Follow Us @soratemplates

Saturday, 28 November 2009

PETUA DAN IKHTIAR

08:29:00 0 Comments
22 November yang lalu, berlangsungnya majlis perkahwinan kakak sepupu saya, Nurul Hidayah dan pasangannya, Mohd Shahril di Segamat, Johor. Penghujung bulan November dan awal bulan Disember biasanya merupakan musih hujan. Beberapa tempat di pantai timur sudah ditenggelami air dalam tempoh berkenaan. Oleh demikian, kemungkinan untuk hujan pada hari berlangsungnya perkahwinan itu sangat tinggi. Maka, inilah fenomena yang dikhuatiri akan membantutkan sedikit kemeriahan dalam majlis tersebut.


Bagaimana panasnya lada.
begitulah panasnya hari,

bagaimana merahnya lada,

begitulah merahnya matahari.



Itulah pantun yang dibaca ketika mengikat sebatang lada kering di rambut ibu pengantin perempuan. Petua ini dipercayai sebagai ikhtiar supaya hari berlangsungnya perkahwinan itu cerah dan tidak ditimpa hujan. Saya, generasi moden yang tidak terdedah langsung dengan petua-petua orang tua zaman dahulu. Ibu, saya juga tidak pernah menceritakan apa-apa mengenainya. Pabila sudah berkumpul bersama sanak saudara, barulah segala petua itu diceritakan. Saya dan sepupu saya tergelak saja, kerana kami rasakan bahawa itu adalah satu petua lucu dan tidak masuk akal.

Lalu, ibu saudara saya menegur,

"Eh, budak-budak ni. Tergelak pula. Ini namanya petua, kita cuma ikhtiar. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Doa saja banyak-banyak"




Selesai saja majlis, ibu saudara saya membuka ikatan lada di rambutnya dihadapan kami.. Sekali lagi kami tertawa. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar. Sepanjang hari, cuaca elok. Cuma hujan renyai-renyai untuk tempoh yang agak singkat tika tengah hari. Namun, kembali cerah hingga ke petang.








**Mujur, hari itu tidak merah. Semerah warna lada kering itu.. =)

Saturday, 14 November 2009

ASAL TANAH KEMBALI KE TANAH

19:48:00 0 Comments

"ASAL TANAH KEMBALI KE TANAH"

Saya merindui bahasa. 'Cerpen' merupakan genre terawal yang saya ceburi sejak tahun 2003. Namun, sejak sekian lamanya. Saya telah meninggalkannya dan beralih ke genre 'Sajak'. Tambahan lagi, selama beberapa tahun ini saya banyak belajar bahasa baharu, iaitu Bahasa Peringkat Tertinggi (high-level language)..Hehe..Ini adalah bahasa yang difahami oleh Komputer.

//CONTOH HIGH-LEVEL LANGUAGE

program cel;
uses crt;
var

num1 : real;
num2 : real;
oper : char;
t : char;
total : real;

begin

clrscr;
repeat

begin

writeln('enter num');
readln(num1);
writeln('enter operator');
readln(oper);
writeln('enter num');
readln(num2);

if oper = '+' then
begin
total := num1 + num2;
end

else if oper = '-' then
begin
total := num1 - num2;
end

else if oper = '*' then
begin
total := num1 * num2;
end

else if oper = '/' then
begin
total := num1 / num2;
end;

writeln('total : ' ,total:2:2);
writeln('enter to continue or t to exit');
readln(t);
end;

until(t = 't');
end.





**Wahai diri, izinkan daku kembali ke asaku. "Dari Tanah, pulang ke Tanah"

Friday, 6 November 2009

KISAH SI TALAK

03:41:00 0 Comments
Hari ini, kesihatan saya agak terganggu sedikit. Mungkin dalam musim-musim peperiksaan ini, emosi dan fizikal mudah saja terganggu. Tambahan lagi, keadaan cuaca juga tidak elok, setiap petang akan mendung dan hujan pula datang bertamu di malam hari.

Sejak dari pagi, tika baru hendak melelapkan mata akibat pening kepala. Saya tiba-tiba terfikir tentang "Talak". "Talak" bukanlah nama seorang manusia, tetapi "Talak" ini lebih dikenali sebagai penceraian. Dahulu, semasa berada di Darjah Khas (Kelas Agama Johor) saya ada belajar mengenainya. Kini, sudah agak ingat-ingat lupa akan fakta dan maklumat mengenainya. Saya bagai ingin tahu segala mengenainya dengan lebih lanjut, "refresh" kembali.

Bagi saya, "Talak" merupakan suatu kuasa lelaki yang tak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Namun, fenomena ini semakin hari, semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Masalah yang berlaku ini, bukan saja ditimbulkan oleh si suami sahaja. Walau bagaimanapun, si isteri juga boleh dijadikan punca berlakunya masalah ini. Talak bagaikan permainan dan dianggap enteng oleh mereka yang berkenaan. Sungguh sedih.

Terdapat beberapa jenis talak dalam islam, iaitu;


1. Talak Raj'ie

Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.


2. Talak Battah

Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,

"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.


3. Talak Bain

Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:

  • Talak Bain Kubra
  • Talak Bain Sughra.

Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:

  • Talak yang diputuskan oleh Hakam
  • Talak melalui Khulu'
  • Talak yang difasakhkan oleh Hakim

4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus

Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.

Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.


5. Talak Sunni

Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.


6. Talak Bid'i

Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:

  • Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
  • Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
  • Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.










**Oh..saya dah dapat sedikit maklumat tentang si "talak" ini..=)

Thursday, 5 November 2009

PELANGI PETANG

18:36:00 0 Comments

Akhirnya, dapat juga saya melihat pelangi petang, yang sering dikaitkan dengan kesedihan, sendu, dan duka. Terima kasih buat Kak Umai yang memberikan foto ini buat saya. hee..Tahu tahu aja saya sedang mengimpikan pelangi didepan mata. =)

PELANGI PETANG




Kredit foto dari Cik Umaimah Jamaludin (Kak Umai)
Lokasi : Kolej Tuanku Canselor (KTC), Universiti Teknologi Malaysia
Masa : Petang
Tarikh : Februari 2008





**Terima kasih Kak Umai, Bie suka sangat gambar ini. =)

Monday, 2 November 2009

20 TAHUN

16:43:00 0 Comments
Terima Kasih kepada keluarga, saudara dan rakan-rakan yang meraikan hari lahir saya pada 30 Oktober yang lepas, dan tak lupa juga kepada semua yang memberikan ucapan yang bertalu-talu di Muka buku, Myspace, Friendster, melalui panggilan telefon, Pesanan ringkas (SMS), serta ucapan secara langsung. Terima kasih saya ucapkan.!



SELAMAT HARI LAHIR
YANG KE-20
PADA 30 OKTOBER 2009









**Alahai..dah 20 tahun. Bukan BELASAN TAHUN lagi ya? =(