Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

MENGEJAR KESEMPURNAAN

by - 20:57:00

Kehidupan, semua orang mengejar kesempurnaan. Baik dalam soal pelajaran, kerjaya, cara hidup, kewangan serta soal jodoh. Siapa yang tidak mahu kesempurnaan? Selalunya, apa yang sempurna itu adalah yang terbaik dan cemerlang.

Ya, memang benar. Tapi pernah tak kita terfikir. Apa yang tidak sempurna itu kadangkala dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan orang lain?

Pernah suatu ketika, Seorang lelaki tua membawa 2 buah tempayan ke sungai untuk mengisi air untuk kegunaan harian di rumahnya. Satu daripada 2 buah tempayan itu sudah retak dan rosak dan satu lagi dalam keadaan baik dam sempurna.

Setiba di sungai, si tua mengisi kedua-dua tempayan itu dengan air sungai sehingga penuh. Kemudian, si tua pulang ke rumahnya dengan hati yang girang. Setiba di rumah, si tua mendapati air yang terkandung di dalam  tempayan yang retak dan rosak itu cuma tinggal separuh berbanding tempayan elok yang tetap penuh kandungan airnya.

Berkata tempayan elok kepada tempayan rosak dengan nada menyindir.

Tempayan Elok : Hey, tempayan rosak! Engkau sungguh tidak berguna kepada tuan kita. Sudah susah payah tuan kita membawa air dari sungai ke rumah dengan menggunakan kita. Namun, ini balasan engkau (memberi air yang sedikit) kepada dia? Cuba kau lihat aku. Aku sangat sempurna dan memberi bakti yang sempurna kepada tuanku.

Tempayan Rosak : (sungul dan bersedih)

Keesokan hari, tempayan rosak berkata kepada kepada tuannya.

Tempayan Rosak : Tuan, aku sungguh tidak berguna kepada engkau. Aku yang rosak, retak dan tidak sempurna ini hanya dapat memberi sedikit air kepada engkau. Sedangkan tempayan elok dapat memberikan air yang banyak dan cukup.

Tuan : Tidak mengapa, setiap kali aku berjalan pulang ke rumah setelah mengambil air di sungai. Aku sering memetik bunga-bunga yang terdapat di sepanjang perjalanan pulang. Bunga-bunga tersebut mengucapkan terima kasih kepada engkau.

Tempayan Rosak : Mengapa mereka mengucapkan terima kasih kepada aku yang tidak berguna ini?

Tuan : Meski engkau tidak dapat memberikan air yang cukup kepada aku, tetapi engkau dapat memberikan kesegaran dan kesuburan kepada mereka kerana kocakan dan lelehan air daripada engkau sepanjang perjalanan pulang. Sedarlah, ketidaksempurnaan engkau mungkin tidak memberikan manfaat kepada aku, akan tetapi memberikan manfaat kepada orang lain.

Tempayan Rosak : (tersenyum dan gembira)


Renungkan kisah ini. Meski ini hanya cereka di Dwicereka : Himpunan Kisah Kehidupan. Namun, ada baiknya ianya menjadi renungan kita bersama. Manusia, sangat mengejarkan kesempurnaan. Akan tetapi mereka lupa bahawa kesempurnaan itu bisa merubah mereka menjadi seorang yang angkuh (seperti Tempayan Elok)

Sebaliknya jika kita sedar kekurangan yang ada dalam diri kita itu pula bisa menjadikan kita seorang yang merendah diri dan tidak bermegah-megah. Kepada orang yang menganggap diri mereka tidak sempurna dan serba kekurangan. Janganlah pula terlalu merendah diri sehingga orang memijak-mijak kepada anda. Sebaliknya, anda perlu sedar kekurangan bukanlah sebab untuk anda mengaku kalah dengan mengatakan diri anda tidak berguna. Akan tetapi, anda tetap ada kelebihan disisi lain yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Anda juga bisa menjadi insan yang hebat dengan mencungkil kelebihan yang ada dalam diri anda dan kelebihan itu tidak ada dalam diri orang lain.








**Moga kita sentiasa berfikir dan merenung, adakah aku ini cukup sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan? Berilah peluang kepada mereka yang tidak begitu menyerlah untuk menonjolkan kelebihan mereka. Jangan fikir anda adalah yang terbaik. Berfikirlah bahawa ada lagi yang lebih baik daripada anda di luar sana. Mudah-mudahan kita terselamat daripada penyakit riak dan takbur. Insya'Allah =)

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx