Follow Us @soratemplates

Saturday, 4 December 2010

SAYA BUKAN SEORANG TEMAN YANG BAIK

Jika kamu harapkan saya sebagai kawan yang akan sentiasa menghubungi, menghantar mesej atau keep in touch setiap bulan sebagai lambang persahabatan, saya bukan orangnya.

Kalau kamu mengharapkan saya akan kemana-mana sahaja dengan kamu jikalau tidak, kamu kata persahabatan ini tidak bermakna, maka saya tidak boleh menjadi kawan kamu.

Saya bukan kawan yang begitu. Dari zaman sekolah, sampailah universiti, saya bukan teman tidur sebantal, jalan seiring, makan bersama sentiasa. Saya tetap bukan begitu.


Saya jenis yang boleh membeli makanan kedai makan seorang-orang sambil bernyanyi-nyanyi atau membaca nota tanpa memikirkan betapa loser-nya saya tanpa kawan. Saya boleh berjalan seorang-orang tanpa perlu ada kawan yang menemankan saya setiap masa dan saat dan akan merajuk jika tidak boleh ikut kemana pergi. Saya bukan jenis yang akan tersinggung bila teman-teman baik lebihkan orang lain atau teman lelakinya setelah bercinta, malah saya jadi tukang pom-pom girl. Saya juga bukan jenis yang kalau mahu pergi sekadar kedai koperasi (UniMart), harus pergi segerombolan seperti rombongan cik kiah. Saya boleh pergi seorang diri tanpa perlu menjeruk rasa. Saya juga mungkin tiada baju T yang tercop nama-nama kawan best friend forever atau gambar-gambar mesra tanda kami akan berkawan sampai mati.

Bukan sebab saya suka berseorangan. Begitulah cara saya, yang mungkin bukan cara best-friend-forever. Saya tahu kawan seperti saya sering dilupakan oleh kamu-kamu. Kawan seperti saya adalah teman ketawa kamu ketika kamu berduka dan kamu akan lupakan apabila ditempat baru. Teman seperti saya yang tidak sentiasa keep in touch, update perkembangan terkini adalah seperti tambahan kenalan di facebook tetapi tiada dalam kewujudan. Kawan yang ditambah hanya sekadar "kami pernah sekelas meski tak pernah bercakap” “pernah satu sekolah meski tak pernah berselisih bahu”.

Namun saya jenis yang tidak pernah berkata tidak kalau ada orang minta pertolongan walaupun bukan kenalan rapat. Malah lebih suka menghulurkan bantuan tanpa dipinta, meskipun sukar untuk ditunaikan. Saya tetap mencuba biarpun akan gagal atau saya sendiri akan kecundang.

Saya sentiasa menyediakan bahu untuk kamu bersandar dalam keadaan kesedihan walaupun ketika itu saya juga dalam duka yang amat berat. Senyuman tetap terukir dibibir saya biarpun saya dalam kesedihan. Susah nak tengok saya menangis dan moody kan?

Saya bukan di depan kamu pijak semut pun semut kata kenapalah aku tak mati, kemudian dibelakang menikam kamu atau merampas orang kesayangan kamu.

Kalau kamu terjumpa saya di tengah jalan walaupun jarang berjumpa, percayalah saya tetap akan membalas senyum bukannya membuat muka tidak tahu. Saya tetap tegur kamu dengan girangnya (mungkin terlebih ramah)

Jika kamu pernah rapat dengan saya, walaupun sekejap waktu dan satu hari kamu menghubungi atau bertemu saya, saya pasti boleh berbual dengan kamu berjam-jam lamanya seperti kita rapat sepanjang tahun.

Saya boleh ingat apa yang pernah kamu beri pada saya walaupun benda itu sudah 12 tahun berlalu dan perkara itu kamu tidak ingat pun.

Itulah saya.

Mungkin sebab itu, hanya beberapa orang sahaja yang masih mahu berkawan rapat dengan saya. Mereka adalah yang memahami cara saya berkawan.


Kepada kawan-kawan yang pernah berkawan dengan saya, yang pernah berkongsi saat-saat manis bersama, Saya ucapkan terima kasih.




** Disunting oleh Nabiha Mohd Mashut. Kredit artikel asal daripada Ainunl Muaiyanah Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx