SIAPA BELIA? SILA ANGKAT TANGAN

By BIE - 05:38:00 | 01 Comments
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog DWICEREKA. Hari ini, saya nak kongsikan sesuatu yang ada kena mengena dengan saya, kehidupan, bangsa dan negara. Cewaahh.. Patriotiknya! hehe..Tak apa lah, sekadar nak berkongsi rasa semangat. Apa salahnya kan!? hehe..

Siapa Belia~!? Sila angkat tangan anda. Entri pertama saya mengenai tanggungjawab rakyat Malaysia berusia 21 wajar mendaftar sebagai pemilih atau pengundi di sini menjelaskan, betapa pentingnya peranan yang harus kita jalankan untuk negara.

Entri saya yang ke-2 adalah khusus untuk rakyat Malaysia yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun. Saya mahu anda ambil perhatian.! heeh (ala-ala lagak cikgu sekolah). Sila daftarkan diri anda sebagai belia.Berikan maklumat mengenai diri anda di pengkalan data negara. Jika anda merasakan diri anda masih layak bergelar BELIA.

Pendaftran ini bertujuan memberikan peluang kepada belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini sekaligus dapat menyelamatkan belia daripada terjerumus kepada gejala negatif seperti merempit, melepak dan sebagainya.

Bagaimana?

Syaratnya mudah pergi ke pautan ini, e-belia

Klik untuk mendaftar

Pendaftaran Kali pertama

Masukkan No.Kad Pengenalan/Polis/Tentera

Isikan butir diri anda dan Simpan
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?
(Salah satu butiaran yang perlu dilengkapkan)




**Butiran boleh disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa. Jangan lupa simpan dan hafal nombor rujukan untuk membuat semakan jika perlu. Selamat mendaftar sebagai BELIA, Permata Negara =)
  • Share:

PENANTIAN

By BIE - 04:04:00 | 01 Comments
  • Share:

DOOODOLLS LAGI~

By BIE - 04:20:00 | 01 Comments
Akhirnya, ada juga yang sudi nak hadiahkan saya Dooodolls lagi. Kredit ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya yang menghadiahkan CUPIDO idaman saya sempena majlis konvokesyen saya pada 28 November yang lalu.

Cupido, awak sangat menepati tema bilik saya. haha :)

Lagi, gambar CUPIDO dan seangkatan dengannya
Comel kan!?


CUPIDO adalah salah satu karekter yang berada dalam kumpulan DOOODOLLS. DOOODOLLS adalah jenama daripada Malaysia. Tapi, semua produk dia setanding dengan produk luar negara seperti Mickey Mouse, Pooh, Hello Kitty dan lain-lain. Oleh demikian, saya kini telah jatuh cinta dengan semua karekter DOOODOLLS. Untuk maklumat lanjut, lawati Laman Web DOOODOLLS







**Tidur lebih lena bersama CUPIDO tersayang. Terlebih-lebih sudah..;D
  • Share:

SAYA BUKAN SEORANG TEMAN YANG BAIK

By BIE - 03:17:00 | 01 Comments
Jika kamu harapkan saya sebagai kawan yang akan sentiasa menghubungi, menghantar mesej atau keep in touch setiap bulan sebagai lambang persahabatan, saya bukan orangnya.

Kalau kamu mengharapkan saya akan kemana-mana sahaja dengan kamu jikalau tidak, kamu kata persahabatan ini tidak bermakna, maka saya tidak boleh menjadi kawan kamu.

Saya bukan kawan yang begitu. Dari zaman sekolah, sampailah universiti, saya bukan teman tidur sebantal, jalan seiring, makan bersama sentiasa. Saya tetap bukan begitu.


Saya jenis yang boleh membeli makanan kedai makan seorang-orang sambil bernyanyi-nyanyi atau membaca nota tanpa memikirkan betapa loser-nya saya tanpa kawan. Saya boleh berjalan seorang-orang tanpa perlu ada kawan yang menemankan saya setiap masa dan saat dan akan merajuk jika tidak boleh ikut kemana pergi. Saya bukan jenis yang akan tersinggung bila teman-teman baik lebihkan orang lain atau teman lelakinya setelah bercinta, malah saya jadi tukang pom-pom girl. Saya juga bukan jenis yang kalau mahu pergi sekadar kedai koperasi (UniMart), harus pergi segerombolan seperti rombongan cik kiah. Saya boleh pergi seorang diri tanpa perlu menjeruk rasa. Saya juga mungkin tiada baju T yang tercop nama-nama kawan best friend forever atau gambar-gambar mesra tanda kami akan berkawan sampai mati.

Bukan sebab saya suka berseorangan. Begitulah cara saya, yang mungkin bukan cara best-friend-forever. Saya tahu kawan seperti saya sering dilupakan oleh kamu-kamu. Kawan seperti saya adalah teman ketawa kamu ketika kamu berduka dan kamu akan lupakan apabila ditempat baru. Teman seperti saya yang tidak sentiasa keep in touch, update perkembangan terkini adalah seperti tambahan kenalan di facebook tetapi tiada dalam kewujudan. Kawan yang ditambah hanya sekadar "kami pernah sekelas meski tak pernah bercakap” “pernah satu sekolah meski tak pernah berselisih bahu”.

Namun saya jenis yang tidak pernah berkata tidak kalau ada orang minta pertolongan walaupun bukan kenalan rapat. Malah lebih suka menghulurkan bantuan tanpa dipinta, meskipun sukar untuk ditunaikan. Saya tetap mencuba biarpun akan gagal atau saya sendiri akan kecundang.

Saya sentiasa menyediakan bahu untuk kamu bersandar dalam keadaan kesedihan walaupun ketika itu saya juga dalam duka yang amat berat. Senyuman tetap terukir dibibir saya biarpun saya dalam kesedihan. Susah nak tengok saya menangis dan moody kan?

Saya bukan di depan kamu pijak semut pun semut kata kenapalah aku tak mati, kemudian dibelakang menikam kamu atau merampas orang kesayangan kamu.

Kalau kamu terjumpa saya di tengah jalan walaupun jarang berjumpa, percayalah saya tetap akan membalas senyum bukannya membuat muka tidak tahu. Saya tetap tegur kamu dengan girangnya (mungkin terlebih ramah)

Jika kamu pernah rapat dengan saya, walaupun sekejap waktu dan satu hari kamu menghubungi atau bertemu saya, saya pasti boleh berbual dengan kamu berjam-jam lamanya seperti kita rapat sepanjang tahun.

Saya boleh ingat apa yang pernah kamu beri pada saya walaupun benda itu sudah 12 tahun berlalu dan perkara itu kamu tidak ingat pun.

Itulah saya.

Mungkin sebab itu, hanya beberapa orang sahaja yang masih mahu berkawan rapat dengan saya. Mereka adalah yang memahami cara saya berkawan.


Kepada kawan-kawan yang pernah berkawan dengan saya, yang pernah berkongsi saat-saat manis bersama, Saya ucapkan terima kasih.




** Disunting oleh Nabiha Mohd Mashut. Kredit artikel asal daripada Ainunl Muaiyanah Sulaiman
  • Share:

PEMILIH? PENTING KE?

By BIE - 19:01:00 | 11 Comments
  • Share:

TITISAN HIKMAH

By BIE - 04:47:00 | 01 Comments
Kudrat ilahi, menghapus jerih kepayahan
dengan seluruh kekuatan-Nya
Titisan hikmah menyeret kealpaan
dengan seluruh kesedaran
dan pengertian.
Payah!


  • Share:

KAUNTER PERTANYAAN

By BIE - 04:12:00 | 01 Comments
Berikut adalah pertanyaan yang ditanya oleh NORNAZIRAH ASHAR kepada saya menerusi blognya;

Berikan nama orang yang telah membuat anda tertawa malam tadi?
Ibu saya

Apa yang anda lakukan 1 jam yang lepas?
Minum petang bersama keluarga saya

Apakah sesuatu yang terakhir yang ingin anda jeritkan?
Arrghhhhhh

Ke mana tempat yang anda akan pergi?
Panggung wayang

Apa barang terakhir yang anda bayar?
"Top-up" RM10

Dimanakah anda malam tadi?
Di rumah

Apakah perisa ais krim yang enak?
Vanilla dan Coklat

Mahukah anda memotong rambut anda?
Ya, dan saya telah melakukannya pada minggu lepas

Adakah kamu suka melatah?
Tidak

Jika anda melatah, adakah anda akan menjerit (dengan kuat)?
Tidak pernah melatah

Apakah kandungan mesej terakhir yang anda terima?
"Ok, Thanks"

Adakah anda akan berkahwin pada masa akan datang?
Ya

Adakah anda mengunyah penyedut minuman?
Tidak

Adakah anda mempunya ayat yang tersendiri?
Loviey Doviey

Adakah anda menyukai/menyintai sesiapa?
Ya





**Pertanyaan dalam Bahasa Inggeris, dialihbahasa ke Bahasa Melayu
  • Share:

PERNIAGAAN SAYA

By BIE - 05:30:00 | 01 Comments
Saya mula berbisnes!? biar betul... hehehe.. Apa yang tak betulnya kan!? Tak ada yang mustahil. Kini saya menjadi saudagar kain! Fabrik bermutu tinggi dan diimport daripada Jepun dan tempat-tempat lain juga. Ada produk-produck lain juga menanti. Saya akan "Update" dari masa ke semasa.!

Mari berkunjung ke MARHUNA





**Mari-mari... murah! Murah!



*
  • Share:

DOOODOLLS

By BIE - 01:48:00 | 01 Comments
Dooodolls kini lebih menarik perhatian saya. Semua karakter kartun Dooodolls amat comel. Saat pertama kali saya kenal Doodolls ketika sedang berada di MPH Mid Valley. Pokoknya,saya sudah jatuh cinta.! Tambahan lagi, Dooodolls adalah barangan dan ciptaan Malaysia. Sokonglah, barangan buatan Malaysia! Nak tahu apa itu Dooodolls? Lihat gambar-gambar dibawah, ihsan daripada www.dooodolls.com



Comel kan!? semuanya adalah karakter kartoon dooodolls. Saya mahu mengumpul semua koleksi karakter kartun ini. Malangnya, harga bagi setiap karakter adalah sangat mahal =( Setakat ini, saya hanya ada Droolie, salah satu karakter Dooodolls yang dihadiahkan oleh sahabat baik saya pada ulang tahun ke-21. Droolie kini berada di kunci kereta saya. Sangat suka, sebab dia kaler pink~ heee

Inilah Droolie, teman kesayangan saya. Kini








**Sahabat, boleh minta kalian hadiahkan Dooodolls untuk saya tak!? hehe.. *statement tak tau malu sungguh! ahhaha ;D
  • Share:

KUNCI 21

By BIE - 07:48:00 | 01 Comments
  • Share:

MY BIRTHDAY!!

By BIE - 16:17:00 | 01 Comments
30 Oktober 2010, genaplah usiaku 21 tahun.. Terima kasih buat rakan-rakan serta keluarga yang memberikan ucapan yang tidak putus-putus melalui kiriman mesej, muka buku dan secara langsung. Terima kasih diucapkan!

Tag daripada Cikgu Ku Sunira ;)







**Mohon doa yang muluk daripada kalian. Semoga Allah SWT memanjangkan usiaku didalam keberkatan. Amin~
  • Share:

MUHASABAH CINTAKU

By BIE - 19:10:00 | 01 Comments
  • Share:

PUDING KARAMEL *Nyummy!

By BIE - 00:13:00 | 01 Comments
Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
Bahan untuk Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais





**Selamat mencuba ya! ;)
    • Share:

    SKALA KEMAHIRAN INSANIAH

    By BIE - 21:22:00 | 01 Comments



    Pihak Kementrian Pengajian Tinggi sedang menjalankan kajian longitudinal mengenai softskills pelajar semester 1 semua IPTA diseluruh negara. Saudara dan saudari telah dimaklumkan melalui Timbalan Dekan masing-masing mengenai perkara ini, Oleh itu, semua pelajar IPTA dimohon untuk memberikan maklumbalas dengan melayari laman web My3S di capaian berikut dalam kadar segera dalam tempoh 20/10/2010 hingga 23/10/2010 ini (4 hari sahaja) kerana ini adalah fasa yang terakhir.


    untuk menjalani kajian longitudinal mengenai softskills pelajar semester 1 semua IPTA diseluruh negara.Kajian ini adalah bagi membantu universiti mendapatkan maklumat untuk membantu saudara saudari mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan







    Peringatan!
    **Sebelum saudara saudari meninggalkan laman web tersebut, anda dimohon mencetak laporan kajian untuk disimpan dan diberikan satu salinan kepada Ketua Progam masing-masing.
    • Share:

    BERSABARLAH

    By BIE - 17:40:00 | 01 Comments
    Minggu peperiksaan bakal menjelang. Tapi, "assignment" a.k.a kerja sekolah semakin lama semakin bertambah. Alahai.. Pening kepala dibuatnya. Moga saya dapat menyelesaikannya dengan tenang dan tabah

    bersabarlah....


    Sekadar gambar hiasan
    • Share:

    CINTA IBARAT SEPOTONG KAIN

    By BIE - 18:30:00 | 11 Comments

    CINTA IBARAT SEPOTONG KAIN
    buat ulang tahun pertama

    Kuhamparkan sepotong kain bercorak cinta
    Diatas lantai jiwa yang lara.

    Aku gunting dengan cita dan rasa sayang
    Sambil membuang basi kepahitan dan rasa sedih,
    Yang pantasku dijadikan sampah.

    Kain yang kugunting dengan pola pemisah
    antara lapisan kau dan lapisan aku
    Kini bencantum dengan benang harapan
    yang sama

    Agar kain itu menjadi sepasang pakaian
    pakaian yang dipakai olehmu di hari itu

    Cinta ibarat sepotong kain

    00:00
    17 September 2010






    • Share:

    NEGATIF DAN SENSETIF

    By BIE - 00:36:00 | 01 Comments
    • Share:

    GHARQAD

    By BIE - 16:45:00 | 01 Comments
    GHARQAD adalah nama sebatang pokok. Pokok yang akan bersekongkol dengan laknatullah pada masa pertempuran (peperangan) berlaku antara umat islam dan yahudi. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

    “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”



    Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah;
    • Desert-thorn
    • Christmas berry
    • Wolfberry
    • Matrimony vine
    • Tea-tree
    • Goji






    **Moga kalian faham dan semakin sedar akan meej yang hendak disampaikan. Jangan ada yang tersalah menafsir. Pandanglah segalanya dari sudut yang lebih terbuka. Jangan cangkupkan ruang pemikiran anda. Terima kasih.
    • Share:

    SANGGUL

    By BIE - 04:28:00 | 01 Comments
    • Share:

    ADOLF HITLER

    By BIE - 08:24:00 | 01 Comments
    • Share:

    SOKONGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    By BIE - 03:29:00 | 01 Comments
    • Share:

    GURINDAM DI RUMAH PENA

    By BIE - 22:34:00 | 01 Comments
    Malam yang penuh kemeriahan itu turut dihadiri oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan sebilangan besar penyair dan sasterwan tanah air. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr.Irwan, pengasas e-sastera.com kerana menjemput saya untuk membuat persembahan (gurindam) pada malam tersebut. Saya amat berbesar hati untuk memenuhi jemputan tersebut.

    Persembahan Pak Samad

    Pada malam itu, saya mempersembahkan Gurindam Fasal 5 daripada Gurindam 12. Karya Raja Ali Haji. Gurindam 5 merupakan gurindam yang ringkas, namun sangat memberikan maksud yang amat mendalam kepada khalayak. Berikut, adalah teks yang saya lagukan pada malam tersebut;


    GURINDAM FASAL LIMA

    Jika hendak mengenal orang berbangsa,
    lihat kepada budi dan bahasa,

    Jika hendak mengenal orang berbahagia,
    sangat memeliharakan yang sia-sia.

    Jika hensak mengenal orang mulia,
    ihatlah kepada kelakuan dia.

    Jika hendak mengenal orang berilmu,
    bertanya dan belajar tiadalah jemu.

    Jika hendak mengenal orang berakal,
    dalam dunia mengambil bekal.

    Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
    lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


    Bersama rakan yang turut hadir pada malam itu

    Majlis tidak hanya berhenti setakat itu. Keesokkan harinya, keluarga e-sastera.com mengadakan jamuan makan pagi di Rumah Pena. Jamuan ringkas itu menyajikan makanan-makanan enak seperti, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Lemak Daun Pisang dan lain-lain.

    Sarapan di Rumah Pena

    Antara yang hadir ke jamuan itu

    Sesi ber"nujum" bersama Makcik Dhana..hehe..
    Selepas bersarapan

    Liputan berita mengenai acara yang berlangsung pada hari jumaat itu telah tersiar dalam akhbar Berita Harian pada Selasa, 8 Jun 2010. Berikut adalah "preview" akbar yang sempat saya sertakan dalam entri kali ini. Sila Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

    Muka surat 22
    Muka Surat 23






    **Suatu pengalaman indah bagi saya. Terima kasih kepada e-sastera.com dan pihak-pihak yang terlibat. =)
    • Share:

    TEATER ANUGERAH MERDEKA 2010

    By BIE - 00:05:00 | 01 Comments
    • Share:

    KEJUTAN HOT FM

    By BIE - 01:53:00 | 01 Comments
    Saya mungkin salah seorang peminat penyanyi seberang yang bernama ROSSA. Sejak mendengar lagu "Ayat-ayat Cinta" yang menjadi lagu tema Filem Ketika Cinta Bertasbih. Saya jadi tertarik dengan semua lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya. Menarik! saya suka menghayati lirik lagunya yang banyak mengandungi kata-kata dan perlambangan yang agak baik.

    Mendengar bahawa dia akan mengadakan Konsert sulungnya disini. Saya tertarik untuk turut serta. Namun, harga tiketnya? Ya Allah, sungguh tidak mampu bagi saya yang masih bergelar pelajar dan masih berada dibawah tanggungan ibu bapa.

    Sekadar mencuba nasib
    Saya menyertai pertandingan slogan yang dianjurkan oleh Hot FM. Hadiahnya ialah 2 tiket ke Konsert tersebut, setiap tiket berharga RM203. Saya hantar slogan dan butiran lengkap mengenai diri saya. Keesokkan harinya, saya dilaporkan memenangi pertandingan tersebut. Wah! teruja sekali, kerana ini kali pertama saya ke konsert sedemikian rupa.

    Stadium Putra, Bukit Jalil
    Di temani sahabat yang merupakan rakan sekerja saya, Atikah. Kami ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada waktu dan masa yang telah dijanjikan. Sungguh kami tidak menyangka, bahawa kami mendapat tempat duduk yang agak strategik di konsert tersebut.

    Kecewa
    Rossa tidak menyanyikan lagu kegemaran saya. "Hati yang kau sakiti". Walau bagaimanapun, terima kasih kepada HOT FM kerana memberikan tiket free tersebut kepada saya dan sahabat! =)







    **Khabarnya Rossa mahu mengadakan Konsert seterusnya di Istana Budaya. Bagi sesiapa yang terlepas peluang ke Konsert Melodi Cinta Rossa tahun ini. Anda masih punya peluang pada tahun hadapan! =)
    • Share:

    WAYANG PACAK

    By BIE - 18:26:00 | 01 Comments
    • Share:

    SEJARAH & KENANGAN

    By BIE - 18:24:00 | 01 Comments
    • Share: