Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

PEMILIH? PENTING KE?

by - 19:01:00

"Pemilih?"

"Penting ke?"

"Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia?"

"Sudahkah anda mendaftarkan diri sebagai pemilih?"

Jawapan saya adalah;

"Ya, saya sudah melakukannya!"

Janji saya pada ulang tahun kelahiran yang ke-21, 30 Oktober 2010 adalah untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih pada pilihan raya yang akan datang. Sekaligus, memadamkan rekod 1:40 dalam negara kita. Anda sedia maklum tentang isu ini bukan!? Maka, bertindaklah sekarang.

Caranya amat mudah, saya hanya pergi ke kaunter pejabat pos. Ambil nombor, tunggu sebentar, nyatakan kemahuan saya untuk mendaftar sebagai pengundi, berikan kad pengenalan, dan selesai. Anda akan diberikan slip seperti dibawah ini sebagai rujukan.


Sebelum itu, anda hendaklah memastikan syarat-syarat wajib untuk mendaftar telah dipatuhi. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
  1. seorang warganegara Malaysia;
  2. telah mencapai umur 21 tahun;
  3. bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan.
  4. tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Peringatan untuk syarat ke-3!

Situasi 1
Maksudnya : Kalau anda tinggal di Johor Bahru (misalnya), daftarlah di Johor Bahru. Jangan pula daftar di Pejabat Pos Kuala Lumpur.

Situasi 2
Maksudnya : Jika anda sudah berpindah ke tempat lain. Misalnya, sebelum ini anda tinggal di Melaka. Namun kini, anda sudah berpindah ke Kedah. Anda perlu buat "Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi" di mana-mana;

  1. Pejabat-pejabat SPR
  2. Pejabat-pejabat pos berkomputer
  3. Wakil-wakil jabatan
  4. Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja)
  5. Pasukan Outreach SPR 





**Sahabat sekalian yang sudah berusia 21 tahun dan lebih 21 tahun, sila tunaikan tanggungjawab anda ya!? anda punya hak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

You May Also Like

1 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx