MUHASABAH CINTAKU

19:10:00


Kata-kata diandaikan seperti sebilah pedang/pisau/parang yang tajam. Bisa membelah, mencantas, memotong dan mencincang.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi orang lain" 
Hadis riwayat Bukhari.

Sabda Rasulullah SAW seperti diatas menunjukkan bahawa kita bertanggungjawab atas sesama manusia. Saling memberi manfaat sesama kita. Namun begitu, bagaimana caranya.? Adakah dengan;

Menyindir sinis.
Mengata belakang orang yang dikatanya.
Mengumpat dan mengeji keburukan orang lain.
Menegur orang lain dengan cara yang keras.
Menasihati dengan secara tiba-tiba (menjerkah).
Menunjuk-nunjuk sesuatu yang ada pada dirinya dan tidak ada pada orang lain.
Berprasangka buruk terhadap perilaku dan tindakan orang lain.
Bangga diri dengan mengatakan dirinya lebih hebat.
dan sebagainya

Semuanya yang diatas adalah cara yang tidak wajar dilakukan. Namun, manusia (tidak terkecuali saya) masa kini alpa dan leka. Terkadang mereka tidak sedar bahawa mereka melakukan perkara berikut untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan. 

Niat sudah betul. Namun, cara dan pendekatan yang tidak bijak membuatkan orang lain merasa jelik dan mengandaikan bahawa mereka ini mahu memperlekehkan orang lain. Oleh itu, pentingnya ilmu dalam dada. 

Rasulullah SAW menggunakan pendekatan yang amat lembut dan penuh kasih sayang. Nasihatnya tak menyakitkan si pendengarnya. Rasulullah SAW telah mengajarkan dan mencontohkan cara berdakwah yang baik dan penuh hikmah. Pelajarilah dengan lebih mendalam (jangan main hentam keromo sahaja, tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain). Maka, laksanakanlah yang terbaik demi mengharapkan keredaan Allah.



Muhasabah diriku dan diri kalian..







**Dakwah itu pada dasarnya adalah usaha membawa umat dan golongan terpinggir menghadapi cabaran hidup dan menyelesaikan permasalahan itu secara islamik sehingga mereka merasakan Islam itu adalah satu rahmat

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim