E-MEL DI BERITA HARIAN

Salam sejahtera buat semua, Minggu lepas, saya telah menunaikan janji saya. Semestinya kalian tertanya-tanya, janji apa yang telah saya kotakan itu. bukan?

Ceritanya begini, Semasa saya masih lagi belajar dalam semester 5 di Kampus UiTM Johor. Abang Nazmi Yaakub (wartawan bahagian Sastera Berita Harian) pernah meminta saya untuk menolongnya dengan menghantar isu yang berkaitan dengan sastera di Kolum E-mel & Anda dalam sisipan Sastera yang sering disiarkan pada hari isnin. Namun, pada ketika itu saya tidak dapat menolongnya kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir. Maka, saya telah berjanji kepadanya untuk menghantar e-mel apabila saya selesai menghadapi peperiksaan. Akhirnya, baharu minggu lepas saya dapat menunaikan janji saya itu. Maka, minggu ini e-mel saya tersiar di akhbar. Berikut, adalah isu yang saya cuba ketengahkan dalam dunia hari ini.


Muka Surat 22, Akbar Berita Harian - 25 Januari 2010



Keratan "E-mel" yang saya ajukan







**Besar harapan saya supaya pemantapan aspek sastera ini dimajukan dan dimasyhurkan kepada anak bangsa sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi =)

PYTHON OH PYTHON!


Python adalah seekor ular yang terdapat di afrika, Python ni boleh dikira seperti adik beradik kepada Anaconda (spesis ular yang digeruni). Namun, disini saya bukanlah berminat untuk berkongsi cerita tentang haiwan berbisa yang bernama Python ini. Saya mengemukakan entri kali ini untuk berkongsi mengenai sejenis High Level Language yang diberi nama Python. Namanya saja sudah berbisa, apatah lagi fungsi dan kesan yang akan diberikan. Semestinya, impak yang terlalu hebat bagi sesetengah programmer. Huh! berpeluh saya tatkala mendengar nama "Python" disebut dihadapan saya. Semacam meremang bulu roma. hehee.. saya bercanda!

Python, adalah high level language yang dikhabarkan lebih selamat (secure) berbanding Php dan Asp dan sebagainya. Hal ini kerana, tidak ramai programmer yang mahir dengan bahasa si Python ini. Hackers pun belum tentu dapat mengusai language ini dengan baik! ehehe..

Ini adalah language yang perlu saya pelajari di IT Department, NSTP..Sekian, Terima kasih.








**Enteri kali ini macam tak berisi je. Hmmm..maaf kawan-kawan =)

DUGAAN

Diam tak diam, dah hampir 3 minggu saya menjalani latihan praktikal di NSTP. Seronok! itu saja ayat yang dapat saya rakamkan buat masa ini. Namun, apa yang menjadi tunjang "Dugaan" pada post saya kali ini adalah kehidupan dan kesihatan saya.

Hmm..sepanjang berada disini, boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya rasa tubuh ini lesu dan tak bermaya. Senang kata, asyik nak demam saja. Sekrang, saya sakit tekak dan selsema. Hanya panadol peneman saya untuk "heal" demam dari terus menyerang. Risau saya dibuatnya, kerja dah la banyak! huh!

Apa nak buat, dalam masa yang sama. Rumah sewa saya pula hendak diambil oleh pemiliknya. Rakan-rakan serumah saya panik. Dimana kami mahu tinggal? bagaimana nanti? cari rumah dikawasan ini adalah masalah juga. Kami berusaha mencari dan terus mencari rumah di kawasan sekitar Bangsar ini. Alhamdulilah ketemu juga. Namun, bayarannya agak mahal daripada yang sebelum ini (alahai..habis la duit elaun, tak sempat nak buat joli katak!..haha)

Tak mengapalah, mungkin ini dugaan yang perlu saya tempuhi sebagai permulaan kepada kehidupan yang baharu. Semoga saya kuat! Almaklumlah~ saya tidak pernah hidup diluar, sebelum ini hanya duduk kolej dan bersama ibu bapa. Ini adalah suatu pengalaman pahit dan manis yang harus saya tempuh barangkali.

Walau bagaimanapun, saya harap kondisi kesihatan saya akan pulih seperti sediakala. Hmmm.. siapa yang mahu melawan takdir ini.





**Sakit adalah penghapus dosa kecil~

SAYA NAK CUTI..!

Hujung minggu di rumah sangat menyenangkan. Seronok! tapi, tak pernah akan puas. Huhue.. kene terima juga hakikat ni~ huhuhue.. Balik ni, saya pergi jalan-jalan bersama keluarga. Heee..kali ni, adik dapat laptop baru. Acer, nipis pulak tu. Jeles~ hehe.. Malam sabtu tu saya ke skudai, jumpa kawan baik saya, Zira. Sempat juga berbual-bual dengan dia dan keluarganya. hehe.. Happy! sebab rindu dia. Niat hati nak jumpa kawan-kawan lain tapi, tak sempat. Zira bagi tahu pasal blog Hanis Zalikha yang promote tentang pertandingan "Saya Nak Cuti" yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines. Maka, selepas itu..saya pun tertarik~ hehe (apa ni???).

Berikut adalah esei ringkas saya mengenai destinasi yang saya nak sangat pergi. Harap-harap saya menjadi peserta 12 teratas untuk melayakkan diri ke sana. Hehe.. (berangan ajee, sekadar untuk suka-suka) hehe =)

Yogyakarta menjadi pilihan hati~

Kota Daerah Istimewa Yogyakarta, menyimpan seribu satu rahsia di sebalik warna-warni kehidupan penduduknya. Saya amat tertarik untuk melawati kota agung yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Jika diberi peluang menikmati autonomi istimewa ini, saya dengan berbesar hati sanggup menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh MAS untuk merakamkan percutian hebat ini kepada seluruh rakyat di Malaysia khususnya.

Berbanding dengan wilayah-wilayah lain di Republik itu. Saya begitu teruja dengan kemewahan adat yang dipegang oleh mereka secara turun temurun . Sistem pemerintahan yang diwariskan kepada generasi Sultan, menunjukkan semangat kejiwaan masyarakat Yogya. Hal ini kerana, mereka amat mempercayai kuasa keramat yang dipegang oleh Sultan. Keraton Sultan di Yogya, adalah kebanggan mereka selain terdapatnya Candi Borobudur, Candi Prambanan dan sebagainya.

Saya harap, percutian ini bukan sekadar satu perjalanan untuk belajar, tetapi untuk memerhati dan menilai apa yang kita miliki, serta perbezaan yang pastinya sangat menarik untuk diceritakan. Mengembara ke sebuah negara berbeza budaya kehidupan masyarakat dapat dilihat melalui pertemuan dengan warga penduduk Yogya yang rata-rata berbangsa Jawa yang dikhabarkan sungguh menyejukkan hati. Saya ingin sekali menjalinkan hubungan erat bersama masyarakat disana. Selain itu, saya juga difahamkan oleh rakan saya yang menetap disana, Gudeg ialah makanan yang menjadi satu kemestian pada waktu pagi, sudah tentu rasanya sangat enak. Saya menjadi semakin tidak sabar untuk mencubanya setiap kali beliau menceritakan hal itu kepada saya.

Kenderaan awam yang lebih dikenali sebagai angkutan wisata, sangat popular dalam kalangan masyarakat disana untuk pergi ke mana-mana. Becak dan Andong menjadi pilihan utama mereka, saya memandang keunikan Yogya melalui kehidupan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat disana. Siapa tak kenal Candi Borobudur? Jutaan orang mendamba untuk mengunjungi bangunan yang termasuk dalam" World Wonder Heritages" ini. Saya juga salah seorang yang mengimpikan lawatan ke sana. Maka, tidak hairanlah, semua orang mahu ke sana kerana kagum dengan seni bina mahupun fungsinya sebagai tempat ibadah, Borobudur sememangnya memikat hati saya.

Tidak kurang juga dengan kewujudan Candi Prambanan, candi tercantik didunia. Candi ini adalah mahakarya kebudayaan Hindu dari abad ke-10. Bangunannya yang langsing dan menjulang setinggi 47 meter membuat kecantikan seni binanya tak tertandingi. Harapan saya untuk ke Yogyakarta adalah sangat tinggi. Terima kasih.




**Kalau terpilih dan memenangi peraduan ni, setiap peserta dikehendaki mengacarakan pengembaraan ke destinasi idaman yang menjadi impian. Semoga berjaya!

ENERGIZER NIGHT RACE 2010




TARIKH
27 March 2010 | 5pm
MASA
5.00pm Marathon | 8.00pm Half Marathon | 9.00pm 10km
TEMPAT
Cyberview Lodge Resort & Spa
JARAK
10km, 21km, 42km and 4x10km
BAYARAN
RM 60 bagi semua kategori kecuali larian berganti-ganti
WEBSITE
www.energizernightrace.com.my
BORANG PENYERTAAN
Klik disini
(boleh mula mendaftar pada 18 Januari 2010)





**Jom sertai marathon~ Badan cergas, otak cerdas!!!

PRAKTIKAL OH! PRAKTIKAL



Ini adalah catatan pada hari pertama saya menjalankan latihan praktikal di News Straits Times Press atau singkatannya NSTP. Malam itu, saya ke rumah Atikah (rakan sekampus) yang sama-sama menjalani latihan disitu. Keesokkan paginya, kami sama-sama bergerak menuju ke NSTP. Mujur ayah tika merupakan salah seorang staff yang bertugas disitu. Maka, mudahlah bagi kami untuk mencari Training Centre. Kalau tak! alamat ssessat la jawabnya.

Kami dikehendaki melaporkan diri pada jam 9.00pagi. Namun, setelah menantikan debaran yang cukup kencang selama sejam. Kami dibawa ke bahagian tertinggi IT Department di tingkat 5, untuk bertemu Puan Rohaya dan mendapat taklimat daripada beliau. Selepas itu, barulah kami di bawa ke bahagian IT Department yang berada di tingkat 3. Dimana beradanya bilik server yang besar dan menakutkan~ hehe



Saya dan Atikah dipisahkan pada site yang berlainan. Atikah diarahkan untuk bekerja di bahagian "Support and Maintainance" manakala saya di bahagian "Programming and Web Designing" dibawah kelolaan bos saya yang kacak, Encik Bakhtiar~ hehe

Memandangakan saya budak baru belajar. Maka, hendaklah saya punya sebuah komputer untuk menambah ilmu (alahai~ ayat skema betul. Hehehe) Encik Rosli telah mengeluarkan 2 buah PC yang baru, bersama CD-ROM dan Hard Disk. Berbekalkan, beberapa biji screwdriver, wayar cable, skru. Kami diarahkan memasang semua hardware tersebut sendiri. Huhuhu..semua itu adalah pengalaman pertama bagi aku. So far, saya berjaya belajar dengan cepat (lepas ni, siapa-siapa nak repair PC boleh hantar pada saya ya.haha..) Langkah seterusnya, format ke windows, install driver, antivirus, connection dan sebagainya.

Kami berdua menyudahkan kerja hingga ke petang. Penat! tapi, sangat banyak input yang kami dapat pada hari pertama bekerja. Lain pula dengan pelbagai cerita lucu di NST Department dan lain-lain. Saya akan sambung cerita ini di masa akan datang ya.? Teruskan mengikuti..





**Pengalaman pertama =)

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim