Follow Us @soratemplates

Wednesday, 11 July 2012

GIVEAWAY BIDADARI QASEH

Pada suatu hari, datang seorang wanita yang cantik ke sebuah rumah yang bernama Villa "Jalinan Cinta". Villa itu didiami oleh seorang gadis kecil yang bernama BIE. Pada ketika itu, gadis tersebut baharu berusia 9 tahun. Masih bersekolah dan bersikap keanak-anakan yang sepertinya menyerupai budak lelaki.

Ketika kedatangan wanita cantik itu ke Villa "Jalinan Cinta", gadis itu kelihatan terpinga-pinga, dan tertanya-tanya. Siapakah gerangan wanita cantik itu? dan apakah hajatnya yang sebenar? Persoalan demi persoalan membungkam dihati gadis kecil itu. Kemelut persoalan yang dipendamnya jelas tergambar diraut wajahnya yang comot dan selekeh.

Wanita itu tersenyum, seraya berkata
"Saya bidadari QasehFariza.Saya datang daripada negara cinta "

"Negara cinta?" tanya gadis kecil itu.

"Ya, negara cinta yang terletak di http://qasehfariza.blogspot.com"

"Oh! sudah pasti negara cinta itu sebuah negara yang cantik dan aman damai,
bagaimana keindahan negara kamu, wahai bidadari QasehFariza?" soal gadis itu lagi.

"Oh ya, saya ada 1 gambar negara saya, nah! tengok ni" 
balas bidadari QasehFariza sambil mengeluarkan iPhone daripada 
kantung jubahnya yang bersinar bagaikan permata itu. Lalu ditunjukkan olehnya 
sebuah gambar kepada gadis itu.


"Wah.! Cantiknya..." kata gadis kecil itu dengan nada kagum.

"Siapa lelaki dalam gambar itu?" tambahnya lagi.

"Oh, itu suami saya! bidadara Azrul namanya"

"Wah, bidadari QasehFariza, awak sangat cantik dan 
bidadara Azrul sangat kacak. Kamu berdua nampak sangat secocok, 
moga berbahagia hingga ke akhir hayat bersama"  
ujar gadis itu tersenyum dengan riak wajah gembiranya.

* * *

"Oh ya! Apa hajat sebenar bidadari menemui saya?" tanya gadis itu, sopan.

"Saya datang dengan satu niat, iaitu membawa berita gembira kepada kamu"

"Gembira? Apa berita itu?" tanya gadis kecil itu beria-ia.

"Saya mahu awak menunaikan satu cabaran yang saya berikan ini,
jika berhasil saya akan berikan awak 2 pilihan hadiah, dah awak hanya boleh 
mendapat salah satu daripadanya sahaja."

"Hah, cabaran?" tukas gadis itu dengan nada terkejut, ini kerana dia pertama kali
menerima cabaran daripada sebuah negara. Di awal usia 9 tahun. Dia tidak
menyangka. Ada seseorang yang mempercayainya untuk
melakukan cabaran itu.
'Ini suatu tanggungjawab'
katanya dalam hati

"Apakah nama cabaran itu wahai bidadari QasehFariza?"

Hari ini saya akan berikan awak sebatang pokok, 
pokok itu akan berada dihadapan rumah awak buat selama-lamanya. 
Awak dikehendaki mengajak rakan-rakan awak untuk datang ke rumah awak,
 lalu mengajar mereka cara-cara untuk memanjat pokok itu. 
Rakan-rakan awak hendaklah terdiri daripada lelaki dan perempuan. 
Tetapi, rakan-rakan perempuan lebih diutamakan, 
kerana kebanyakkan daripada mereka tidak tahu memanjat pokok. 
Jika awak berhasil. Saya akan berikan hadiah yang saya janjikan itu. 
Ada apa-apa lagi pertanyaan?"

"Ada, apakah hadiah yang bidadari janjikan itu?"

"Hadiahnya yang pertama ialah sebuah "Guestbook" kasih sayang
dan yang kedua ialah Permata "Lantern Paper. Jika kamu berhasil
kamu akan mendapatkan salah satu daripadanya sahaja. 
Adakah kamu berminat dengan cabaran ini wahai gadis kecil?"

Guestbook Kasih Sayang

Permata Lantern Paper

"Untuk apa tujuan bidadari menawarkan 
hadiah-hadiah berikut kepada saya? 
Saya baharu berusia 9 tahun, budak kecil lagi, 
saya tak tahu bagaimana dan apa kegunaan hadiah 
yang bidadari berikan nanti."
Sambung gadis itu.

Bidadari pun menjawab, 
"10 tahun daripada sekarang, kamu akan berkahwin dengan
putera idaman kamu daripada kerajaan Bangi Lama, dan
hadiah yang bakal kamu dapat ini
akan melengkapkan majlis perkahwinan kamu nanti.
Berusahalah untuk mendapatkan salah satu daripadanya"
Jawab bidadari tu dengan tenang.

"Berkahwin.!? saya hendak memenangi hadiah kedua
yang ditawarkan oleh bidadari. Hadiah Permata "Lantern Paper"
Saya mahukan itu kerana saya sangat sukakan permata.
Bersinar dan Comel"

"Baiklah, selesaikan tugasan kamu" kata bidadari itu, 
lalu terbang ke negara cintanya




Maka, bersemayamlah sepohon pokok di Villa "Jalinan Cinta". 
Gadis kecil itu pun berusaha untuk menunaikan permintaan dalam 
Cabaran GiveAway Negara Cinta Qaseh Fariza. Selapas 1 purnama. Akhirnya,


Dia berjaya mengajak dan mengajar ramai kawan-kawannya
untuk memanjat pokok pemberian bidadari cantik itu.
Gadis kecil itu sudah memasang angan-angan. Untuk mengantungkan 
Hadiah Permata "Lantern Paper" di pokok yang diberikan oleh
bidadari tu di halaman rumahnya ketika berlangsungnya
hari perkahwinannya nanti.






Adakah dia berjaya mendapatkan Hadiah Permata "Lantern Paper"
tersebut daripada Bidadari QasehFariza?
Sama-sama kita nantikan episod yang akan datang selepas
Tarikh Tutup Cabaran GiveAway Negara Cinta Qaseh Fariza
pada 31 Julai 2012.

Bersambung...

15 comments:

  1. menarik nye entry.good luck bie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SarahSyafiq :
      Haha, entri kekanak-kanakan betul kan? haha.. TQ dear.! Pray for me :))

      Delete
  2. menarik kan cerita si anak kecil a.k.a bie.. kan sarah kan?? good luck yang~!!! semoga impian kamu tercapai.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Emotion :
      Amin.Amin.. moga impian si anak kecil nama BIE ni tercapai. Hehehe.. sekarang dia dah besar dah.. Tunggu episod yang akan datang ya. eheh :D

      Delete
  3. menarik entry, new idea, good luck bie! kalau saya jadi juri i will choode u.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanisah :
      Hehehe.. hanisah, bie harap hanisah la jurinya.. hehe :))

      Delete
  4. good luck dear...menawan hati betul entrt ni..h..heehehe..anyway, feel free ya follow my blog..i already follow yours.. bojailuvicka.blogspot.com...see yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr and Ms bOZhiCkA :
      TQ dear.. Tq juga sebab sudi singgah blog Jalinan Cinta.. i'll be visit ur blog :))

      Delete
  5. wah bie...menarik laaaa. rase mcm nk buku kan je citer ni. then bila ada anak nnt, qaseh leh bc kan pd mereka. huhuhuu..over pulak qaseh -.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. qaseh_fariza :
      Wow! bidadari turun lagi ke bumi, menjengah Villa Jalinan Cinta.! eheheh.. boleh je bukukan. saya bagi hak cipta sepenuhnya kat bidadari buat tatapan anak-anak bidadari di negara cinta nanti.. hehe :D

      Delete
  6. bie...tahniah...suker bc entry bie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahmah :
      Terima kasih cik mah dan sokongan cik mah jugak :))

      Delete
  7. tahniah bie.... menang gift dari Qaseh

    ReplyDelete
  8. Entry yg sgt menarik...mmg layakla bie menang..hehe Tahniah :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx