TIPS : MERANCANG BULAN MADU/HONEYMOON

by - 05:34:00


Pergi berbulan madu bukan agenda yang mesti dilakukan selepas majlis perkahwinan.
Selepas perkahwinan itu, adalah bulan madu yang paling manis
untuk dinikmati bersama yang tercinta. Namun...
Ramai menyimpulkan bulan madu haruslah ke tempat-tempat lain
seperti ke tempat yang menarik di dalam atau luar negara.

Tetapi, berbulan madu dirumah juga tidak salah bukan?
hehe... Segala keputusan pun terpulang kepada mempelai untuk
memilih lokasi berbulan madu masing-masing.
Semestinya waktu bulan madu itu menjadi kenangan terindah kan?
Apa salahnya berbelanja sedikit untuk itu

Bagi yang merancang untuk pergi berbulan madu
Cik Bie nak Share beberapa tips.!
Hehe.. (Saya tak pergi berbulan madu lagi, kahwin pon belum kan)
hehehe. Apa salahnya share info ni.
Sharing is Caring
Yawww :))

Pertama
Elakkan daripada merancang jadual yang padat dalam percutian, kerana hal itu akan membebankan anda dan pasangan anda sahaja.

Kedua
Pilihlah lokasi yang santai dan tenang agar suasana romantis dan damai dapat diwujudkan.Semestinya u'ols penat melakukan itu dan ini ketika majlis perkahwinan kan? So, rehatkan diri anda dan pasangan anda ke tempat-tempat berikut.

Ketiga
Berhati-hati ketika memilih lokasi hotel. Pastikan hotel tersebut memberis servis layanan yang terbaik agar masa romantis anda tidak terganggu sama sekali. Ambil berat tentang review pasangan lain dan testimonial daripada pelanggan terhadap hotel tersebut. (Kena buat homework la tu...)

Keempat
Bawalah pakaian dan kelengkapan lain dengan secukupnya (apa yang anda fikirkan perlu). Pakaian dan kelengkapan haruslah bersesuaian dengan keadaan cuaca tempat yang akan anda kunjungi.

Kelima
Jangan lupa pula kelengkapan penting seperti topi, kacamata hitam, Sunblock Cream, sikat rambut dan kelengkapan mandi dan lain-lain sekiranya perlu.

Keenam
Untuk kecemasan, bawa ubat - ubatan yang biasa untuk kecederaan ringan seperti luka, lebam, pening kepala dan sebagainya.

Ketujuh
Jangan lupa membawa passport dan kad pengenalan diri yang diperlukan.So, takdalah jalan-jalan sebagai pendatang tanpa izin ye x? hehe

Kelapan
Akhir sekali, jangan lupa untuk membawa sijil perkahwinan anda.!!


hehehe.. additional info yang u'ols nak mention
boleh inbox komen kat entri ni ya.
hehehe..
:))

You May Also Like

5 ulasan

  1. WAH....BGUS2..
    baru wat ntry dh book hotel tuk honeymoon..xjauh pung...genting..pra honeymoon katakan.

    http://sepetgurl.blogspot.com/2012/06/honeymoon-story.html

    ReplyDelete
  2. cuti 6 hari je bie..ntah bila dpt pi hanimun

    ReplyDelete
  3. @S.U.R.I.A
    hehe.. kita dah baca dah entri suria. hehe.. biar tak jauh, asalkan kenangan tu ada kan? kat mana pon sama je. Even kat rumah sekalipon :) kan?

    ReplyDelete
  4. @Munnafendy
    Tak apa pun, honeymoon ni, sampai bila-bila pon boleh honeymoon. Lepas tu, kalau ada cuti dan masa terluang baru boleh pergi tempat2 yang best sikit. kan? :)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..

    so far kalo kaki bejaln macm kami ni..honeymoon wajib..

    heheh but pada sesapa yg bukan kaki berjalan tu,if honeymoon adalah pertama kali dirancang bersama.. make sure prepare honeymoon sebaik2nye, rancang wang,waktu,aktivity,musim, pakaian dan keperluan travel

    just my 2cent

    *iam new b2b..salam perkenalan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx