Follow Us @soratemplates

Tuesday, 1 June 2010

WAYANG PACAK

Malam itu, si ayah sibuk mengajak anak-anaknya ke Padang awam.

"Kenapa ayah ajak kakak, adik dan ibu ke padang? kan dah malam ni" tanya si anak.
"Malam ini ada wayang pacak" jawab si ayah.
"Wayang pacak??" jawab anak terpinga-pinga

Hal ini kerana selama hidupnya, si anak yang baharu saja berumur 5 tahun itu tidak pernah pergi menonton wayang waima memasuki panggung wayang apatah lagi. Inikan pula, menonton wayang pacak? Si anak menurut sahaja.

Selepas membentang surat khabar di padang yang berumput itu. 4 beranak mula mendongak melihat layar putih yang terpampang di hadapan mata, sambil menjamu selera dengan kekacang dan air minuman yang dibawa daripada rumah. Mereka menunggu filem yang akan ditayangkan itu bermula..

"Batman forever" sekitar tahun 1995, filem ini menjadi filem "Box office" di dunia. Itulah filem yang disaksikan oleh 4 beranak tersebut pada malam itu.

Kenangan masa dahulu

Wayang pacak merupakan pertunjukan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot. Menarik! kerana....

Wayang pacak (Outdoor Movie), merupakan suatu nostalgia yang sudah lama berkubur diingatan saya. Seumur hidup, saya hanya pernah menyaksikannya ketika saya masih kanak-kanak. Selepas itu, saya sudah terdedah dengan wayang gambar di panggung wayang yang kini lebih canggih dengan teknologi 3 Demensi(3D) dan 2 Demensi (2D). Begitu cepat masa berlalu sehingga saya tidak sempat mengenang nostalgia yang menggamit perasaan itu.







**Saya mahu menonton wayang pacak!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx