Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

HENTIAN PUDURAYA

by - 16:30:00

Sejak Hentian Puduraya berhenti beroperasi pada awal Mac 2010, saya dan orang lain menjadi kalut. Di mana nak tunggu bas lepas ni? Suasana di Hentian Puduraya sebelum ini memang tidak selamat dan sangat menyesakkan. Kehadiran ulat tiket menjadi merumitkan keadaan yang sediakala rumit dan tegang. Keadaan di Hentian Bas Sementara Bukit Jalil juga sama. Berpanas dan berhujan di ruangan terbuka. Sedih.

Alhamdulilah, selepas diubah suai. Hentian Puduraya kembali beroperasi pada pertengahan April yang lepas. Saya tidak berpeluang untuk melihat perubahannya memandangkan bas-bas ke selatan kini beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Minggu ini, saya berpeluang menjengah sebentar Hentian Puduraya yang berwajah baru ini. Cantik, selesa, selamat (ada polis dan ramai pak guard) dan berhawa dingin. Ruang solat yang besar dan tenang. Tempat menunggu yang dikhaskan. Kedai makanan ringan yang menarik.

Pokoknya memang selesa dan santai ketika berada disini. Persis Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang sama canggihnya (ala-ala airport gitu). Akan tetapi, khabarnya Hentian Puduraya hanya menyediakan bas-bas ke Utara dan Pantai Timur sahaja. Hmm.. siapa yang mahu ke selatan. Diam-diam sahaja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ya.. Hehehe







Mohon kerjasama daripada Kerajaan Johor untuk menaik taraf kemudahan di Terminal Bas Larkin, Johor. Supaya cantik dan selesa seperti Hentian Puduraya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dalam masa yang sama, kehadiran ulat-ulat tiket dapat dibanteras dan kehadiran pendatang tanpa izin yang menggunakan bas ke sana dan ke mari dapat disekat. Kemunculan ulat-ulat tiket di Larkin semakin meruncingkan, semakin banyak dan semakin menjadi-jadi. Menipu orang awam dengan macam-macam cara. Saya dah bosan!






**Semoga rakyat Malaysia sedar akan kepentingan menjaga harta benda awam yang indah dan canggih ini. Sama-sama kita menjaga kebersihan dan kecantikkan ini untuk keselesaan bersama. =)

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx