MENGEJAR KESEMPURNAAN

Kehidupan, semua orang mengejar kesempurnaan. Baik dalam soal pelajaran, kerjaya, cara hidup, kewangan serta soal jodoh. Siapa yang tidak mahu kesempurnaan? Selalunya, apa yang sempurna itu adalah yang terbaik dan cemerlang.

Ya, memang benar. Tapi pernah tak kita terfikir. Apa yang tidak sempurna itu kadangkala dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan orang lain?

Pernah suatu ketika, Seorang lelaki tua membawa 2 buah tempayan ke sungai untuk mengisi air untuk kegunaan harian di rumahnya. Satu daripada 2 buah tempayan itu sudah retak dan rosak dan satu lagi dalam keadaan baik dam sempurna.

Setiba di sungai, si tua mengisi kedua-dua tempayan itu dengan air sungai sehingga penuh. Kemudian, si tua pulang ke rumahnya dengan hati yang girang. Setiba di rumah, si tua mendapati air yang terkandung di dalam  tempayan yang retak dan rosak itu cuma tinggal separuh berbanding tempayan elok yang tetap penuh kandungan airnya.

Berkata tempayan elok kepada tempayan rosak dengan nada menyindir.

Tempayan Elok : Hey, tempayan rosak! Engkau sungguh tidak berguna kepada tuan kita. Sudah susah payah tuan kita membawa air dari sungai ke rumah dengan menggunakan kita. Namun, ini balasan engkau (memberi air yang sedikit) kepada dia? Cuba kau lihat aku. Aku sangat sempurna dan memberi bakti yang sempurna kepada tuanku.

Tempayan Rosak : (sungul dan bersedih)

Keesokan hari, tempayan rosak berkata kepada kepada tuannya.

Tempayan Rosak : Tuan, aku sungguh tidak berguna kepada engkau. Aku yang rosak, retak dan tidak sempurna ini hanya dapat memberi sedikit air kepada engkau. Sedangkan tempayan elok dapat memberikan air yang banyak dan cukup.

Tuan : Tidak mengapa, setiap kali aku berjalan pulang ke rumah setelah mengambil air di sungai. Aku sering memetik bunga-bunga yang terdapat di sepanjang perjalanan pulang. Bunga-bunga tersebut mengucapkan terima kasih kepada engkau.

Tempayan Rosak : Mengapa mereka mengucapkan terima kasih kepada aku yang tidak berguna ini?

Tuan : Meski engkau tidak dapat memberikan air yang cukup kepada aku, tetapi engkau dapat memberikan kesegaran dan kesuburan kepada mereka kerana kocakan dan lelehan air daripada engkau sepanjang perjalanan pulang. Sedarlah, ketidaksempurnaan engkau mungkin tidak memberikan manfaat kepada aku, akan tetapi memberikan manfaat kepada orang lain.

Tempayan Rosak : (tersenyum dan gembira)


Renungkan kisah ini. Meski ini hanya cereka di Dwicereka : Himpunan Kisah Kehidupan. Namun, ada baiknya ianya menjadi renungan kita bersama. Manusia, sangat mengejarkan kesempurnaan. Akan tetapi mereka lupa bahawa kesempurnaan itu bisa merubah mereka menjadi seorang yang angkuh (seperti Tempayan Elok)

Sebaliknya jika kita sedar kekurangan yang ada dalam diri kita itu pula bisa menjadikan kita seorang yang merendah diri dan tidak bermegah-megah. Kepada orang yang menganggap diri mereka tidak sempurna dan serba kekurangan. Janganlah pula terlalu merendah diri sehingga orang memijak-mijak kepada anda. Sebaliknya, anda perlu sedar kekurangan bukanlah sebab untuk anda mengaku kalah dengan mengatakan diri anda tidak berguna. Akan tetapi, anda tetap ada kelebihan disisi lain yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Anda juga bisa menjadi insan yang hebat dengan mencungkil kelebihan yang ada dalam diri anda dan kelebihan itu tidak ada dalam diri orang lain.








**Moga kita sentiasa berfikir dan merenung, adakah aku ini cukup sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan? Berilah peluang kepada mereka yang tidak begitu menyerlah untuk menonjolkan kelebihan mereka. Jangan fikir anda adalah yang terbaik. Berfikirlah bahawa ada lagi yang lebih baik daripada anda di luar sana. Mudah-mudahan kita terselamat daripada penyakit riak dan takbur. Insya'Allah =)

SEMAKAN

Masih ingat pada entri saya yang lepas bertajuk PEMILIH? PENTING KE?

Alhamdulilah, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah saya laksanakan. Hahaha.. padahal sebesar manalah sumbangannya kan? Tak apalah. Itu memang janji saya.

Hari ini saya sudah menyemak nama saya dalam senarai pemilih di Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Kepada kawan-kawan yang telah mendaftar dan mahu melihat lokasi / tempat mengundi / daerah mengundi anda pada pilihan raya akan datang. Sila semak Nombor Kad pengenalan anda pada capaian ini

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Selamat Menyemak!!

Telah berada dalam pengkalan data SPR





**Lokasi mengundi adalah kampung saya! Seronoknya, bila ada cuti musim mengundi, saya boleh balik kampung! hehehe

DEMAM VS COKLAT


2 minggu berperang dengan demam yang tidak sudah. Sehingga doktor menasihatkan saya supaya membeli sebuah termometer. Ish..ish.. tahap kesihatan sangat merunsingkan.

Terima Kasih untuk hadiah sepapan coklat bersaiz besar daripada yang tersayang. Moga semangatmu dapat mengembalikan kekuatanku kembali. Insya'Allah. =)






**Suka akan coklat sampai kapan pun! =)

PALING MUJARAB

Coklat dan To Do List saya

Dengan bebanan kerja yang menimbun dan kesihatan yang sedikit terganggu. Saya lupa, ubat paling mujarab sebagai penawar kesakitan saya selama ini adalah coklat. Oh sedihnya!

Mengapa boleh lupa ubat mujarab ini wahai Nabiha? haha.. Ok! berehat sebentar bersama coklat kegemaran saya Cadbury, Black Forest dan Van Houten, Whole Roast Almond.

Dah habis.! Sila sambung buat kerja dan study semula ya. Hehe.. (Makan dengan girang! tambah seronok jika dapat baca komik)

Baca komik sambil makan coklat. Suatu detik indah buat saya! Gandingan yang mantap!









**Hershey's, Kisses mungkin jadi coklat ke-3 yang menjadi kegemaran saya. Coklat adalah menu diet yang baik, tidak menyebabkan jerawat dan tidak juga menyebabkan kegemukan. Jadi, makanlah coklat dengan tanpa rasa ragu-ragu sama sekali. Selamat menikmati  =)

PENANGAN

Sambung pengajian dalam peringkat sarjana muda dalam bidang Sains Komputer. Kata seorang senior, bersedialah dengan kehidupan yang tiada kehidupan di dalamnya.Ketika saya masih menuntut dalam pengajian diploma, saya mengatakan semua itu.


Mengarut!

Ternyata memang benar sekali. Masuk tahun ke-2 pengajian. Saya mula merasakan kehidupan saya mula berubah. Sudah tiada masa untuk kawan-kawan, bahkan untuk diri sendiri juga. Segala tumpuan hanya pada kerja.kerja dan kerja. (Gila Kerja)

Haha.. ada baiknya juga, semuanya untuk persiapan saya menempuh alam pekerjaan yang sangat-sangat mencabar berbanding dengan bidang-bidang yang lain. Kegilaan saya ini telah menyebabkan saya mengalami demam yang berpanjangan selama 2 minggu. Hebat bukan?

Tiga kali ke klinik, berpapan-papan ubat telah ditelan, 2 kali pemeriksaan darah. Tidak cukup hebatkah penangan pengajian saya kini? Tidak dapat saya bayangkan jika saya melanjutkan pengajian ini ke peringkat yang lebih tinggi (tapi, ada cita-cita hehehe...)

Walau bagaimapun, inilah yang dikatakan cabaran. Moga saya berjaya melaluinya dengan tenang dan tabah. Aduhai demam, sila pulih dengan kadar segera ya. Saya dah nak menghadapi perperiksaan akhir ini.


Himpunan ubat-ubatan menjelang peperiksaan. Ya Allah!







**Kali ke-2 ke klinik, memperbetulkan komputer doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan daripadanya. Doktor tahu merawat pesakit saja, bila komputer blank. Tak tahu nak buat apa-apa. Padahal, cuma kabelnya saja yang longgar. Katanya ada virus menyerang! hehe.. =))

PRO & EXP


The decision to organize a workshop for others usually comes after some thought. The topic of the workshop depends on the needs and your abilities in your specific area. After my friend Nazrul call me to be advisor for this workshop. I really shock! do i have reputation of a teacher and the desire to have a class from him provide the motive for organizing a workshop. It is hard to me actually..

I realize the importance of being a professional and expert in this field. I have learned some of this knowledge during my practical period in Bangsar. Just a little! But my friend, given the very bear that responsibility and I really scared to stand. God bless you Nabiha! I think i can teach well even if not perfect kind of what is taught by my boss.

I had asked him. "can you help me encik..?" hehehe ... but, dia pulak yang mintak manual that I have prepared for the workshop tu (no manual actually, ada slide aje. Sebab tak sempat nak buat. Alasan!) hehehe ..

Very funny with this experience. Everything makes me to become a professional and expert. Insha'Allah




**Suatu catatan dikala kebosanan. Huhu =)

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim