CREPE PAPER FLOWER



Lepas search semua tutorial.. akhirnya cik bie berjaya buat bunga carnation gina crepe paper ni... haha.. happy sgt.. ni carnation warna purple tau. Tah knp effect camera buat dia nmpk macam blue black.. hehe.. apa yang penting ibu cik bie suka dan setuju nk jadikan sebagai bunga telur nanti.. yeayy!! Happy!

Published with Blogger-droid v2.0.4

KISAH MESTI BACA

Sebuah kisah dipetik daripada majalah Al-Islam, April 2012

Diriwayatkan, seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di kota Mekah. Apabila tiba hari untuk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh ahli keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi dia hampa apabila, keluarga lelaki itu tidak tahu menahu tentangnya.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang hartanya yang tidak diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,

“Pergilah kamu ke telaga zarnzam malam mi dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.” 

Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut. Ulama itu berkata lagi kepadanya,

“Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakari sebagai mulut neraka jahanam.” 

Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, ke mana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,

“Pergilah di satu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu"

Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lagi,

"Kenapa kamu ditempatkan di sini Sedangkan kamu adalah orang yang baik.” 

Lalu dijawab,

“Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahanam.” 

Moral cerita: Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendini. Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” 


Oleh demikian, mari kita renungkan sejenak. Apakah nilai keimanan dan kemuliaan akhlak kita sudah benar-benar sempurna? Sering kali terfikir, kadang kala kita sangat menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T, kerana itu adalah fitrah kita sebagai hambanya. Sehinggakan ada diantara kita langsung tidak mengendahkan duniawi dan menyifatkan "Hidup untuk Mati"

Amalan sedekah bukan hanya kita memberi duit kepada anak yatim, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sedangkan ada ahli keluarga kita, makcik, pakcik, anak saudara, cucu, sepupu kita (darah daging kita) berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Dan kita hanya menutup mata melihat keadaan mereka, lalu mengutamakan orang lain. Sesungguhnya, saudara kita yang susah ini memang tidak suka meminta-minta, menunjukkan kesusahannya, dan lebih suka berusaha mencari rezeki sendiri kerana dia mungkin berpegang kepada hadis ini,

Dari samurah bin jundub ra, beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda;

"Sesungguhnya meminta-minta itu adalah cacat (luka) yang digoreskan orang di wajahnya, kecuali apabila ia meminta kepada penguasa atau karena keadaan terpaksa" (HR Tirmidzi)

Namun begitu, ingatlah dan renunglah tanggungjawab kita yang belum selesai. Sebelum terlambat..

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim