NEGATIF DAN SENSETIF

By BIE - 12:36:00 PG


"Berfikiran negatif dan bersikap sensitif" Suatu perasaan yang saya rasa perlu dikikis dalam jiwa seorang manusia (peringatan untuk diri sendiri). Begitu juga dengan saya, terkadang berfikir sejenak. Terlalu "negatif"kah aku dan mengapa perlu terlalu "sensitif" dan menjeruk rasa?

Ya... saya akui, sikap sensitif terhadap perkara sekeliling itu amat perlu untuk menunjukkan yang kita ini peka dan mengambil tahu tentang sesuatu perkara yang berlaku. Moga tidak tersalah tafsiran barangkali? meng"agak-agak" saja berkemungkinan menimbulkan sesuatu yang "salah". Maka, kita akan menyalahkan yang benar dan mungkin juga akan membenarkan yang salah.!

"Oh! sinisnya kata-kata si polan binti si polan dan si polan bin si polan itu kepada aku"

Dek kerana kata-kata hati manusia mudah tercalar. Aduh! sakitnya tidak terperi... Kenapa ya!? Terkadang, kita amat menjaga tutur kata tika berbicara dengan sesiapa sahaja (kita tak sempurna), mungkin kadang-kadang tidak sedar akan menyakiti hati orang lain. Namun, orang lain pula MENYAKITKAN HATI kita. Sehingga kita merasa, mendiamkan itu adalah jalan yang terbaik (mungkin)

"Sensitif" sangat kah aku ni?

Pabila kita sering terluka dek kerana kata-kata. Orang lain akan membolak-balikkan kedudukan sebenar kejadian. Maka, kita dikatakan "terlalu sensitif".. haha.. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini!?





**Wah... cerita soal hati pula kan!? soal hati ini sangat subjektif. Namun, saya rasa ramai berpendapat seperti saya (harap-harap begitulah. hehe..)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx