Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

DUGAAN

by - 01:50:00

Diam tak diam, dah hampir 3 minggu saya menjalani latihan praktikal di NSTP. Seronok! itu saja ayat yang dapat saya rakamkan buat masa ini. Namun, apa yang menjadi tunjang "Dugaan" pada post saya kali ini adalah kehidupan dan kesihatan saya.

Hmm..sepanjang berada disini, boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya rasa tubuh ini lesu dan tak bermaya. Senang kata, asyik nak demam saja. Sekrang, saya sakit tekak dan selsema. Hanya panadol peneman saya untuk "heal" demam dari terus menyerang. Risau saya dibuatnya, kerja dah la banyak! huh!

Apa nak buat, dalam masa yang sama. Rumah sewa saya pula hendak diambil oleh pemiliknya. Rakan-rakan serumah saya panik. Dimana kami mahu tinggal? bagaimana nanti? cari rumah dikawasan ini adalah masalah juga. Kami berusaha mencari dan terus mencari rumah di kawasan sekitar Bangsar ini. Alhamdulilah ketemu juga. Namun, bayarannya agak mahal daripada yang sebelum ini (alahai..habis la duit elaun, tak sempat nak buat joli katak!..haha)

Tak mengapalah, mungkin ini dugaan yang perlu saya tempuhi sebagai permulaan kepada kehidupan yang baharu. Semoga saya kuat! Almaklumlah~ saya tidak pernah hidup diluar, sebelum ini hanya duduk kolej dan bersama ibu bapa. Ini adalah suatu pengalaman pahit dan manis yang harus saya tempuh barangkali.

Walau bagaimanapun, saya harap kondisi kesihatan saya akan pulih seperti sediakala. Hmmm.. siapa yang mahu melawan takdir ini.





**Sakit adalah penghapus dosa kecil~

You May Also Like

1 ulasan

  1. assalam nak tanya berapa ye elaun praktikal di nstp selama sebulan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx