VISUAL BASIC

Dari 12.00malam-4.00pagi, untuk mereka 1 coding Visual Basic. Coding ini digunakan untuk memasukkan Shockwave Flash ke dalam Visual Basic-Mobile System. Alhamdulilah, Saya patut tidur sekarang. hehe..



Private Sub F1_OnReadyStateChange(newState As Long)
F1.Movie = "C:\mobile2.SWF"
F1.Play
End Sub






**4 jam untuk coding sependek ini. =)

GALERI GAMBAR

  •  
Maaf! Tak banyak gambar yang dapat saya paparkan disini. Galeri ini sedang di selenggara. Terima kasih kerana sudi menjengah! :)

BLACK OUT~!

UiTM Johor mengahadapi masalak ketiadaan bekalan elektrik;

  • Adakah sebab tak bayar bil!?
  • TNB bermasalah dengan UiTM!?
  • Pelajar suka membazir elektrik!?
  • Penggunaan melebihi had yang ditetapkan!?
Rupa-rupanya, suis utama yang MELETUP..!! Tempoh pembaikannya pula. Memakan masa yang sangat lama. Sehinggakan semua pelajar tensen menghadapi masalah sebergini.

  • Sedang test
  • Sedang belajar
  • Sedang mandi
  • Sedang buat Assignment
  • Sedang makan
  • Dan lain-lain
Secara tiba-tiba, "Black out" kadang kala... keadaan ini berlaku lebih 3 kali dalam sehari.~!

Hidup ini bagai lampu lilin..=(
(peneman malam)


Generator yang suka mogok~!









**Malam tadi black out lagi.. sedang meraba dalam kegelapan. Kaki pula tersepak meja.. Aduh~~ Lebam sudah kakiku.. =(


20 OKTOBER 2009

Dari jiwa yang lebih dekat dengan hatiku,

Dulu, kita tak pernah kenal. Lewat telefon bicara mula bertaut. Kapal dalam kaca yang katanya sudah mula berlayar sejak banjir kelmarin. Berlabuh di perlabuhan Akrab. Jam Kapal setia menemani hariku, tapi tak lagi menjadi yang pertama tika aku mahu mengetahui tentang masa yang bergulir dalam hidup. 20 Oktober ini, aku menjadi terimbas dengan kenangan yang pernah terlukis.

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT.






**Selamat Hari Jadi yang ke-19, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu =)

KERJA ADIK

Dah lama rasanya saya tak menulis cerpen, sementara berada di rumah. Saya cuba untuk menulis sedikit sebagai mukadimah cerpen yang tak bertajuk. Namun, baru hendak menulis sedikit, ibu pula memanggil saya untuk menyiapkan makanan berbuka puasa. Saya membiarkan saja laptop terbiar tanpa "Shut down" dan saya juga tidak "minimize"kan mukadimah yang telah tulis sedikit itu..


Lepas waktu berbuka, saya terus pergi terawikh. Sebelum pergi tu, saya nampak adik tengah melihat Myspace dia. Saya membiarkannya dan terus pergi masjid. Balik dari masjid.. Tiba-tiba saya sedari, mukadimah cerpen yang ditulis sebelum ini seperti sudah penuh 1 page. (pelik..)


Lalu, saya membacanya.. Tawa pun berderai.. Rupa-rupanya adik tolong sambungkan mukadimah cerpen itu..hahaha..


Kat sini, saya sertakan Cerpen saya yang disambung adik!! Sangat lucu

(TULISAN KALER HITAM, SAYA TULIS - TULISAN KALER MERAH, ADIK YANG SAMBUNG)


Semasa aku menanyakan namanya, matanya hanya terkebil-kebil sahaja

“aku bukan mahu melihat betapanya cantiknya mata kau yang bundar itu!”

Katanya dia bisu, tetapi bagaimana pula kau bisa berbicara perihalku padanya?

“aduh! Berdosanya aku kerana buruk sangka padanya!”

Dalam timbunan hari yang menyesakkan, aku berjalan diatas ranjang kekusutan yang hadir disaat yang tak tepat. Perlukah kau membida semua cerita ku wahai Jelapang?

Aku hanya membatu.

Kau merakam gambaran jiwa lukaku dengan senyuman yang palsu? Menebak prasangka konyolmu dengan harapan yang menggunung!

"Ah, kau persis sang raja jahanam memagar Megasuria di Taman Larangan Istana Kembaraja. Wahai Tamaris."

Saat aku menghabiskan sisa hidupku diatas paksi merah fikiran buruk mu..

Terlintas seekor kucing bermata galak berbulu gebu menyapa ku..

“miaw..miaw..”bunyi katanya..

Dia menyatakan pada ku nama nya donut..dia memberitahu ku bahawa aku mempunyai sesuatu yang dia ingin kn..di raba-raba kantung baju lusuh ku(baju adidas tau).

Ah!!rupanya dalam kantung ku ad frizkeez (makanan kucing) yang ku bli tadi di kedai roha(sebelah rumah aku)..sebungkus rm1..

Hajat dihati hendak ku kitai waktu bersahur nti bersama teman-teman ku.







**Cerita ini mungkin sudah agak berlapuk..hehe =)

JAUH


Kubisikkan irama kehidupan disebalik kejauhan ini







**"JAUH" amat sinonim dengan perjalanan kehidupanku kini =)

OST MANOHARA

Ini lagu yang berkumandang dalam blog saya.. Lagu ini merupakan lagu tema Filem Manohara, sebuah filem yang mengisahkan tentang sudut pandangan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berhubung isu penderaan isterinya, Manohara Odelia Pinot. Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia mendakwa didera oleh suaminya itu. Dia yang merupakan seorang bekas model kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri mengenai kisah hidupnya di Jakarta. Produser filem itu, Soultan Saladin berkata, kos bagi menerbitkan filem tersebut tidak menggunakan wang bantuan daripada kerabat diraja Kelantan.


MAHA MELIHAT
(Opick & Amanda)

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata







**Filem ini akan ditayangkan pada Disember depan. Sila tonton filem ini untuk membongkar kisah sebenar disebalik hubungan mereka sebenarnya.

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim