SAYA NAK CUTI..!

22:29:00

Hujung minggu di rumah sangat menyenangkan. Seronok! tapi, tak pernah akan puas. Huhue.. kene terima juga hakikat ni~ huhuhue.. Balik ni, saya pergi jalan-jalan bersama keluarga. Heee..kali ni, adik dapat laptop baru. Acer, nipis pulak tu. Jeles~ hehe.. Malam sabtu tu saya ke skudai, jumpa kawan baik saya, Zira. Sempat juga berbual-bual dengan dia dan keluarganya. hehe.. Happy! sebab rindu dia. Niat hati nak jumpa kawan-kawan lain tapi, tak sempat. Zira bagi tahu pasal blog Hanis Zalikha yang promote tentang pertandingan "Saya Nak Cuti" yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines. Maka, selepas itu..saya pun tertarik~ hehe (apa ni???).

Berikut adalah esei ringkas saya mengenai destinasi yang saya nak sangat pergi. Harap-harap saya menjadi peserta 12 teratas untuk melayakkan diri ke sana. Hehe.. (berangan ajee, sekadar untuk suka-suka) hehe =)

Yogyakarta menjadi pilihan hati~

Kota Daerah Istimewa Yogyakarta, menyimpan seribu satu rahsia di sebalik warna-warni kehidupan penduduknya. Saya amat tertarik untuk melawati kota agung yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Jika diberi peluang menikmati autonomi istimewa ini, saya dengan berbesar hati sanggup menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh MAS untuk merakamkan percutian hebat ini kepada seluruh rakyat di Malaysia khususnya.

Berbanding dengan wilayah-wilayah lain di Republik itu. Saya begitu teruja dengan kemewahan adat yang dipegang oleh mereka secara turun temurun . Sistem pemerintahan yang diwariskan kepada generasi Sultan, menunjukkan semangat kejiwaan masyarakat Yogya. Hal ini kerana, mereka amat mempercayai kuasa keramat yang dipegang oleh Sultan. Keraton Sultan di Yogya, adalah kebanggan mereka selain terdapatnya Candi Borobudur, Candi Prambanan dan sebagainya.

Saya harap, percutian ini bukan sekadar satu perjalanan untuk belajar, tetapi untuk memerhati dan menilai apa yang kita miliki, serta perbezaan yang pastinya sangat menarik untuk diceritakan. Mengembara ke sebuah negara berbeza budaya kehidupan masyarakat dapat dilihat melalui pertemuan dengan warga penduduk Yogya yang rata-rata berbangsa Jawa yang dikhabarkan sungguh menyejukkan hati. Saya ingin sekali menjalinkan hubungan erat bersama masyarakat disana. Selain itu, saya juga difahamkan oleh rakan saya yang menetap disana, Gudeg ialah makanan yang menjadi satu kemestian pada waktu pagi, sudah tentu rasanya sangat enak. Saya menjadi semakin tidak sabar untuk mencubanya setiap kali beliau menceritakan hal itu kepada saya.

Kenderaan awam yang lebih dikenali sebagai angkutan wisata, sangat popular dalam kalangan masyarakat disana untuk pergi ke mana-mana. Becak dan Andong menjadi pilihan utama mereka, saya memandang keunikan Yogya melalui kehidupan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat disana. Siapa tak kenal Candi Borobudur? Jutaan orang mendamba untuk mengunjungi bangunan yang termasuk dalam" World Wonder Heritages" ini. Saya juga salah seorang yang mengimpikan lawatan ke sana. Maka, tidak hairanlah, semua orang mahu ke sana kerana kagum dengan seni bina mahupun fungsinya sebagai tempat ibadah, Borobudur sememangnya memikat hati saya.

Tidak kurang juga dengan kewujudan Candi Prambanan, candi tercantik didunia. Candi ini adalah mahakarya kebudayaan Hindu dari abad ke-10. Bangunannya yang langsing dan menjulang setinggi 47 meter membuat kecantikan seni binanya tak tertandingi. Harapan saya untuk ke Yogyakarta adalah sangat tinggi. Terima kasih.




**Kalau terpilih dan memenangi peraduan ni, setiap peserta dikehendaki mengacarakan pengembaraan ke destinasi idaman yang menjadi impian. Semoga berjaya!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim