Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

KUNCI 21

by - 07:48:00

Mengimbas...

Ulang tahun kelahiran saya yang ke 19. Ibu menghadiahkan saya seutas rantai emas bersama loketnya. Adalah menjadi kebiasaan ibu dan ayah saya, memberi anak-anaknya peluang untuk membuat pilihan atas hadiah tersebut (namun, tetap ada syarat-syarat yang harus dipatuhi. Seperti, kadar budgetnya. he.he..) Selepas ibu memilihkan seutas rantai, saya pula memilih loketnya. Pada ketika ini, saya memilih loket berbentuk kunci.

Contoh Rantai dan Loket Kunci

Kata ibu,
"Pilih loket yang lain"
"Kenapa pula? Loket ni cantik lah bu. Comel" kataku.
"Biasanya ibu ayah hadiahkan rantai dengan loket kunci bila anak dah berusia 21 tahun"
"Kenapa pulak?"
"Rantai dan loket kuncikan lambang kebebasan. Lambang ibu bapa mula membebaskan anak selepas usia 21 tahun"
"Jadi kena tunggu akak 21 tahun lah ni? Baru dapat loket kunci?"
"Tak, ibu tak akan hadiahkan rantai kunci pada akak, sebab ibu ayah tak akan bagi kebebasan pada anak sampai bila-bila pun"
"he.he.." aku terpinga dan memilih loket berbentuk 2 hati. Lambang hati ibu dan ayah yang harus ku jaga sepanjang hayat.

30 Oktober 2010 yang lepas, genaplah usiaku 21 tahun. Cerita tentang Kunci dan 21 tahun kembali menerjah ruang fikiranku. Terkenang kenangan lama. Kini, mula melakar kenangan baharu mengenai Kunci dan 21 tahun.

Tidak pernah saya jangka bahawa pada usia 21 tahun, ibu dan ayah yang dahulunya enggan menghadiahkan loket kunci kepada anak perempuannya telah menukarkan pemberian istimewa  pada hari lahir saya pada tahun ini. Masih lagi mengenai Kunci dan 21 tahun, tetapi bukan loket kunci di hari lahir yang ke-21. Tetapi, adalah ia adalah Kunci kereta di hari lahir yang ke-21 tahun. Saya sangat teruja!

Masih kekal dengan tradisi memilih sendiri kehendak atas sesuatu pemberian daripada ibu dan ayah. Saya diberi peluang untuk memilih warna kenderaan saya. Hitam! ya..hitam menjadi pujaan hati saya.


Kenderaan itu tiba dirumah 3 hari sebelum saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21. Pada tika itu, saya masih berada di Shah Alam.Hati seakan meronta pabila mengetahui perihal itu. Terima kasih ibu ayah, atas pemberian yang tidak ternilai harganya bagi diriku.


Akan saya gunakannya dengan sebaik mungkin. Saatnya memerlukan, kerana semester hadapan saya terpaksa tinggal di luar kampus. Segalanya adalah untuk kemudahan, bukan kebebasan. Kunci dan 21 tahun pada 2010 ini adalah Lambang Kasih Sayang dan Cinta saya terhadap keluarga saya.

Istimewa <3

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga, saudara-mara, sahabat, kenalan rapat mahupun jauh yang menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-21 pada tahun ini.


Terima kasih untuk semua hadiah-hadiah ini, kalian adalah anugerah terindah dalam hidupku.








**Umur dan 21 tahun, tak sabar mahu mendaftar sebagai pengundi. Azam : Tidak akan pernah tertinggal walau satu penggal sekalipun.. hapuskan 1:40 dalam Malaysia!!!

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx