

Untuk melembutkan hati bekas teman lelaki, dia perlu tahu perasaan adik terhadapnya.

Adik perlu berterus-terang. Luahkan melalui SMS, surat, atau e-mel jika sukar untuk meluahkan dengan kata-kata.

Adik perlu ikhlas dalam perhubungan cinta. Persoalannya kini, bukan apa yang adik akan peroleh, sebaliknya apa yang adik berikan dalam hubungan cinta itu.

Jika selama ini adik banyak memikirkan keinginan sendiri, sudah sampai masanya adik merasa simpati dengan perasaan bekas teman lelaki adik.

Buat masa ini, adik tidak perlu bersusah payah melupakan bekas teman lelaki adik. Biarkan proses itu berlaku secara semula jadi.

Masa akan menjarakkan kenangan adik bersamanya. Jika dia menyayangi adik, cintanya tidak akan kurang dan dia memaafkan adik serta menerima adik kembali.

Cinta mempunyai fungsi dan natijah sangat besar dalam kehidupan. Allah mengurniakan hukum cinta yang perlu dipatuhi. Moga adik menemui sinar dalam percintaan.






**Ibu, terima kasih.. Insya-allah, akan akak jadikan panduan dalam hidup. Ibu cukup memahami kebutuhan anak-anaknya ini. Motivasi yang berkesan =)

MUHASABAH CINTA


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

MUHASABAH CINTA - EdCOUSTIC







**Mencari penguat hati, semoga aku lebih tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang datang melanda. Biar ia semakin menggila, namun aku tetap teguh. Tetap pada kedudukan yang tepat! =)

GATAL TANGAN


Rasa bosan pula dengan layout yang lama kat blog saya ni. Sejajar dengan warna kegemaran saya (merah). Saya pun mengambil keputusan untuk menukar layout blog ini kepada warna merah. Malangnya, apabila sudah siap mengedit. Saya rasa, lebih suka dengan layout yang sebelum ini (pink).

Sambil membuat assignment paradigm.. Saya menukar semula layout ini kembali seperti sebelum ini.. semasa proses mengedit, banyak gadget yang hapus.. Jam sudah pukul 3.00 pagi, kelas pula pukul 8.00.. Saya hanya dapat meninggalkan blog yang terbengkalai ini buat sementara waktu.





**Maaf! Blog akan diselenggara secepat mungkin =)

CS GATHERING DAY 3

- Fasilitator (Part 5) -


- Panas-panas kan badan dulu -


- "Dik, orang suruh design baju.. Bukan tulis lagu" -


- Acara kemuncak- Jom main air!! -







**Berikut adalah sekitar program yang berlangsung pada 8 Ogos 2009. CS Gathering Day 3 ini adalah merupakan program terakhir anjuran Exco COMPASS sesi Disember-April 2008. Segalanya adalah suatu kenangan yang tak dapat saya lupakan. Begitu juga dengan rakan-rakan seangkatan yang pernah bekerja bersama-sama saya sebelum ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan sekelas yang sangat baik hati.. i love u guys!!

MINGGU YANG TAK SIHAT

Minggu ini saya sedikit sibuk dengan hal-hal persatuan, sebelum pembuburan jawatan Exco tertinggi Computer Assosiation. Banyak hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam 2-3 hari sebelum ni. Badan saya memang rasa tak tentu arah.. Sakit-sakit badan, sakit tekak, selesema.. (rasa macam nak demam). Namun, saya buat tak endah saja.. Tambahan lagi, Semalam (8/8/2009) ada orentasi pelajar-pelajar Part 1 (junior). kerja..kerja..kerja..

Walaupun saya dah lepaskan jawatan sebagai Vice President, ini adalah program terakhir yang saya perlu selia.. Keadaan saya menjadi lebih teruk selepas program berkenaan (sesi pagi, malam ada sambungan program lagi). Kepala saya sakit sangat, macam nak pecah. Badan memang dah lesu sangat. Maka, terpaksalah saya pergi ke Klinik Penawar, tambahan lagi atas desakan seseorang sejak dari semalam lagi.

Akibatnya, saya dihalau balik oleh UiTM selama 4 Hari. Jika saya tak nak balik, mereka akan menempatkan saya di Ledang Inn (tempat penginapan di atas bukit..dalam kawasan UiTM..eeeee..sapa yang nak duduk kat Ledang Inn yang berhantu tu).

Jadi, terpaksalah saya pulang malam tadi dengan menumpang rakan saya malam tadi dan selamat sampai di rumah jam 11.55 malam =)







**Buat rakan tersayang, maaf sebab meninggalkan kerja yang banyak buat kalian. Sedangkan segalanya belum selesai.. Bie akan buat kerja lebih nanti.. bila dah ok! =)

CERITA H1N1 DI UITM JOHOR


Hari ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengagihkan topeng (mask) kepada semua pelajar UiTM segamat, Johor.. hehehe.. Tapi, 1 kelas saya tak pula dapat topeng itu. Kalau tak, mesti kami ghairah memakainya ke mana-mana. Saya dan rakan-rakan yang baru pulang dari kelas Paradigm agak terkejut, apabila mendapati hampir semua pelajar memakai mask tersebut... Rasa terancam juga dengan fenomena berkenaan, bagai diambang penyakit..(seram...)

Kini, pihak universiti berusaha keras dalam menangani wabak ini daripada menular dalam kalangan pelajar disini. Teman sebilik saya (Tuti) yang demam telah dikuarantin selama seminggu. Namun, saya pula yang jadi takut nak balik bilik...Hehehe..

Sejak, salah seorang pelajar disini dilaporkan kritikal dan telah ditempatkan di ICU Hospital Daerah Segamat. Kami mulai sedar bahawa masalah ini tidak boleh dipandang enteng (ringan).


- Pelajar part 1 dalam perjalanan ke KO,
sangat ceria apabila saya nak ambil gambar -



- Flyers yang diberikan oleh Unit Kesihatan UiTM Johor -


- Rakan saya yang sedang bersembang di Uptown-







**Buat rakan-rakan yang sedang tidak sihat, semoga kalian cepat sembuh dan memulakan pengajian semula. Kami merindu kalian =)

CERITA MINGGU INI

Sebenarnya, ibu janji nak pergi tidur di tepi pantai minggu ini. Dah lama rasanya tak pergi berkhemah. Terlanjur ada cuti panjang ini, saya cuba mengajak ibu ke sana. Namun, ibu mengatakan

"Boleh, tapi, insya-allah"

Saya tunggu saja masa itu tiba. Kalau ayah, semestinya akan mengeluarkan ayat ini,

"Boleh, jom kita pergi" hehehe...

Hari ini, merupakan hujung minggu yang telah dijanjikan. Namun, saya terpaksa bersedih sedikit kerana ibu terpaksa membatalkan rancangan ini disaat akhir atas sebab urusan kerja yang belum selesai. Sebagai anak (yang baik..cewah...) saya akur saja.. Masih ada waktu yang lain untuk berkhemah di tepi pantai seperti sebelum ini.

Hmmm..terkenang pula, saat-saat indah semasa berkhemah di Pantal Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Pada September 2007. Berkhemah bersama keluarga, masak BBQ, memancing, bina istana pasir dan lain-lain (hmmmmm...rindunya, aku mahu ke pantai!!)


- Ibu dan jiran khemah kami - buat BBQ -


- Ayah sedang bermain layang-layang saya -


- Di khemah, sedang keletihan dan tak ingat dunia.. -


- Ayah dan adik memancing -


- Memasang umpan yang power, tapi dapat ikan kecik je -







**Ketika ini, saya sibuk betul ambil gambar sana sini. Balik rumah, baru saya sedar, yang saya tak ada ambil gambar diri sendiri.. huish~.

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim