SEJARAH & KENANGAN

18:24:00

"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain"

Hujung minggu lalu, selepas saya menamatkan latihan praktikal sata di NSTP (M) Berhad. Saya pulang ke kampung halaman tercinta "Felda Pasak". Lebih kurang 2 minggu saya pulang, sementara menunggu masa untuk menghadiri sesi pembentangan di UiTM Shah Alam. Ketika di Kampung, saya begitu teruja apabila dapat tahu Felda Pasak mengadakan Hari terbuka, pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan, antaranya;
  • - Pertandingan Masakan
  • - Pertandingan rekacipta daripada bahan terbuang
  • - Pertandingan tumbuhan yang subur
  • - Pertandingan pancing botol (lelaki/perempuan)
  • - Tarik tali
  • - Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
  • - dan lain-lain


Sudah agak lama saya tak pergi ke pesta-pesta seperti itu. Sejak saya belajar jauh dari keluarga, terasa rindu untuk bersama memeriahkan majlis tersebut. Terkadang, saya mengimbas kembali saat saya masih bersekolah. Jika kampung saya menganjurkan majlis seperti, Malam Ambang Merdeka, saya dan rakan-rakan sudah pasti dijemput untuk mempersembahakan Tarian Zapin pada malam berkenaan. Tak lupa juga pada Majlis Malam 7 likur, saya dan rakan sekampung menjadi ahli jawatankuasa pengelola majlis. Saya sangat gembira dapat berbakti dan sedikit sebanyak dapat menolong golongan veteran yang sangat berdedikasi dan prihatin terhadap kami. Sayangnya masa itu sudah berlalu.

"Sejarah adalah secebis ingatan hanya untuk dikenang"

Bebalik pada pokok cerita yang sebenar. Ketika saya dan ibu berjalan-jalan di tapak pesta. Kami terpanggil untuk melihat kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna yang diadakan di Tabika Kemas Felda Pasak.

"Tabika Kemas Felda Pasak"

Tempat pertama saya menuntut ilmu seawal usia 5 tahun. Saya mula mengenang kembali sejarah yang sudah terkubur seiring zaman, namun diingatan, segalanya masih mekar dan subur. Melihat kawasan sekeliling, ternyata banyak perubahan. Akan tetapi, Gelongsor batu yang selalu saya main waktu kecil masih utuh dan digunakan hingga sekarang. Saya sebak! seakan-akan mahu meraung dan menjerit pada khalayak bahawa

"Saya mahu zaman kanak-kanak!!"

Namun, semua itu tak mungkin akan terjadi. Seiring waktu, saya menjadi dewasa dan Seorang Wanita kini.


Banyak perubahan disini

Taman permainan dan gelongsor batu yang masih utuh







**Generasi akan datang yang akan merasai nikmat ini. Sama! seperti apa yang saya rasakan pada masa dahulu, kini dan yang akan datang =)

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim