SOKONGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kebimbangan terhadap dunia sastera yang kian malap dalam kalangan masyarakat masa kini amat membimbangkan, hal demikian menggesa saya untuk mengeluarkan pendapat dan saranan kepada pihak terlibat untuk memperkasakan lagi aktiviti dan tindakan supaya generasi masa kini dapat mengenali dunia sastera dengan lebih mendalam.

Jika ditanya kepada anak-anak kecil, siapa juara Akademi Fantasia? Siapa Selebriti terkenal tanah air? Sudah tentu dengan mudah, mereka dapat menjawab soalan-soalan sedemikian. Hal ini kerena, pendedahan awal dan kerap, menyebabkan mereka ingat dan kenal siapa golongan itu dan ini.

Bagaimana pula dengan pendedahan kepada khalayak mengenai dunia sastera negara.? Siapa Cendekiawan negara? Siapa Sasterawan Negara? Manusia separuh abad pun belum tentu dapat menyebutkan nama mereka satu persatu. Tepuk dada tanya iman..

PEMANTAPAN ASPEK BAHASA MELAYU
Berita Harian bertarikh 8 Februari 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Nabiha Mohd Mashut, Kota Tinggi, Johor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Februari 2010 (Pemantapan Aspek Bahasa Melayu).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) mengucapkan terima kasih atas usul yang dikemukakan oleh penulis tentang pemantapan aspek Bahasa Melayu yang mesti dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi. BPK menyokong pandangan beliau dalam hal ini, bak kata pepatah Melayu, “Melentur Buluh biarlah daripada Rebungnya”.

Dalam memantapkan aspek bahasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui BPK kini dalam proses melakukan transformasi kurikulum bagi semua mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia.

Bagi tujuan ini, selain kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, aspek tatabahasa dan seni bahasa turut diberi penekanan seawal Tahun 1. Selain daripada itu, unsur didik hibur diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk menarik minat murid meminati Bahasa Malaysia. Program Bacaan Awal Berstruktur dan Program Bacaan Sastera Kontemporari Sekolah Rendah yang telah dirintis, akan juga diperluas. Semua buku bacaan yang akan diperkenalkan ini adalah mengikut kriteria pemilihan yang telah ditetapkan dengan mengambil kira aspek murid, guru dan juga bahan.

Usaha-usaha pemantapan aspek Bahasa sentiasa diambil berat dan dipandang serius oleh Kementerian.


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Terima kasih atas sokongan pihak kementerian dalam menangani masalah ini. Semoga dunia dan generasi akan datang beroleh mafaat daripadanya. Pihak-pihak lain yang terlibat sama dalam permasalahan ini, diharap dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.









**Bak kata pepatah "Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya" =)

GURINDAM DI RUMAH PENA

Malam yang penuh kemeriahan itu turut dihadiri oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan sebilangan besar penyair dan sasterwan tanah air. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr.Irwan, pengasas e-sastera.com kerana menjemput saya untuk membuat persembahan (gurindam) pada malam tersebut. Saya amat berbesar hati untuk memenuhi jemputan tersebut.

Persembahan Pak Samad

Pada malam itu, saya mempersembahkan Gurindam Fasal 5 daripada Gurindam 12. Karya Raja Ali Haji. Gurindam 5 merupakan gurindam yang ringkas, namun sangat memberikan maksud yang amat mendalam kepada khalayak. Berikut, adalah teks yang saya lagukan pada malam tersebut;


GURINDAM FASAL LIMA

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,

Jika hendak mengenal orang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hensak mengenal orang mulia,
ihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang berakal,
dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


Bersama rakan yang turut hadir pada malam itu

Majlis tidak hanya berhenti setakat itu. Keesokkan harinya, keluarga e-sastera.com mengadakan jamuan makan pagi di Rumah Pena. Jamuan ringkas itu menyajikan makanan-makanan enak seperti, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Lemak Daun Pisang dan lain-lain.

Sarapan di Rumah Pena

Antara yang hadir ke jamuan itu

Sesi ber"nujum" bersama Makcik Dhana..hehe..
Selepas bersarapan

Liputan berita mengenai acara yang berlangsung pada hari jumaat itu telah tersiar dalam akhbar Berita Harian pada Selasa, 8 Jun 2010. Berikut adalah "preview" akbar yang sempat saya sertakan dalam entri kali ini. Sila Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Muka surat 22
Muka Surat 23






**Suatu pengalaman indah bagi saya. Terima kasih kepada e-sastera.com dan pihak-pihak yang terlibat. =)

TEATER ANUGERAH MERDEKA 2010

Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada 31 Mei hingga 5 Jun 2010 telah diadakan pementasan teater yang membawa tema "Aku dan Merdeka". Saya dan kawan-kawan, Ainunl Muaiyanah, Hani Salwah, Nissa' Yusof, Masitah Saini, Aidil Khalid, Azizul Ikhwan (ode) dan lain-lain dapat menyaksikan pementasan untuk 2 hari sahaja. Sayangnya, kami tidak dapat hadir untuk menyaksikan pementasan terakhir pada 5 Jun 2010, sabtu atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Pementasan yang menarik! itu sahaja yang dapat saya gambarkan kepada sekalian yang membaca entri saya ini. Jika anda turut berada disana, sudah tentu kalian juga dapat merasakannya juga! Sudah tentu!

Dari kanan; Saya dan Masitah Saini

Saya jarang sekali dapat menyaksikan persembahan teater atau drama pentas ini dimana-mana. Sedikit perasaan "teruja" masih berbekas dihati ini.! Kini, baharu saya berpeluang menghayati dan mengenal, apa itu teater. Menurut Aristotle, teater atau drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Ya, saya mengakui itu.!

Lewat pementasan teater, kita dapat merasakan bahawa segalanya berada dekat dan hampir dengan kita sebenarnya. Namun, hanya kita yang selama ini tidak sedar akan kehadirannya. Teater lah yang membawa kita untuk berfikir sejenak dan menilai sejauh mana kita peka terhadap kehidupan dan segala yang berlegar-legar disekeliling kita.

Bagi Aristotle, drama atau teater harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan teater atau drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Saya begitu berminat apabila membincangkan aspek tradisi dan seni. Kita (termasuk saya) merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan pelbagai budaya yang entah apa-apa (hip hop, punk, dan sebagainya). Kesannya, tradisi dan kesenian melayu semakin dilupakan. Maka, daripada mana mahu kita angkat martabat kesenian ini dimata anak muda masa kini?

Teater! inilah salah satu fungsi teater dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semoga pemenang anugerah yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500,000.00 dalam pertandingan ini tetap terus berjuang untuk membawa khalayak kepada "sesuatu" dengan lebih dekat lagi.




**Syabas dan terima kasih.

KEJUTAN HOT FM

Saya mungkin salah seorang peminat penyanyi seberang yang bernama ROSSA. Sejak mendengar lagu "Ayat-ayat Cinta" yang menjadi lagu tema Filem Ketika Cinta Bertasbih. Saya jadi tertarik dengan semua lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya. Menarik! saya suka menghayati lirik lagunya yang banyak mengandungi kata-kata dan perlambangan yang agak baik.

Mendengar bahawa dia akan mengadakan Konsert sulungnya disini. Saya tertarik untuk turut serta. Namun, harga tiketnya? Ya Allah, sungguh tidak mampu bagi saya yang masih bergelar pelajar dan masih berada dibawah tanggungan ibu bapa.

Sekadar mencuba nasib
Saya menyertai pertandingan slogan yang dianjurkan oleh Hot FM. Hadiahnya ialah 2 tiket ke Konsert tersebut, setiap tiket berharga RM203. Saya hantar slogan dan butiran lengkap mengenai diri saya. Keesokkan harinya, saya dilaporkan memenangi pertandingan tersebut. Wah! teruja sekali, kerana ini kali pertama saya ke konsert sedemikian rupa.

Stadium Putra, Bukit Jalil
Di temani sahabat yang merupakan rakan sekerja saya, Atikah. Kami ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada waktu dan masa yang telah dijanjikan. Sungguh kami tidak menyangka, bahawa kami mendapat tempat duduk yang agak strategik di konsert tersebut.

Kecewa
Rossa tidak menyanyikan lagu kegemaran saya. "Hati yang kau sakiti". Walau bagaimanapun, terima kasih kepada HOT FM kerana memberikan tiket free tersebut kepada saya dan sahabat! =)







**Khabarnya Rossa mahu mengadakan Konsert seterusnya di Istana Budaya. Bagi sesiapa yang terlepas peluang ke Konsert Melodi Cinta Rossa tahun ini. Anda masih punya peluang pada tahun hadapan! =)

WAYANG PACAK

Malam itu, si ayah sibuk mengajak anak-anaknya ke Padang awam.


"Kenapa ayah ajak kakak, adik dan ibu ke padang? kan dah malam ni" tanya si anak.
"Malam ini ada wayang pacak" jawab si ayah.
"Wayang pacak??" jawab anak terpinga-pinga

Hal ini kerana selama hidupnya, si anak yang baharu saja berumur 5 tahun itu tidak pernah pergi menonton wayang waima memasuki panggung wayang apatah lagi. Inikan pula, menonton wayang pacak? Si anak menurut sahaja.

Selepas membentang surat khabar di padang yang berumput itu. 4 beranak mula mendongak melihat layar putih yang terpampang di hadapan mata, sambil menjamu selera dengan kekacang dan air minuman yang dibawa daripada rumah. Mereka menunggu filem yang akan ditayangkan itu bermula..

"Batman forever" sekitar tahun 1995, filem ini menjadi filem "Box office" di dunia. Itulah filem yang disaksikan oleh 4 beranak tersebut pada malam itu.

Kenangan masa dahulu

Wayang pacak merupakan pertunjukan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot. Menarik! kerana....

Wayang pacak (Outdoor Movie), merupakan suatu nostalgia yang sudah lama berkubur diingatan saya. Seumur hidup, saya hanya pernah menyaksikannya ketika saya masih kanak-kanak. Selepas itu, saya sudah terdedah dengan wayang gambar di panggung wayang yang kini lebih canggih dengan teknologi 3 Demensi(3D) dan 2 Demensi (2D). Begitu cepat masa berlalu sehingga saya tidak sempat mengenang nostalgia yang menggamit perasaan itu.







**Saya mahu menonton wayang pacak!

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim