PERNIKAHAN IRMA & REZA


Dengan Sekali Lafaz
Irma Hasmie bersama Reza Syah
Telah pun selamat di ijab kabulkan hari ini
Pada jam 3.55 Petang

Selamat Pengantin Baru 
.
.
Gambar
.



LOVE FELT

Maaf kepada semua.!!
Masih ingat DIY Pen Coat tak?
Kalau tak ingat boleh Klik SINI

Kat entri Pen Coat Cik Bie ada share tutorial 
Cara-Cara nak buat Pen Coat.
Tapi, Cik bie lupa nak review cara-cara buat
Love Felt atas Pen Coat tu.

So, hari ni nak share sikit. Hehe
Layankan jelah ya :))

Tekap pada kain felt dan lukis bentuk love berdasarkan pola

Gunting bentu tersebut, 1 Love kecil dan 2 Love besar

Ambil 1 Love kecil dan 1 Love besar dan gabungkan begini

Jahit sekeliling love kecil diatas love besar
(Disini cik bie gunakan benang kait dan jarum jahit berkepala besar)

Ok! dah siap pun

Masa untuk mencantumkan, kedua-dua Love Besar
kemudian jahit mereka bersama-sama. hehe..
Cik Bie guna jahitan sembat biasa je

Dah siap tu, jangan lupa tinggalkan ruang kecil (jangan jahit habis)
Sumbatkan dengan fiber atau kekabu sampai sesedap rasa
Kemudian Baru habiskan jahit hingga ke hujungnya

Tarra.! dah siap pun love felt saya.~
Anda bila lagi?

Tengok daripada depan
Kalau buat key chain pon elok ni

Nota KakiTangan :
Hehe.. harap dapat membantu
Lain-lain cara, terserah pada kretiviti 
masing-masing ya.!
Love u'ols
Muaah!

TREMENDOUSLY THURSDAY


Selalunya orang buat
WORDLESS WEDNESDAY 
kan?

Hari ini, 21 June 2012
Cik Bie create my
TREMENDOUSLY THURSDAY
khas entri untuk hari khamis sahaja.
gambar yang akan dishare pada hari ini
ialah
.
.
.
A bouquet from him
Given Last Night
Sempena Anniyversary relationship
yang ke-33 bulan
.
.
.
Dan pagi ini, semuanya telah dimasukkan ke dalam pasu
Ada 33 kuntum semuanya
sama dengan 33 bulan Anniversary
"Such a romantic treat my dear"



CENTREPIECE STUFF

Balik cuti hujung bulan lepas, 
aktiviti biasa yang akan dijalankan dengan my ibu
adalah menghunting barang-barang wedding. 
Kali ni, terjumpa bahan-bahan untuk buat
Centrepiece untuk setiap meja tetamu nanti.

Berikut adalah bahannya.
Tapi tak complete lagi sebab tak ada bunga dan tag 
yang ada cuma pasu merangkap cawan harian dirumah 
setelah majlis berakhir.
(multi purpose kan?)
hehehe
Jimat, lepas tu. Kita boleh gunakan semula. 


Cik Bie beli 24 biji sahaja, cuma RM1 sebiji. Gambar diatas adalah
sebahagian daripadanya sahaja.
Gambar dibawah juga begitu, dan nampak sedikit tak plastik yang
ada label hijau tu. Tu adalah Chopstick
Cik Bie beli dikedai yang sama dengan harga RM1.30 untuk 20 batang
Chopstick


Sebelum ni ada yang pernah tanya cik bie tentang batang DIY PhotoProps Cik Bie.
Ok, nilah batang Photoprops tu, cik bie guna chopstick sebab rasanya dia lebih tebal
dan kukuh berbanding dengan lidi sate kan? hehe.. Tapi, penggunaan bahan
lain untuk dijadikan batang Photoprops adalah terserah kepada semua. Bergantung 
kepada kreativi masing-masing. Kalau ada idea baru. Boleh la kita
share sama-sama ok? 

Abaikan gambar pisau tu.. termenyebok pulak dia kat situ

Close up.! Nampak x harga dia yang murah tu??
Kalau tak nampak , anggap je la macam nampak ye
Al-maklumlah snap gambar pakai kamera HP cikai je

TIPS : MERANCANG BULAN MADU/HONEYMOON


Pergi berbulan madu bukan agenda yang mesti dilakukan selepas majlis perkahwinan.
Selepas perkahwinan itu, adalah bulan madu yang paling manis
untuk dinikmati bersama yang tercinta. Namun...
Ramai menyimpulkan bulan madu haruslah ke tempat-tempat lain
seperti ke tempat yang menarik di dalam atau luar negara.

Tetapi, berbulan madu dirumah juga tidak salah bukan?
hehe... Segala keputusan pun terpulang kepada mempelai untuk
memilih lokasi berbulan madu masing-masing.
Semestinya waktu bulan madu itu menjadi kenangan terindah kan?
Apa salahnya berbelanja sedikit untuk itu

Bagi yang merancang untuk pergi berbulan madu
Cik Bie nak Share beberapa tips.!
Hehe.. (Saya tak pergi berbulan madu lagi, kahwin pon belum kan)
hehehe. Apa salahnya share info ni.
Sharing is Caring
Yawww :))

Pertama
Elakkan daripada merancang jadual yang padat dalam percutian, kerana hal itu akan membebankan anda dan pasangan anda sahaja.

Kedua
Pilihlah lokasi yang santai dan tenang agar suasana romantis dan damai dapat diwujudkan.Semestinya u'ols penat melakukan itu dan ini ketika majlis perkahwinan kan? So, rehatkan diri anda dan pasangan anda ke tempat-tempat berikut.

Ketiga
Berhati-hati ketika memilih lokasi hotel. Pastikan hotel tersebut memberis servis layanan yang terbaik agar masa romantis anda tidak terganggu sama sekali. Ambil berat tentang review pasangan lain dan testimonial daripada pelanggan terhadap hotel tersebut. (Kena buat homework la tu...)

Keempat
Bawalah pakaian dan kelengkapan lain dengan secukupnya (apa yang anda fikirkan perlu). Pakaian dan kelengkapan haruslah bersesuaian dengan keadaan cuaca tempat yang akan anda kunjungi.

Kelima
Jangan lupa pula kelengkapan penting seperti topi, kacamata hitam, Sunblock Cream, sikat rambut dan kelengkapan mandi dan lain-lain sekiranya perlu.

Keenam
Untuk kecemasan, bawa ubat - ubatan yang biasa untuk kecederaan ringan seperti luka, lebam, pening kepala dan sebagainya.

Ketujuh
Jangan lupa membawa passport dan kad pengenalan diri yang diperlukan.So, takdalah jalan-jalan sebagai pendatang tanpa izin ye x? hehe

Kelapan
Akhir sekali, jangan lupa untuk membawa sijil perkahwinan anda.!!


hehehe.. additional info yang u'ols nak mention
boleh inbox komen kat entri ni ya.
hehehe..
:))

IDEA BUSANA PERNIKAHAN

Cenggana ye nak pilih fesyen baju nikah nanti?
hehehe..
Ke semua gambar dibawah adalah fesyen kesukaan cik bie
nampak lebih kurang sama. Tapi bila diamat-amati ada perbezaannya
Hmm.. yang mana satu? hehe














Seems like i love this more than others~
did you agree wif me??
hehe :))



PHOTOPROPS SAYA

Still remember my previous entry? Just scroll it down ya..
if doesn't appear. click this link DIY PHOTOPROPS

Hehehe..
dengan mengikut dan melanggar tatacara membuat photoprops ni.
Cik bie berhasil juga buat photoprops sendiri. hehehe..

Hasilnya.. hehe

Mula-mula print dulu. Gunakan kertas yang sedikit keras
Supaya senang nak gunting nanti

Lepas tu, gunting, tebuk dan buang mana-mana bahagian yang tak sepatutnya ya

Baharulah laminate.. hehe

Gunting sekali lagi. Tinggalkan sedikit basi plastik laminate tu.
Supaya lebih tahan lama je. Tak masuk angin dalam dia
Kalau masuk angin, nanti jadi menggelembung
Ok! dah siap dah. Tinggal tampal batang pemegangnya sahaja. Hehehe
Dah beli dah, tapi tertinggal kat rumah kota tinggi pula.
tunggu balik rumah nanti baru tampal lah! hehe

OK! cantikkan?
(Perasan)
kui.kui.kui.

DIY PHOTOPROPS



Pagi yang indah, blogwalking menyegarkan minda dengan pelbagai info
menarik daripada para blogger yang cantik dan kacak.
Jalan-dan jalan. Cik bie terhenti disini. Oh! menarik blog ni.
Blog apa? ini blognya.OhHappyDay. Entri apa yang menarik sangat tu?
hehehe. sudah tentu sama dengan tajuk entri cik bie pagi ni
iaitu tentang DIY Photoprops!

Semua orang boleh DIY sendiri photoprops ni.
Download link yang cik bie bagi ni. 
kemudian, print, gunting, tampal, dan boleh digunakan
terutamanya untuk photobooth wedding u'ols nanti
untuk birthday party pon boleh juga. 
Tak kisah la untuk apa-apa pun.
Nanti, cik bie pon nak cuba DIY ni
u'ols pon cuba juga ok?


Dalam blog ni dia ada juga sediakan
u'ols boleh cuba ikut cara-cara yang dia tunjukkan
atau gunakan kretiviti sendiri untuk
merealisasikan impian DIY Photo Props anda.
hehehe..


Tunggu entri seterusnya ok!?
Nak men DIY japs.
::)
Love u'ols.

muaahx

LAMINATING TOL TAG

Masih ingat DIY TOL TAG cik bie?
hehehe.. masa tu cik bie siap design n print and gunting je
lepas tu, sepatutnya kena la laminate bagi keras kan?
Tapi, bila fikir2 kos nak hantar laminate pon dah mahal.
Apatah lagi nak beli mesin dia kan?
Sehinggalah cik bie jumpa 1 blog B2B juga
*cik bie mintak maaf sangat. Cik bie lupa apa nama blog tu

Masa tu, B2B tu buat laminating guna iron je.
So, dari situ cik bie terfikir nak buat benda yang sama.
Finally, cik bie berjaya laminate sendiri Tol Tag ni dengan menjimatkan kos
hanya dengan membeli Laminating Film dan duit elektik jeer.. hahaha

My Laminating Film

Apply Tol Tag dalam Laminating Film ni dan kemudian gosok guna seterika

Tarra!! dah siap di gosok. Hasilnya memang kurang kemas sedikit awalnya.
Tapi ok la.. bila dah buat banyak kali

gunting mengikut bentuk yang sepatutnya.
Hehehe.. besarkan gunting cik bie?
Gunting My mommy~ untuk gunting kain :))

Yeay~ siap laminate semuanya...

Jeng.jeng.jeng.
Close UP

Gambaran belakang tol tag.
hahaha..
siap ada blog link~
Memang tak le blah~


INAI OR HENNA


Inai or Henna?
Bagi cik bie, inai adalah yang pakai kat jari tu
manakala Henna yang dilukis-lukis kat tangan, tapak tangan atau kaki
Hehe. ini pendapat cik bie je. Tatau betul atau tak.
So, far cik bie tatau nak ke tak buat Henna (lukis-lukis) kat tangan tu
Rasanya nak buat inai aje kot. Simple, cik bie suka tengok inai dijari Farah AF2
masa dia kahwin dulu. Kemas dan comel je..



Tapi Jari cik bie tak secomel jari Farah la :((

Dan masalah lagi, nak pakai daun inai atau inai tube yang ayah cik bie beli 
masa pergi mekah dulu??

Sangat banyak ayah beli, sampai tak tahu nak pakai yang mana satu
yang serbuk pun ada, tapi entah mana ibu cik bie letak.
Lupa sudeyy~
Tapi, bila tanya ibu. Ibu pulak nak anak dia pakai inai tumbuk macam zaman dulu
Tradisional katanya, siap nak tempah Cik Aruk (Makcik yang selalu pakai inai dan pandai buat 
inai yang sangat cantik dijari di kampung cik bie) buatkan inai untuk wedding cik bie nanti.

Daun Inai
Daun inai perlu ditumbuk dan dicampur bahan-bahan tertentu
supaya warna merahnya cantik.

Huhu.. Tak apalah, cik bie serahkan pada ibu cik bie je semua ni
In case tak ada siapa nak buatkan inai,
cik bie pakai je inai tube yang berlambak kat rumah ni.
Persediaan... hehe..

Tapi, kalau nak suruh cik bie tumbuk sendiri daun inai?
Huhuhu.. memang tak retilah~
hehehe..


DIY PEN COAT

Kelmarin tiba2 cik bie rasa nak DIY Pen Coat.
Pen ni, cik bie nak letak atas meja guest book nanti. 
Kalau ada coat untuk pen tu. Comel la sikit kan? hehe
Cik bie sertakan sekali tutorialnya disini.

Antara bahan-bahan yang diperlukan
Kain felt, benang bulu(aka benang kait), Jarum berkepala besar  (jenama Singer)

mula-mula tentukan jenis pen yang hendak digunakan nanti

Ukur saiz pen begini. dan gunting lebih sedikit daripada saiz asal supaya senang dijahit

Jahit dengan menggunakan mesin jahit
Kalau tak ada mesin, jahit seperti biasa guna jarum tangan pun boleh

Teruskan menjahit hingga ke hujungnya.
Mengikkut ukuran pen tersebut.

Telah siap

Langkah seterusnya

Cucuk hujung kain felt yang telah dijahit dengan lidi sate
Tolak hujung kain hinnga ke atas.

Seperti ini.

Kemudian tarikkan ke bawah.
(menterbalikkan jahitan luar ke dalam.)

Siap, menterbalikkan.

gam pen coat dengan kain felt yg telah dipotong seperti dalam entry
DIY Misson : Love Felt

Gamkan juga bersama bahagian atas Love felt
Masukkan fibre.. nak bagi kembung. dan habiskan menjahit Love felt berikut

Tarra!! dah siap pon~

Maaf, kalau tutorial cik bie ni agak tak berapa details.
Hopefully semua dapat faham ye.
Selamat mencuba 
*

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim