Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

SOKONGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

by - 03:29:00

Kebimbangan terhadap dunia sastera yang kian malap dalam kalangan masyarakat masa kini amat membimbangkan, hal demikian menggesa saya untuk mengeluarkan pendapat dan saranan kepada pihak terlibat untuk memperkasakan lagi aktiviti dan tindakan supaya generasi masa kini dapat mengenali dunia sastera dengan lebih mendalam.

Jika ditanya kepada anak-anak kecil, siapa juara Akademi Fantasia? Siapa Selebriti terkenal tanah air? Sudah tentu dengan mudah, mereka dapat menjawab soalan-soalan sedemikian. Hal ini kerena, pendedahan awal dan kerap, menyebabkan mereka ingat dan kenal siapa golongan itu dan ini.

Bagaimana pula dengan pendedahan kepada khalayak mengenai dunia sastera negara.? Siapa Cendekiawan negara? Siapa Sasterawan Negara? Manusia separuh abad pun belum tentu dapat menyebutkan nama mereka satu persatu. Tepuk dada tanya iman..

PEMANTAPAN ASPEK BAHASA MELAYU
Berita Harian bertarikh 8 Februari 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Nabiha Mohd Mashut, Kota Tinggi, Johor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Februari 2010 (Pemantapan Aspek Bahasa Melayu).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) mengucapkan terima kasih atas usul yang dikemukakan oleh penulis tentang pemantapan aspek Bahasa Melayu yang mesti dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi. BPK menyokong pandangan beliau dalam hal ini, bak kata pepatah Melayu, “Melentur Buluh biarlah daripada Rebungnya”.

Dalam memantapkan aspek bahasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui BPK kini dalam proses melakukan transformasi kurikulum bagi semua mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia.

Bagi tujuan ini, selain kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, aspek tatabahasa dan seni bahasa turut diberi penekanan seawal Tahun 1. Selain daripada itu, unsur didik hibur diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk menarik minat murid meminati Bahasa Malaysia. Program Bacaan Awal Berstruktur dan Program Bacaan Sastera Kontemporari Sekolah Rendah yang telah dirintis, akan juga diperluas. Semua buku bacaan yang akan diperkenalkan ini adalah mengikut kriteria pemilihan yang telah ditetapkan dengan mengambil kira aspek murid, guru dan juga bahan.

Usaha-usaha pemantapan aspek Bahasa sentiasa diambil berat dan dipandang serius oleh Kementerian.


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Terima kasih atas sokongan pihak kementerian dalam menangani masalah ini. Semoga dunia dan generasi akan datang beroleh mafaat daripadanya. Pihak-pihak lain yang terlibat sama dalam permasalahan ini, diharap dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.









**Bak kata pepatah "Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya" =)

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx