BALIK KAMPUNG

By BIE - 11:27:00 PTG

Tipulah, kalau saya katakan hari ini tiada perkara yang menyeronokan disekelilng saya. Pastinya, ada sahaja insan yang tertawa gembira dan ada juga yang bersedih dalam kedukaan. Saya seorang yang paling tidak suka berkongsi kesedihan dengan orang lain. Kalau boleh, kalau tak terpaksa, kalau tak terlalu sedih. Saya tidak akan menangis dan bercerita kepada orang tentang masalah ataupun kesedihan yang saya alami. Hmm..sekali dengar seperti seorang wanita yang hipokrit dan ego kan? Namun, itulah persepsi saya terhadap hidup ini. Sebuah prinsip yang saya pegang.

"Kesedihan sering tersembunyi dibalik senyuman dan hilai tawa, namun dihati hanya tuhan yang tahu".

Itulah saya dan rahsia keseluruhan daripada hidup saya. Oleh itu, saya sering katakan. Walau serapat mana pun seseorang itu dengan saya. Dia hanya tahu 20% sahaja cerita dibalik kehidupan saya. Dia tidak mungkin tahu semua perkara tentang saya dan kehidupan saya. Hanya seorang yang saya amat percaya didunia ini. Hanya dia yang tahu segalanya tentang saya. Dia, adalah ibu saya. Marhuna binti Tauhib. Hari ini, saya akan pulang ke Kota Tinggi. Semestinya saya berada di dalam kapal yang membawa muatan yang bernama gembira.



- Saya dan ibu -







**Tak sabar mahu pulang ke rumah. Rindu akan semuanya =)

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan

  1. same to me:) i tak banyak cakap dengan mak. but she know me better:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx