KEYAKINAN YANG HILANG

By BIE - 08:46:00 | 21 Comments
Baru-baru ini saya menghadapi masalah yang amat membimbangkan diri sendiri. Saya mengakui jarang baca bahan bacaan dalam Bahasa Melayu meski kita sama-sama menggunakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah kita menggunakan Bahasa Melayu dalam konteks yang tepat?

Masalah saya adalah, ketika menghantar "SMS", saya berulang-ulang kali baca satu perkataan.

Dalam hati, betul ke aku eja perkataan ni???

Nak tahu perkataan apa?

"Serbaguna"

Ya Allah, lucunya rasa bila kita sudah kurang membaca. Tiba-tiba menjadi kurang yakin dalam penulisan. Hmmm..



**Tulah Nabiha, asyik belajar bahasa komputer saja.! :(
  • Share:

SESUATU YANG INDAH

By BIE - 18:44:00 | 01 Comments


Menyempurnakan CINTA mereka yang ingin dihiasi dengan kecerahan warna-warna bahagia, ceria dan gembira adalah penglipur lara,hati dan jiwa mereka.

Menjayakan watak dalam pentas pengarahan sendiri buat diri menjadi kaku, kelu dan seakan-akan tidak sedar bahawa masa sudah TAMAT.!

Merasakan segalanya serba tidak kena pada tempatnya dan dalam erti kata yang lebih tepat adalah tidak sempurna..

Menyempurnakan, bukan sekadar meletakkan sesuatu pada tempatnya. kadang-kala tempat itu menjadi tempat yang tidak sesuai pada suatu ketika. Beralihlah dan berganjaklah dari tempat itu kerana ia akan lebih menyempurnakan harimu kelak.


  • Share:

EXCHANGE LINK BRIDE TO BE 2013

By BIE - 18:08:00 | 541 Comments
  • Share:

SIRI JELAJAH ISI ALAM II

By BIE - 20:15:00 | 21 Comments
Cuti semester 4 bulan telah bermula. Apa yang harus saya lakukan dalam tempoh selama ini?

Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan menyertai "Program Sebiru Kota, Sehijau Desa".

Mengapa biru? Mengapa hijau?

Biru
Melambangkan kepesatan pembangunan dikota menyebabkan kita lebih banyak melihat langit yang biru di dinding-dinding kaca bangunan. Hasil pantulan cahaya menyebabkan kita sedar bahawa hanya lebih banyak warna biru yang terhasil di kota berbanding warna hijau iaitu warna yang sinonim dengan warna pokok dan tumbuh tumbuhan.

Hijau
Melambangkan warna semulajadi yang terhasil daripada pohon dan tumbuh tumbuhan yang terdapat di desa yang belum lagi dicemari dengan pembangunan seperti di kota. Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang menyimpan pelbagai sejarah dan kenangan suka duka sepanjang 4 hari 3 malam kami berkampung di sana.

Arrrrgggghhhh... Tak ada line telefon! Bagaimana mahu hidup!?

4 hari yang begitu menenangkan. Tanpa gangguan deringan telefon bimbit dan pesanan ringkas. Saya kembali menyelongkar isi alam. Banyak dan sungguh banyak ilham yang terhasil disini. Suatu tempat yang asing bagi segelintir manusia. Saya lebih suka menjelajah isi alam daripada menjelajah kota membangun yang membingit dan menyesakkan.

Mengajar anak desa mengenai kegunaan komputer

Penggunaan komputer dan internet bagi kita yang sudah biasa menggunakannya adalah suatu perkara biasa. Anak-anak sudah diterapkan dengan kecanggihan dan kemajuan dalam bidang ICT. Tapi, pernah kita tahu. Masih ada segelintir anak-anak kecil yang tidak tahu menggunakan komputer sedangkan mereka tahu apa itu komputer. Saya merasakan inilah pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya. Sekurang-kurannya saya dan rakan-rakan dapat memberikan sedikit pengetahuan dan peluang kepada mereka mempelajari cara-cara untuk mengendalikan komputer.

Disinilah kami tinggal untuk 4 hari 3 malam

Sebuah pondok buluh beratapkan rumbia yang usang dan mungkin juga bocor pabila hujan menimpa (Alhamdulilah sepanjang kami disana, cuaca elok sahaja. Tidak hujan) Disini jugalah kami tidur tanpa bantal dan tilam yang empuk. Yang ada hanyalah beralaskan tikar, inilah erti kepayahan yang saya kongsikan bersama masyarakat kampung disini.Bukan mudah untuk semua orang melaluinya sepanjang hayat mereka. Kedinginan air sungai pada setiap pagi mencucuk-cucuk hingga ke tulang masih dirasai hingga ke hari ini. Berkemban, ya.. Anak-anak dara duduk di tepi sungai dengan berkemban. Hanya air sungai sumber air minum dan untuk memasak.

Sesi pembelajaran anak-anak desa di sekolah
Kami sempat bergotong royong bersama masyarakat kampung untuk memasak gulai kerbau. 2 ekor kerbau telah tumbang pada hari itu. Kenduri seakan-akan pesta bagi masyarakat desa di sana. Kami menjadi terlalu gembira dan terharu.

Gulai Kerbau

Bergotong royong
Ihsan masyarakat kampung disitu, kami berpeluang belajar cara-cara berakit di Sungai Pahang. Aktiviti yang sangat menarik walaupun hampir keseluruhan badan saya lebam-lebam.Bukan mudah mengawal rakit dengan arus yang deras dan sekali sekala bertemu dengan jeram. Aduh, mencabar sungguh!



Gambar kenangan sebelum pulang ke kota yang biru
Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang
telah ku jelajah isi mu
mohon izinkan aku
meneroka dengan lebih
lebih daripada apa yang aku dapatkan
aku sentiasa mahu akan isimu
maka, berikahlah ruang itu.


  • Share:

TIKA ENGKAU TIDAK LAGI MENGENAL WARNA

By BIE - 05:25:00 | 01 Comments
TIKA ENGKAU TIDAK 
LAGI MENGENAL WARNA


Tika engkau tidak lagi mengenal warna
bisa kanvas yang selalunya
di canting dengan keindahan alam
nyata dan maya
kembali dilukis?

Membujuk aku dalam rayuan manja
bisa cinta kembali memerah?

Ah! Aku sudah lupa
kau sudah tidak lagi mengenal warna
kesedihan
kesakitan
kegembiraan

Dan warna cintamu pada setiap
lakaran jiwa hasil lukisan
sang pemuja jiwa sateria

Pabila malam menjelang,
aku semakin merasa berdosa

Nabiha Mohd Mashut
Seksyen 7, Shah Alam
20:24



  • Share:

HENTIAN PUDURAYA

By BIE - 16:30:00 | 01 Comments
  • Share:

MENGEJAR KESEMPURNAAN

By BIE - 20:57:00 | 01 Comments
Kehidupan, semua orang mengejar kesempurnaan. Baik dalam soal pelajaran, kerjaya, cara hidup, kewangan serta soal jodoh. Siapa yang tidak mahu kesempurnaan? Selalunya, apa yang sempurna itu adalah yang terbaik dan cemerlang.

Ya, memang benar. Tapi pernah tak kita terfikir. Apa yang tidak sempurna itu kadangkala dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan orang lain?

Pernah suatu ketika, Seorang lelaki tua membawa 2 buah tempayan ke sungai untuk mengisi air untuk kegunaan harian di rumahnya. Satu daripada 2 buah tempayan itu sudah retak dan rosak dan satu lagi dalam keadaan baik dam sempurna.

Setiba di sungai, si tua mengisi kedua-dua tempayan itu dengan air sungai sehingga penuh. Kemudian, si tua pulang ke rumahnya dengan hati yang girang. Setiba di rumah, si tua mendapati air yang terkandung di dalam  tempayan yang retak dan rosak itu cuma tinggal separuh berbanding tempayan elok yang tetap penuh kandungan airnya.

Berkata tempayan elok kepada tempayan rosak dengan nada menyindir.

Tempayan Elok : Hey, tempayan rosak! Engkau sungguh tidak berguna kepada tuan kita. Sudah susah payah tuan kita membawa air dari sungai ke rumah dengan menggunakan kita. Namun, ini balasan engkau (memberi air yang sedikit) kepada dia? Cuba kau lihat aku. Aku sangat sempurna dan memberi bakti yang sempurna kepada tuanku.

Tempayan Rosak : (sungul dan bersedih)

Keesokan hari, tempayan rosak berkata kepada kepada tuannya.

Tempayan Rosak : Tuan, aku sungguh tidak berguna kepada engkau. Aku yang rosak, retak dan tidak sempurna ini hanya dapat memberi sedikit air kepada engkau. Sedangkan tempayan elok dapat memberikan air yang banyak dan cukup.

Tuan : Tidak mengapa, setiap kali aku berjalan pulang ke rumah setelah mengambil air di sungai. Aku sering memetik bunga-bunga yang terdapat di sepanjang perjalanan pulang. Bunga-bunga tersebut mengucapkan terima kasih kepada engkau.

Tempayan Rosak : Mengapa mereka mengucapkan terima kasih kepada aku yang tidak berguna ini?

Tuan : Meski engkau tidak dapat memberikan air yang cukup kepada aku, tetapi engkau dapat memberikan kesegaran dan kesuburan kepada mereka kerana kocakan dan lelehan air daripada engkau sepanjang perjalanan pulang. Sedarlah, ketidaksempurnaan engkau mungkin tidak memberikan manfaat kepada aku, akan tetapi memberikan manfaat kepada orang lain.

Tempayan Rosak : (tersenyum dan gembira)


Renungkan kisah ini. Meski ini hanya cereka di Dwicereka : Himpunan Kisah Kehidupan. Namun, ada baiknya ianya menjadi renungan kita bersama. Manusia, sangat mengejarkan kesempurnaan. Akan tetapi mereka lupa bahawa kesempurnaan itu bisa merubah mereka menjadi seorang yang angkuh (seperti Tempayan Elok)

Sebaliknya jika kita sedar kekurangan yang ada dalam diri kita itu pula bisa menjadikan kita seorang yang merendah diri dan tidak bermegah-megah. Kepada orang yang menganggap diri mereka tidak sempurna dan serba kekurangan. Janganlah pula terlalu merendah diri sehingga orang memijak-mijak kepada anda. Sebaliknya, anda perlu sedar kekurangan bukanlah sebab untuk anda mengaku kalah dengan mengatakan diri anda tidak berguna. Akan tetapi, anda tetap ada kelebihan disisi lain yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Anda juga bisa menjadi insan yang hebat dengan mencungkil kelebihan yang ada dalam diri anda dan kelebihan itu tidak ada dalam diri orang lain.








**Moga kita sentiasa berfikir dan merenung, adakah aku ini cukup sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan? Berilah peluang kepada mereka yang tidak begitu menyerlah untuk menonjolkan kelebihan mereka. Jangan fikir anda adalah yang terbaik. Berfikirlah bahawa ada lagi yang lebih baik daripada anda di luar sana. Mudah-mudahan kita terselamat daripada penyakit riak dan takbur. Insya'Allah =)
  • Share:

SEMAKAN

By BIE - 19:51:00 | 01 Comments
Masih ingat pada entri saya yang lepas bertajuk PEMILIH? PENTING KE?

Alhamdulilah, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah saya laksanakan. Hahaha.. padahal sebesar manalah sumbangannya kan? Tak apalah. Itu memang janji saya.

Hari ini saya sudah menyemak nama saya dalam senarai pemilih di Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Kepada kawan-kawan yang telah mendaftar dan mahu melihat lokasi / tempat mengundi / daerah mengundi anda pada pilihan raya akan datang. Sila semak Nombor Kad pengenalan anda pada capaian ini

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Selamat Menyemak!!

Telah berada dalam pengkalan data SPR





**Lokasi mengundi adalah kampung saya! Seronoknya, bila ada cuti musim mengundi, saya boleh balik kampung! hehehe
  • Share:

DEMAM VS COKLAT

By BIE - 00:34:00 | 01 Comments

2 minggu berperang dengan demam yang tidak sudah. Sehingga doktor menasihatkan saya supaya membeli sebuah termometer. Ish..ish.. tahap kesihatan sangat merunsingkan.

Terima Kasih untuk hadiah sepapan coklat bersaiz besar daripada yang tersayang. Moga semangatmu dapat mengembalikan kekuatanku kembali. Insya'Allah. =)






**Suka akan coklat sampai kapan pun! =)
  • Share:

PALING MUJARAB

By BIE - 04:16:00 | 01 Comments
  • Share:

PENANGAN

By BIE - 06:50:00 | 21 Comments
  • Share:

PRO & EXP

By BIE - 17:09:00 | 01 Comments

The decision to organize a workshop for others usually comes after some thought. The topic of the workshop depends on the needs and your abilities in your specific area. After my friend Nazrul call me to be advisor for this workshop. I really shock! do i have reputation of a teacher and the desire to have a class from him provide the motive for organizing a workshop. It is hard to me actually..

I realize the importance of being a professional and expert in this field. I have learned some of this knowledge during my practical period in Bangsar. Just a little! But my friend, given the very bear that responsibility and I really scared to stand. God bless you Nabiha! I think i can teach well even if not perfect kind of what is taught by my boss.

I had asked him. "can you help me encik..?" hehehe ... but, dia pulak yang mintak manual that I have prepared for the workshop tu (no manual actually, ada slide aje. Sebab tak sempat nak buat. Alasan!) hehehe ..

Very funny with this experience. Everything makes me to become a professional and expert. Insha'Allah




**Suatu catatan dikala kebosanan. Huhu =)
  • Share:

UiTM JOHOR DI HATIKU

By BIE - 17:10:00 | 01 Comments
Tempat jatuh lagi di kenang, ini pula tempat bermain. Saya bersekolah (belajar) di UiTM Johor selama 3 tahun. Pelbagai pengalaman suka dan duka bersama teman-teman dan warganya. Hanya satu ayat yang saya mahu lafazkan;

Rindu!!

Ya, perasaan yang tidak berbelah bahagi teradap kampus ini. Bermula 18 Mac dan berakhir pada 20 Mac 2011. Telah diadakan Festival Komputer bertempat di UiTM Johor, cawangan Segamat. Kami, yang telah belajar di UiTM Shah Alam (masing-masing dalam sarjana muda yang berbeza) telah diundang oleh pensyarah kami. En.Abdul Malik bin Mohd Rick untuk turut serta menyumbang tenaga menjayakan program ini.

Suatu tanggungjawab yang agak besar bagi saya untuk menjadi fasilitator dan ketua dalam mengendalikan bengkel-bengkel yang dirancang oleh pihak urus setia. Sebanyak 8 bengkel yang dijalankan pada 19 Mac 2011, dan salah satu daripadanya adalah Bengkel "Facebook : Develope your Application" yang dikendalikan oleh saya sendiri sambil dibantu oleh kawan-kawan saya iaitu, Nornazirah Ashar (Zira), Saiful Hafizudin (Joe) dan Amalina Azman (Nina). "Thank you soo much"

Ada gaya macam lecturer tak? hehe

Tika mendengar kicauan burung di pagi hari
(oh! Rindu suasana ini)

Bengkel tamat jam 4 petang, selepas itu acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka pelajar CS bersama Alumni. Pelbagai acara telah dijalankan antaranya ialah tarik tali, terompah gergasi, belon air, dan pertandingan futsal. Jujur saya katakan, ini pertama kali saya main tarik tali (seingat sayalah!) hehe. Habis sakit tangan, kaki dan punggung. Ish! Tak suka.. mungkin sebab itu saya kurang suka sukan-sukan yang lasak seperti ini. (Lasak ke?) hehe.. Apa-apa jelah! 

Gaya champion corot

Bersedia sambut belon air. Jaga-jaga, jangan sampai pecah.

Pertandingan Futsal

Dari Kanan; Bie, Nina, Eza. Kami di majlis penutup

Gambar kenangan sebelum berangkat pulang ke Shah Alam



**Terima kasih kami ucapkan kepada warga UiTM Johor yang mengalu-alukan kedatangan kami. Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bersama-sama kalian dalam menjayakan program ini. Moga kami berkesempatan untuk menjenguk UiTM Johor pada masa-masa akan datang sekiranya diberi peluang. Doakan kejayaan kami ya! UiTM Johor di hatiku selamanya =)
  • Share:

KONFLIK BAHASA

By BIE - 03:33:00 | 21 Comments
  • Share:

ADIK DAH BESAR

By BIE - 05:32:00 | 21 Comments
Siapa lelaki dalam gambar ini?
Gambar ini saya ambil ketika pulang ke kampung baru-baru ini sempena cuti Tahun Baru Cina. Siapa dia? beliau yang berada dalam gambar tersebut merupakan satu-satunya adik saya. Masa ini, saya "Skodeng" dia di tempat kerjanya. Dia menjadi jurujual di Pasaraya KINI yang terletak di bandar Kota Tinggi.

Sudah 2 minggu dia bekerja. Saya tidak sangka, adik saya yang dahulunya kecil kini sudah mula meningkat dewasa. Saya masih tak percaya dan hingga kini masih "treat" dia sebagai kanak-kanak atau budak kecil lagi. Sebab saya tak puas hati, kenapa adik saya cepat sangat membesar? semacam tak boleh nak terima hakikat pula kan? Sebab kami cuma 2 beradik saja.

Adik saya, kiri sekali pada usia 9 tahun
dan saya kanan sekali pada usia 13 tahun
Kelakarnya muka dia masa kecik-kecik. Dia ni panas baran! sampai sekarang. Dia dah pun tamat sekolah pun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.. make all of us to be proud ok? Akak ucapkan, selamat menempuh alam dewasa yang penuh dugaan dan cabaran. Moga adik cepat-cepat matang dan menghadapi segalanya dengan penuh rasa tanggungjawab.





**Sorry, akak tetap akan treat adik macam budak kecik! hehe
  • Share:

FIKIR DULU SEBELUM BUAT

By BIE - 00:40:00 | 01 Comments
Pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 telah diadakan satu Program Kemasyarakatan yang diberi nama Program Fikir Dulu Sebelum buat. Saya pada mulanya agak bingung memikirkan apa sebenarnya pengisian program ini? Pada mulanya, saya difahamkan. Program ini hanya khusus kepada wanita-wanita yang terlanjur! Opsss.. bagaimana hendak mengesan mereka? Mahukah mereka mengaku bahawa diri mereka telah terlanjur dengan insan bernama lelaki?

Ternyata, sangkaan saya dan rakan-rakan adalah salah. Ini merupakan aktiviti kemasyarakatan, kami telah dibawa ke Kem Bina Insan KEWAJA yang terletak di Taman Sri Gombak, Batu Cave, Selangor. Kem ini menempatkan gadis dan wanita yang bermasalah akibat pergaulan yang terlampau atau terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral. Kem yang ditubuhkan oleh Encik Yahya Bin Mohd Yusof pada tahun 1988 ini adalah bertujuan untuk;

  • MENYELAMAT
  • MELINDUNGI
  • MEMBIMBING
  • MEMULIHKAN 

mereka yang benar-benar ingin berubah dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Saya difahamkan,  masalah seperti ini wujud dengan adanya dua sebab.

Pertama, gadis itu tidak mempunya "Social Skills" ataupun kemahiran bersosial. Mereka ini terlalu lurus, baik dan setia orangnya. Maka, mereka menjadi insan yang sangat mudah mendapat kejutan budaya, hasutan dan tipu daya.

Kedua, Kewujudan media baharu yang semakin berkembang dengan pesat. Akibat kemajuan teknologi, penyebaran video lucah dalam bentuk VCD, DVD, MP4 dan sebagainya menjadi semakin mudah untuk diperoleh oleh sesiapa sahaja. Kandungan gambar-gambar lucah serta aksi lucah boleh dimuat turun menerusi internet dan disimpan ke dalam "Notebook", "Handphone" dan sebagainya.

Oleh demikan, kami diberi peluang untuk berkongsi cerita dan mendengar luahan perasaan hati mereka. Gadis kecil molek dan berkulit gebu itu baharu habis PMR pada tahun lepas. Kini, dia sudah bergelar ibu. Gelaran yang dia sendiri belum bersedia untuk menyandangnya. Namun, apakan daya. Segala suratan dan takdir itu adalah ketentuan yang Maha Esa. Saya sebak dan dia mengalirkan air mata.

"Kak, saya dah malukan ibu dan ayah saya"

Saya menyuruhkan berhenti bercerita mengenai kehidupannya sebelum menjadi pelatih KEWAJA. Sakit! saya tahu, adalah sakit untuk dia mengenang dan mengingat kembali sejarah hitam itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, usianya baharu saja mencecah 16 tahun. Moga dia kembali bersekolah dan mencapai cita-citanya. Insya-Allah.
Sekadar hiasan
Kisah pembuangan bayi dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa bukanlah tiket untuk kita menjadi pembunuh segera atas pelakunya. Mereka sebenarnya tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai masyarakat, kita perlu paham dengan perasaan mereka yang hidup dalam keadaan bermasalah dan tersepit. Mereka terpaksa melakukannya. Berilah mereka peluang dan ruang untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan mencaci dan mengkeji.

Gambar kenangan di Kem Bina Insan Kewaja
Semua cerita yang disampaikan oleh mereka adalah menjadi rahsia untuk saya dan rakan-rakan saya juga. Hal ini kerana, keaiban mereka bukanlah untuk disebarkan dengan sewenang-wenangnya. Melainkan untuk tujuan motivasi diri dan pengajaran.





**Moga apa yang saya dan rakan-rakan saya peroleh hari ini menjadi suatu panduan dan teladan dalam kehidupan.
  • Share:

PERTUKARAN BUDAYA MALAYSIA-JEPUN

By BIE - 23:42:00 | 01 Comments
Berikut adalah catatan yang tertinggal pada tahun 2010. Pada tahun 2011 ini, saya baharu ada masa untuk kongsikan bersama pembaca Blog Dwicereka. Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua.

Entri kali ini, kredit jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hasrul Akmal, sahabat pada zaman sekolah menengah saya, kerana menjemput saya untuk mengikuti program ini sebagai wakil daripada Kolej Tunku Canselor. Sudah terbayang, bagaimana agaknya perasaan pabila dapat mempelajari budaya dan tatacara masyarakat luar negara yang terkenal dengan sikap dan peribadi mereka yang luhur sehingga Tun Dr.Mahathir pernah melancarkan Dasar Pandang ke Timur. Hal ini kerana, pihak Kerajaan mahu membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.

Jam 10.00 pagi, mereka selamat tiba di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dengan menaiki 8 buah bas. Hampir 400 pelajar daripada Matsushima High School, Osaka.

Kami, mengendalikan kumpulan menganyam ketupat
Apa yang sedih, mereka tidak membawa apa-apa budaya untuk ditukarkan bersama kami. Selain persembahan tarian (ala-ala Break Dance). Walau bagaimanapu, kami tetap gembira melayan dan menyambut kedatangan mereka ke Malaysia. Soal cara berkomunikasi, sebaiknya kita letakkan perkara itu pada tangga ke-100, kerana mereka tidak begitu faham bahasa inggeris, apatah lagi bahasa melayu. Fenomena itik bercakap dengan ayam telah berlaku disitu.

Mari! Mari! masuk group kami!
Tekun dan gigih menganyam
Gambar kenangan sebelum mereka pulang










**Kenangan dan pengalaman yang bagus! Walaupun kami tidak banyak berbual =)
  • Share: