Follow Us @soratemplates

Tuesday, 10 July 2012

DIY VEIL TUDUNG

Holla! Alhamdulilah, hari ini kita masih diizinkan bertemu
lagi dalam segmen DIY bersama Cik Bie
di Blog Jalinan Cinta. Hahaha.
Lepas ni, boleh la buat talkshow ek?
*Verangan

Hehe.. Pagi2 lagi B2B Miz Sharmia dah post komen
Katanya nak tahu cari DIY Veil Tudung yang Cik Bie 
dah janjikan semalam. Hehe
Niat hati baru nak peram entri.
Alamatnya kalau peram 2-3 hari la baru entri ni keluar
hehee.. xpela, demi mia. dan B2B lain. 
Saya Share lagi cara-cara buat
VEIL TUDUNG 
ini

Tarra, ini Veil Tudung saya
sesuai untuk majlis pertunangan

Bahagian Belakang

Bahagian Depan
(alamak, nampak cam po***g la pula)
heheheeeee *mengilai

Untuk makluman semua, 
Veil Tudung ini adalah hasil gabungan terus
Veil dan Tudung
Cik Bie tak buat asing-asing
Terus sekali combine dan jahit terus ke atas tudung yang
dah dibeli tu, ini kerana..
Kalau kita pin-pin, bagi cik bie macam kurang kemas
dan mungkin terbonjol sana sini
(bagi pandangan cik bie la, tapi mungkin pandangan orang lain tak)

Maka, 
cik bie ambil keputusan untuk jahit
secara kekal veil tersebut ke atas tudung
ketika sesi menampal patch

Sejarah

Kain Net, Cik Bie beli di KAMDAR, Galleria Kotaraya, Johor Bahru
dengan harga RM3.20 semeter, Cik Bie beli 2 Meter untuk veil ini
Cari Kain Net yang lembut untuk hasil yang beralun
bukan yang keras dan kejung tau
Sesiapa yang suka Chiffone, boleh guna juga.

Tudung, beli di Rahimah (kedai borong tudung
yang dilanggani oleh ibu cik bie) di Kota Tinggi 
dengan harga RM8 

Modal lain-lain hanyalah manik-manik
berwarna pink dan creme
2-3 bungkus biasa 

Total Kos Veil Tudung ini, hanya 
tidak lebih, tidak kurang dalam
lingkungan harga RM17
sahaja

Lipat 2 kain net yang dah dibeli, gunting separuh bulat
Bila dibuka, bentuknya akan seperti Huruf D

Close up, patch daripada baju, ditampal ke Veil
dan embedded ke tudung
Jenis jahitan : Tali Air (biasa)

Close up, Tepi Net Veil

 Tepi net veil, cik bie tak jahit tepi mesin, cik bie buat manual
guna tangan dengan jahitan tali air juga, 
Lipatkan ke dalam dan jahit.
Lepas habis jahit keliling Veil
Jahit sekali lagi dengan disertai manik/beads
mengkiut cara dan kepakaran anda menjahit manik

Cara, jahit manik untuk tepi veil cik bie
Cik Bie gunakan manik kecil2 dengan cara jahitan menegak
dan Jahitan Tali Air juga
*haha.. xhabis2 jahitan tali air (tu je yang aku reti)

Untuk Tudung

Jahitan tengah tudung ni, Cik Bie bukak dan
hanya tinggalkan jahitan di pangkal leher sahaja,
seperti dibawah ni

Jahitan masih kekal di pangkal leher

Kemudian, Cik Bie Jahit tepi halus/kecil dengan mesin
keliling tudung tersebut, bagi nampak kemas,
masa jahit tepi tu, tarik tudung tu supaya hasil jahitan 
nampak beralun dan berombak rindu

Semasa, Cik Bie buat Veil Tudung ni,
Cik Bie ambil inspirasi daripada Veil Tudung Pernikahan Farah AF


Dan hasil kepada Veil Tudung Cik Bie
Adalah seperti dibawah



Semasa memakainya, tariklah kekiri dan kekanan
Sematkan dengan pin dengan kemas
Ataupun, gunakan cara pemakaian tudung yang u'ols fikirkan
selesa dengan diri u'ols dan sesuai dengan u'ols


Nota KakiTangan:
Oh! Saya akan tetap DIY Veil untuk
semua majlis besar saya nanti.

Selamat men DIY Veil Tudung kalian

Love, Cik Bie

34 comments:

  1. cik bie ni memang kreatif la.. cantik taw! :)

    ReplyDelete
  2. oh, okey, baru paham tudung tu tak dijahit bawah panjang macam tudung lain...
    =)
    thanks cik bie...

    ReplyDelete
  3. wah....tq..tq... cmtu plk eh. nice n kreatif. okey, inspirasi sdh ada dlm otak ni. hehe. tegs again ye bie.

    ReplyDelete
  4. Dira :
    TQ dira, tapi xda la kretif mana pon. Still kena ada insprirasi juga. Hehe

    ReplyDelete
  5. Nisa Dawi :
    Aah.. Cik bie alter tudung tu ikut sedap hati je. hehehe ;) Sama-sama.. :)

    ReplyDelete
  6. Miz Sharmia :
    Hehe. Sama-sama.. yup! hope dapat membantu dan memberi inspirasi :)) Good luck mia..

    ReplyDelete
  7. owh..mcm tu, cntik gak kan. Kemas sikit kalo jahit sekali ngan tdung.'
    eh..cantiknye Farah AF kan, suke tgok baju nikah dia. Gojes

    ReplyDelete
  8. LiNda :
    Ni bahana terinspirasi dengan Farah la ni. hehe.. sweet n simple kan baju dia. Suka juga ;))

    ReplyDelete
  9. Munnafendy :
    hehe. mari belajar sampai pandai! hehe

    ReplyDelete
  10. cantik.puas hati dgn hasil diy kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SarahSyafiq :
      Memang puas hati, mestipun dia terdiri daripada material yang murah. Tapi, dia tetap jadi pujaan hati sendiri. Hehe. Kalau beli pun, belum tentu material yang dia guna tu mahal. Harga je markup lebih2 sambai beratus2 kan? hakikatnya murah je..

      Delete
  11. cantik la! gojes betul idea cik bie ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~ a for ana ~ :
      TQ ana.. Nextime boleh la ana cuba DIY juga benda ni. Senang je ana :))

      Delete
  12. nice..nak ikut boleh??tgh pikir2 lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oya :
      its ok oya.. teruskan berfikir.. :))

      Delete
  13. salam cik bie..
    baju tunang tue cantik sgt..
    ce story cikit psl baju tue pls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Cik Bie dah ada cerita.. di entri Tunang Outfit :)

      Delete
  14. omaigod.cantiknya!!!
    terus i pun nak DIY veil jugak.beli siap punyela mahai~
    pastu nk jahit tali air jugak.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, silakan, sangat jimat dan murah.. labih lagi, mengikut citarasa diri. haha :) Good luck ya :)

      Delete
  15. waaa cantiknyeee....thanks share..dah dpt idea dah nak wat veil. kalau beli siap punyala mahal sampai beratus2. sesuai utk majlis tunang sy ni. jimat sgt. thanks cik bie =)

    ReplyDelete
  16. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx