DIREKTORI ALUMNI MPR

By BIE - 2:43:00 PG | 01 Comments
Diiklankan hari ini di Akhbar Berita Harian - 23 Januari 2010

Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas





**Mohon kerjasama daripada semua pihak yang terlibat
  • Share:

BORANG MAKLUMAT ALUMNI MPR

By BIE - 4:07:00 PG | 01 Comments
  • Share:

MAKLUMAT ALUMNI MPR

By BIE - 2:05:00 PG | 01 Comments
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Minggu Penulis Remaja & Dewan Bahasa dan Pustaka, sedang dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat semua alumni Minggu Remaja (MR) / Minggu Penulis Remaja (MPR) dan Pemenang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (HSSBR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Semua yang pernah mengikuti program MR atau MPR mulai tahun 1985 dan semua pemenang HSSBR mulai tahun 1986 sehingga 1997 akan terlibat secara automatik dalam projek ini.

Maklumat ini akan dikumpulkan dalam buku Direktori Alumni MPR (judul sementara) yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Direktori ini dijangka akan dilancarkan sempena ‘25 Tahun Minggu Penulis Remaja’ yang dirancang sambutannya pada Oktober 2010.

Saudara/i boleh memberikan maklumat melalui dua kaedah;
  1. mengisi borang maklumat di bawah dan mengirimkan sekeping foto terkini melalui e-mel ke salinaibrahim@gmail.com dalam tempoh 2 minggu.
  2. memuat turun borang maklumat di sini (dalam format .doc) dan mengirimkan kembali melalui e-mel bersama sekeping foto terkini ke salinaibrahim@gmail.com dalam tempoh 2 minggu

Terima kasih diucapkan atas kerjasama saudara/i. Mudah-mudahan projek ini akan berjalan lancar dan direktori ini dapat diterbitkan mengikut jadual, seterusnya akan menjadi rujukan semua penggiat sastera terutamanya kalangan alumni.

Yang menjalankan tugas,

SALINA IBRAHIM
b/p Ahli Jawatankuasa Alumni Minggu Penulis Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.




**Petikan entri daripada blog Minggu Penulis Remaja
  • Share:

MAW'IZHAH HASANAH

By BIE - 2:57:00 PTG | 21 Comments
MAW'IZHAH HASANAH atau lebih dikenali sebagai Peringatan yang Baik adalah sebuah tajuk sajak saya yang tersiar di Akhbar Berita Harian semalam, 18 Februari 2010. Alhamdulilah, ini adalah sajak pertama saya di Berita Harian dan Sajak kedua saya yang tersiar di Akhbar. hehe










**Suatu peringatan yang baik untuk diri dan orang lain. Insya-Allah =)
  • Share:

BALIK KAMPUNG

By BIE - 11:27:00 PTG | 11 Comments
Tipulah, kalau saya katakan hari ini tiada perkara yang menyeronokan disekelilng saya. Pastinya, ada sahaja insan yang tertawa gembira dan ada juga yang bersedih dalam kedukaan. Saya seorang yang paling tidak suka berkongsi kesedihan dengan orang lain. Kalau boleh, kalau tak terpaksa, kalau tak terlalu sedih. Saya tidak akan menangis dan bercerita kepada orang tentang masalah ataupun kesedihan yang saya alami. Hmm..sekali dengar seperti seorang wanita yang hipokrit dan ego kan? Namun, itulah persepsi saya terhadap hidup ini. Sebuah prinsip yang saya pegang.
"Kesedihan sering tersembunyi dibalik senyuman dan hilai tawa, namun dihati hanya tuhan yang tahu".

Itulah saya dan rahsia keseluruhan daripada hidup saya. Oleh itu, saya sering katakan. Walau serapat mana pun seseorang itu dengan saya. Dia hanya tahu 20% sahaja cerita dibalik kehidupan saya. Dia tidak mungkin tahu semua perkara tentang saya dan kehidupan saya. Hanya seorang yang saya amat percaya didunia ini. Hanya dia yang tahu segalanya tentang saya. Dia, adalah ibu saya. Marhuna binti Tauhib. Hari ini, saya akan pulang ke Kota Tinggi. Semestinya saya berada di dalam kapal yang membawa muatan yang bernama gembira.



- Saya dan ibu -







**Tak sabar mahu pulang ke rumah. Rindu akan semuanya =)
  • Share:

DERMA DARAH

By BIE - 12:07:00 PG | 21 Comments
  • Share:

PERMULAAN

By BIE - 7:39:00 PTG | 01 Comments
Alhamdulilah, proposal saya yang pertama sudah diterima, pihak penerbitan menyuruh saya menyambung penulisan ke bab seterusnya. Terima kasih buat kak Eja yang memajukan nama saya ke pihak penerbitan. Walaupun projek ini tak se"gah" projek novel-novel sastera yang hebat. Namun, saya rasa saya patut mencuba sesuatu untuk memulakan semula langkah saya dalam bidang penulisan. Terus-terang saya katakan, agak sukar untuk saya mengarang kerana selama 3 tahun saya mengikuti pengajian di UiTM saya sudah lama tidak mengarang (walaupun sebuah cerpen). Buat, rakan-rakan yang membaca. Doakan saya semoga ilham yang Allah kurniakan ini tak akan pernah putus dan dibiarkan berlapuk begitu sahaja. Insya-Allah







**Saya begitu teruja untuk mencuba sesuatu yang baharu. Moga mendapat sinar dihujungnya. Amin..
  • Share:

E-MEL DI BERITA HARIAN LAGI

By BIE - 7:26:00 PTG | 01 Comments
Untuk makluman, e-mel ini pernah keluar pada 25hb Januari 2010,
mungkin disebabkan oleh masalah teknikal,
e-mel ini tersiar sekali lagi di Berita Harian-8 Februari 2010.






**Langkah mem"famous" kan saya barangkali. hehe..=)
  • Share:

SENYAP-SENYAP

By BIE - 11:38:00 PTG | 01 Comments

Kata orang, jika hendak buat sesuatu ini kena senyap-senyap. Jangan dihebahkan kepada orang lain kerana nanti takut tak jadi katanya. Hanya seperti tin kosong sahaja. Apa-apa pun saya hanya mengharapkan doa daripada kalian. Semoga Allah memberi rahmat atas setiap ilham yang dikurniakan olehnya. Amin...







**Waktu seakan terhenti, daku sepi dari ilham hakiki. Ya Rabb, aku mahu kembali...
  • Share:

LETS TALK ABOUT ....

By BIE - 7:34:00 PTG | 01 Comments
  • Share:

ADA BAIKNYA

By BIE - 7:21:00 PTG | 01 Comments

Ada baiknya ada jeda dalam bicara

setiap nafas yang terhela
membuka lipatan rasa

istimewa itu
letaknya dimana?

kamus jiwa seakan sudah lapuk
berhabuk..









**Tika istimewa itu bukan lagi milikku
  • Share:

CATATAN MIMPI SEMALAM

By BIE - 5:35:00 PTG | 01 Comments

Di saat waktu terhenti
kosong
Di saat malam menjelang
kelam
Di saat jiwa terpisah
pilu
Di saat hati tercalar
sendu



Di saat kau datang
membisik kata rindu







**Catatan mimpi semalam
  • Share:

MENCANTING DI HARIAN METRO

By BIE - 3:44:00 PG | 01 Comments
Hari ini, 2 Februari 2010. Permulaan kepada karya pertama saya pada tahun ini. Pagi-pagi lagi, setibanya di pejabat, saya terus mengambil 3 naskah akbar; News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro kerana itulah rutin harian saya sebelum memulakan kerja. (Kalau tak banyak kerja, kalau banyak. Sampai ke petang pun saya tak sempat nak membaca akhbar). Saya dan Atikah (rakan praktikal) sama-sama membaca akhbar tersebut pagi tadi. Mungkin juga sudah menjadi kelaziman saya untuk membuka halaman "Hati" dalam sisipan Variasi di Harian Metro, kerana saya sedia maklum sisipan tersebut hanya memuatkan 1 novel bersiri dan 2 buah sajak pada setiap hari isnin.

Hati berbunga riang bila melihat nama saya terpapar di situ (tidak tengok tajuk dahulu) hehe.. Ini adalah sajak pertama saya yang tersiar di akhbar. Saya cukup gembira. Kalau boleh, 1 pejabat saya nak beritahu. hehe..ada juga 2-3 orang (yang saya gelar orang tidak kacak selalu jeles) cemburu apabila sajak saya tersiar. Lebih-lebih lagi ada nama penuh saya disitu. Hehee..saya tahu mereka hanya bercanda. Saya tidak ambil hati pun, malah merasa gembira secara TOTAL pada hari tu. Terima kasih buat semua, khasnya kepada Abang Enal yang selalu membantu saya mendapatkan keratan akhbar digital ini (mesti dia happy sebab saya masukkan nama dia dalam blog ini)


Muka surat 9, Sisipan Variasi, Harian Metro 2 Februari 2010


Keratan Sajak "Mencanting"









**Kredit foto daripada Zainal Abidin. Terima kasih daun keladi yaaa =)
  • Share: