Follow Us @soratemplates

Tuesday, 5 January 2010

PRAKTIKAL OH! PRAKTIKAL



Ini adalah catatan pada hari pertama saya menjalankan latihan praktikal di News Straits Times Press atau singkatannya NSTP. Malam itu, saya ke rumah Atikah (rakan sekampus) yang sama-sama menjalani latihan disitu. Keesokkan paginya, kami sama-sama bergerak menuju ke NSTP. Mujur ayah tika merupakan salah seorang staff yang bertugas disitu. Maka, mudahlah bagi kami untuk mencari Training Centre. Kalau tak! alamat ssessat la jawabnya.

Kami dikehendaki melaporkan diri pada jam 9.00pagi. Namun, setelah menantikan debaran yang cukup kencang selama sejam. Kami dibawa ke bahagian tertinggi IT Department di tingkat 5, untuk bertemu Puan Rohaya dan mendapat taklimat daripada beliau. Selepas itu, barulah kami di bawa ke bahagian IT Department yang berada di tingkat 3. Dimana beradanya bilik server yang besar dan menakutkan~ hehe



Saya dan Atikah dipisahkan pada site yang berlainan. Atikah diarahkan untuk bekerja di bahagian "Support and Maintainance" manakala saya di bahagian "Programming and Web Designing" dibawah kelolaan bos saya yang kacak, Encik Bakhtiar~ hehe

Memandangakan saya budak baru belajar. Maka, hendaklah saya punya sebuah komputer untuk menambah ilmu (alahai~ ayat skema betul. Hehehe) Encik Rosli telah mengeluarkan 2 buah PC yang baru, bersama CD-ROM dan Hard Disk. Berbekalkan, beberapa biji screwdriver, wayar cable, skru. Kami diarahkan memasang semua hardware tersebut sendiri. Huhuhu..semua itu adalah pengalaman pertama bagi aku. So far, saya berjaya belajar dengan cepat (lepas ni, siapa-siapa nak repair PC boleh hantar pada saya ya.haha..) Langkah seterusnya, format ke windows, install driver, antivirus, connection dan sebagainya.

Kami berdua menyudahkan kerja hingga ke petang. Penat! tapi, sangat banyak input yang kami dapat pada hari pertama bekerja. Lain pula dengan pelbagai cerita lucu di NST Department dan lain-lain. Saya akan sambung cerita ini di masa akan datang ya.? Teruskan mengikuti..





**Pengalaman pertama =)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx