CSI GUESTBOOK

Salam Ramadhan yang ke-11
Alhamdulilah, kita berjumpa lagi
setelah berhari-hari Cik Bie lenyap

I really miss my blog
Totally.!

Hari ini, nak review tentang
preparation untuk Guestbook

Cik Bie memilih CSI Guestbook
CSI Guestbook ni, dikenali jugak sebagai
Thumbprint Guestbook / Guestbook Tree dan lain-lain
mana yang tidak diketahui giteww.. hehe

Berikut, bahan-bahan yang dah Cik Bie beli untuk
Aktivity men DIY CSI Guestbook ni 


Benda ni, Cik Bie sambar kat IKEA hari tu
Kesedihan melanda, sebab takdak warna Purple
Hitam pon Hitam lah.!
Janji Rock


Agak besar kut, saiz 50 x 70 cm



Dan Pigment Color Ink ni, Cik Bie jumpa kat HARRIS, Jusco Tebrau
dengan harga RM5.90 jer
hehe.. dah main test2 dah..
Syok je..
Ada 4 kaler dalam 1 set ni.

Dan langkah terakhir, tinggal design rangka pokok atau lain-lain
untuk diprint dan diletakkan dalam frame

Maka, akan jadilah CSI Guestbook.
Hehehe.. DIY jer kan? Senang cerita :)

Contoh gambar-gambar
Thumbprint Guestbook





TREMENDOUSLY THURSDAY

Ada entri sebelum ni, Cik Bie cakap, 
Cik Bie belum beli baju raya. Oh! Sedihnya.
Tapi, semalam. Ku gagahkan diri ini yang sibuk,
bersama my ibu yang superrr sibuk
untuk pergi beli baju-baju
kami sekeluarga

plus beli sekali baju raya couple
Cik Bie dan Cik Tunang
juga.

Alhamdulilah, dia sangat tak cerewet
terima je apa jenis kain, warna n baju 
yang Cik Bie pilihkan untuk dia
Hehehe..


Model tak bertauliah
Haih Bie! Berapa ha Gulati's bayar ko jadi model.
Model la sangat, model ke? promoterz??? 
Haha


Sesi pemilihan. Oh! ini baju kami untuk raya nanti.
My Ibu.! Posing tak henggat. Bila disuruh posing. hehehe

Tups.. Tups.. jumpa dibawah ni.! Love it~
100% Pure Plain Net
Memang lembut dan Sangat sesuai untuk dijadikan
Veil. Dan-dan ko ada sales sekarang eh!
Murah plak tu
Ada bermacam-macam kaler lagi..

Haih.. Jadi promoter lagi gue ni
Sokey kan? Sharing is Caring


Makanya, Cik Bie pon sambar 2 jenis
untuk veil sanding dan nikah


Nikah Veil

Haha.. puas dah meranapkan duit kat sini.
Jom balik dengan kegirangan dah dapat baju raya. 
weee...


Sila Abaikan budak yang macam dah tembam ni
Haih.. Muka tambun sangat ni awatnyaa???
*muka without any make up n lipstick
mood puasa lah sangat.. haha*




KUCING DAN BUNGA

Oh..! Dugaan sungguh di bulan Ramadhan yang mulia ni
Sabar.Sabar. Nasib baik lah Cik Bie ni
penyabar orangnya. Ceh~ hahaha

Apa gambar kat bawah ni? 
Ini adalah Crepe Paper Flower yang Cik Bie buat
Dan simpan dalam kotak.
Fesyen baru ke? 

Ternyata bukan! Ini adalah sebab bungaku 
sudah PENYEK dilenyek budak kat bawah gambar ni
Sobs..Sobs..


1 daripada semua Bunga Crepe Paper yang dah penyek..
semuanyaaa :'(

Budak kat bawah ni la yang buat.
Nama dia GENJI yang sangat nakal tapi manja
mengalahkan Baby baru lahir

Kegemaran, suka posing dan orang amik gambar dia
pluss sukkaaaa sangat tengok cermin.
Mesti dia rasa diri dia manusia kot.

Genji.. Apasal ko tido dalam kotak bunga-bunga kakak tu
Adoyai.. sabo je lah. Rugi berhengget2 tu.


Muka nak Innocent Time orang Snap Gambar dia.
Dasar model kucing tak bertauliah ni.
Hahaha..

Lepas Genji Tidur dalam kotak tu dan penyekkan semua bunga,
Cik Bie biar je kotak tu dalam bilik.
Then, datang si adik, OBIY

Punah Ranah Semuanya.
Cisss.. korang memang dah berpakat ye.
No more Whiskas occay.~ Padan muka.
Pi makan ikan kering je


Ranap dan Punah semuanya.
Macam kena hukum tembak.
Oh, bunga telurku.. huhuhu :(

Budak kat bawah ni punya angkara.
Nama dia OBIY. Asyik tido je keja dia pada waktu terluang
Bila bangun mintak makan. Bila makan, Hyperactive
tak hengat. Bila penat, tido memanjang.


Hmm.. tak berjodoh dengan bunga crepe paper yang dah punah
dan bakal dibakul sampahkan itu.
Adik-adikku, terpaksalah kakakmu ini buat
bunga-bunga yang baru. Lepas ni, kena seal dengan
kotak besi agaknya, baru korang tak usik

Sabo je la.
Nasib baik Bulan Puasa.
Rasa nak panggang je budak 2 ekor ni
huhuhu

Nota KakiTangan :
My family suka bela kucing kaler kuning.
Feeling2 as GARFIELD kunun2,
dan yang terbaru PUSS IN BOOTS.
but, it true.! Kucing kuning memang extreme
Manja, Bijak dan Memahami Tuannya~

Thats All 
:)


REBEN BUNGA TELUR

 oh..gembira rasanya hati,
bila dah pandai lipat reben untuk bunga telur
Hehehe, sebelum ni. Cik Bie tak reti nak lipat
At last mintak tolong B2B Cik Mah
untuk mengajar Cik Bie yang tak reti ini

Terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Mah
Sebab dengan murah hatinya, buat 1 entri untuk 
terharu rasa hati Cik Bie


Yeay~ Akhirnya berjaya juga buat reben ni. 
Dan Cik Bie pun dah buat banyak-banyak untuk
kegunaan bunga telur kasih sayang cik bie nanti

Kalau buat banyak2 senang, nanti bila wedding dah
dekat, kita tinggal cantum-cantum dengan Crape Paper Flower
dan beberapa bahan yang lain seperti

Lidi Sate
Sarung Telur
Daun
Pelilit Bunga
DLL


Here, dah buat banyak dah. Hehehe.. Eksited buat lepas
kita dah reti buat kan? Tq Sifooo.. :D

Masa beli bahan-bahan untuk buat bunga telur
Terjumpa ini, sarung telur yg ready made punya
100pc cuma RM8.00 sahaja.

Fiuhh~ Selamat. Tak payah beli kain net,
gunting sendiri untuk dijadikan bunga telur.
Ahaha.. Penyakin M dah datang la ni

Siapa nak tahu, sarung ni jenis plastik 
macam sarung jaring2 limau kecik2 kaler merah tu.
Haa.. xreti nak explain. Tapi, u'ols boleh
imagine kan? hehehe..


Sarung telur Ready Made

Nota KakiTangan:
Cik Bie dah cantum2 dah 1 bunga telur.
Tapi cam segan nak tunjuk. Hehehe
my 1st try. macam biasa
memang buruk.
ngeee..

Apa-apa pun. Semua bahan untuk bunga telur
sudah siap. Tunggu dicantumkan aje
2 atau 1 bulan sblm wedding.
Semuanya akan di "integrate"
bahasa komputer sungguh..
hehheeh

Daa :)

BANTAL NIKAH BULU-BULU

Bantal Nikah Bulu-Bulu
akhirnya siap.. huhu. lega rasa hati.
 Berikut, adalah gambar proses menjahit 
bantal nikah kami.

Lepas wedding, boleh guna bantal bulu2 semula
bantal bulu-bulu ni. Hehe.. Sangat suka, sebab bulu-bulu
dia ni macam teddy Bear.

Nak tengok details kain, cik bie pernah letak dalam entri ini


Ketika dalam Proses


Pin sekelilingnya sebelum dijahit


Mula menjahit ke dua-dua bantal nikah kami.


Hasilnya..

Surprise,~

Tunggu Tahun Depan ye.


REHAL KAYU KHATAM

"REHAL KAYU KHATAM"
Sebuah tajuk entri yang begitu pelik
sebab susunan ayatnya yang tak begitu mengena
hahaha. ngak apa2 donk.!
Apa2 sajalah

Sekelip mata je, dah 3 Ramadhan kan?
Berbaki 27 hari lagi untuk kita lalui
ibadah puasa. Untuk sesiapa yang bakal
melangsungkan perkawinan/pertunangan lepas hari raya ni
komfem berdebar-debarkan?

Sama macam cik Bie dulu, bertunang 2 minggu lepas raya
Ahak~ ai dah lalui perasaan tu.. huhuhui

Ok, berbalik pada pokok cerita untuk entri ni.
Minggu ni, Cik bie,
balik kampung di Kota Tinggi, Johor. 
Tiba-tiba, Cik terpandang benda ni
kat rumah. (memang benda ni ada je kat rumah,
selalunya wat dunno je, bila dh memerlukan
baru fikir banyak tentang benda ni)
 Hmmm.. *think*
Sudah tentu akan menggunakannya untuk 
Majlis khatam Al-quran di majlis
bersejarah cik bie nanti.

Rehal Kayu berdiri
(Apa nama sebenar kau ye wahai rehal kayu???)

Maka, Verangan la pleasing Al-quran kat Rehal Tu
Hmmm. Nampak Togel dan tak menarik hati langung

Bila nampak togel dimata cik bie, mula la aku ni fikir
Apa nak buat dengan Rehal ni, Biar
nampak menarik
Tup2.. Rehal tu, ada jugak yang tak sama kaler
Ada kayu warna cerah dan ada yang warna gelap juga.

Rasanya nak kena buat alas dan skriting macam 
gambar rehal kat bawah ni

See, ada pakai skirtkan? Tapi Skirt dia singkat dan jarang sikit.

Lain-lain gambar Majlis Khatam Al-Quran





Nota KakiTangan :
Tema Majlis Khatam Al-Quran adalah kuning
Kain untuk baju khatam diriku dah beli dah. Baju untuk anak-anak murid
ibu yang mengiringi pengantin masa majlis khatam je yang
belum beli lagi. Huhuhui.. bila la nak pi survey2 lagi ni,
Adoyai.. Mummyy.. jom pi beli belah.

yang lagi menyedihkan, kain untuk baju raya pon
xbeli lagi.. sobss! Buzy sangat ke kak oi..

HENNA TAPAK TANGAN

Salam Ramadhan Al-Mubarak
buat semua pembaca blog Jalinan Cinta.
Hehe
Alhamdulilah, kali ni dapat lagi sambut puasa dengan
keluarga tercinta di rumah..

Hope, semuanya happy dan berbahagia juga
dan selamat membuat persiapan 
perkahwinan masing2 juga

Remember, bulan ramadhan banyyaaaakk
sales..! Mari gunakan peluang ini sebaik
yang mungkin. eheheh :D

gambar nak share hari ni adalah Henna 
Sebulat hati Cik Bie dah buat keputusan tak nak menconteng
tangan. Tapi, nak menconteng tapak tangan


Maka, berikut adalah teaser menconteng tapak
tangan dengan corak henna yang fofuler tu.
Ok ke? atau cuma nak buat bulat je kat tengah tu??
*Think*


Gambar henna tapak tangan yang dilukis oleh diri sendiri
*Verangan ni. Tak sampai berapa minit dan cuci dah
gunakan inai tube yg ayah beli kat mekah
masa g umrah tahun lepas je.

Corak yang dilukis adalah berpandukan gambar dibawah
Hehehe. Buruk! + xsama langsung Cik Bie lukis.
Hahaha.. Saje cuba2 jaya


TREMENDOUSLY THURSDAY


Kebetulan dia tak ada kelas hari ini
A Big Thanks to My Lil Brother
yang sanggup teman 
kakak dia merewang barang kawin
kat IKEA hari ini.

Hahaha.. lupa pulak, hari ini punya entri sepatutnya
Tremendously Thursday

Great~ Banyak Sales.
Nanti tunggu nak raya pulak
Ehemm. nak borong sesuatu lagi 
Ngeee :D


DIY PAPER WHEEL


Salam Monday Blues
Ah! Sleepynya hari ni.
Malam tadi ngok,ngek2 buat kerja
sampai tak sedar dah pukul 3 pagi.

Hari ni layan DIY PAPER WHEEL ya
Dah berkurun benda ni famous dikalangan B2B
kali ni baru cik bie nak cuba buat.
Hehehe.

Ramai jugak yang menggunakan PAPER WHEEL ni 
untuk dekorasi pelamin, mini pelamin, guestbook, 
photobooth n lain-lain jugak.

Esok, Cik bie ada exhibition. Makanya..
Gue terpanggil untuk buat paper wheel ni untuk
dekorasi backdrop.! Upss. bukan
persiapan perkahwinan ye.

Tapi, bila benda ni dah siap.
Rasa nak guna untuk DIY Photobooth la pulerr.
Aigooo...~


Zaman bertunang dulu, tak sempat nak DIY Mini Pelamin.
Bila tengok semua B2B DiY sendiri mini
pelamin diorang, +semuanya cantik n cute
belaka. Huhuhu.. jadi cemburu.

Tahap kekretifan tak sampai ke tahap
DIY Mini Pelamin sendiri.
Hehehe..
Apo nak dikato..


Oklah, Jom le kita layan Gambar Paper Wheel
Cik Bie ni ya.. hehe..

Niat hati, bulat putih kat tengah tu nak
gunakan Doily Paper. Tup2 kedai Bakery
kat Sek.7 ni tutup la pulak. poi!~


DIY paper wheel decor backdrop
Kombinasi Warna tak Terancang
Main Hentam Kromo sahaja

Mahap le kalau x kemas.. My 1st Try..
Malunyeeww :D

Bagi sesiapa yang macam cik bie, baru nak belajar buat
Paper Wheel ni, boleh tengok tuto diatas ni ya..

Hanya gunakan kertas A4 biasa sahaja ya
Sebab Cik Bie dah try guna kertas keras, Agak susah nak digam
pada bahagian tengah if kita lipat dia tak sekata.

Semua Paper Wheel Cik Bie ni, Cik bie gunakan A4 paper
biasa, kaler putih dan kertas warna warni yang
jual dalam bungkus kat kedai nu.. hehe

Keperluan :
Saiz besar - 4 keping A4 paper
Saiz Sederhana - 2 Keping A4 Paper (Di potong 2 bahagian, setiap satunya)
Saiz Kecik - 1 Keping A4 Paper (Di potong 4 Bahagian)

Hehehe..
Selamat men DIY Paper Wheel anda!
Love you soo much geng!

UPACARA MANDI BUNGA

 Good morning semua.!
Hari ni, kita sama-sama share info dan gambar
untuk upacara mandi bunga bagi si gadis yang bakal mengakhiri
zaman bujangnya. Gambar-gambar yang femes buat
masa ni, of kos la Lisa Surihani kan?

Dulu, masih ingat lagi, kalau tak silap Cik Bie
Masa Julita Aishah nak kawin dengan
Tengku Mahkota Pahang,
mereka ada buat adat mandi bunga ini.

Sememangnya adat ni memang sejak turun temurun lagi
Biasanya diamalkan oleh golongan bangsawan
mereka panggil "Istiadat Bersiram"

Makanya, upacara ni  dijalankan ke atas
bakal pengantin yang akan jadi Raja Sehari
Nak jadi raja kan? Mesti
ada feeling2 adat2 macam ni.
Ahahaha..

Tapi, zaman sekarang orang dah tak
buat upacara ni dirumah
sebabnya kita dah ada banyak spa
yang tawarkan khidmat mandi
bunga untuk bakal pengantin.


Tapi sebenarnya, kalau upacara ni 
diadakan kat rumah lagi seronok kan?
Sebab ada ramai, kawan-kawan dan sedara-mara
jiran tetangga yang bakal join memandikan kita
hehehe..

Tujuannya 1 je, untuk menaikkan seri pengantin
kajian pun dah kemukakan kelebihan mandi
bunga dari segi saintifiknya kan?





Kalau kita buat research, rata-rata sumber
mengatakan upacara mandi bunga ini
sejarahnya berasal daripada 
masyarakat jawa

Ehem!
Cik Bie orang jawa pure. 
Haruslah kena mandi bunga ni.
hahaha. Alasan ke?? haha..
Ala, x buat upacara pon. 
I tetap nak p mandi bunga kat SPA

Tapi, kalau buat upacara ni,
kat rumah best jugak ni
*think*

Adat mandi bunga untuk pengantin, bagi masyarakat jawa

Relaxing di SPA

Atau.!? Nak mandi AIS?? Eeeuu..
Lepas mandi, gue kebas 1 badan,.!
Tak mahu.

Nota KakiTangan :
Seeloknya mandi bunga ni diamalkan seminggu sekali
Dah lepas kawin pon kena amalkan juga tau!
Moga kita sentiasa berbau harum dan berseri
Kalau tak ada bunga, beli je Body Shower,
rendam la dalam Tab berjam-jam.
Kalau larat.! hahaa.. Janji Wangi

Jangan Busuk-Busuk tau~



TREMENDOUSLY THURSDAY

Jadual Kursus Pra-Perkahwinan Kota Tinggi
Jadual dan Borang Kursus Boleh di Ambil di Pejabat Kadi
Bangunan Iskandar, Kota Tinggi.

Info ini, untuk B2B Johor yang tinggal di sekitar Kota Tinggi.
Kepada sesiapa yang macam cik bie
Tak kursus lagi. 
Boleh la berbuat demikian.

Haih~ Orang lain 2-3 bulan lepas bertunang dah pi kursus da
Cik Bie ni asyik tangguh je, sebab bz belajar
Tak apalah, we'ols dah deal nak pi
lepas hari raya puasa ni.
Insya'allah, doakan semuanya berjalan
dengan lancar.

Tarikh Perkahwinan, dan perancangan
makin lama, makin dicepatkan.
Kegerunan telah datang!!

Moga Perjalanan Kami Dipermudahkan Oleh-Nya


Amin Ya Rabb..

GIVEAWAY BIDADARI QASEH

Pada suatu hari, datang seorang wanita yang cantik ke sebuah rumah yang bernama Villa "Jalinan Cinta". Villa itu didiami oleh seorang gadis kecil yang bernama BIE. Pada ketika itu, gadis tersebut baharu berusia 9 tahun. Masih bersekolah dan bersikap keanak-anakan yang sepertinya menyerupai budak lelaki.

Ketika kedatangan wanita cantik itu ke Villa "Jalinan Cinta", gadis itu kelihatan terpinga-pinga, dan tertanya-tanya. Siapakah gerangan wanita cantik itu? dan apakah hajatnya yang sebenar? Persoalan demi persoalan membungkam dihati gadis kecil itu. Kemelut persoalan yang dipendamnya jelas tergambar diraut wajahnya yang comot dan selekeh.

Wanita itu tersenyum, seraya berkata
"Saya bidadari QasehFariza.Saya datang daripada negara cinta "

"Negara cinta?" tanya gadis kecil itu.

"Ya, negara cinta yang terletak di http://qasehfariza.blogspot.com"

"Oh! sudah pasti negara cinta itu sebuah negara yang cantik dan aman damai,
bagaimana keindahan negara kamu, wahai bidadari QasehFariza?" soal gadis itu lagi.

"Oh ya, saya ada 1 gambar negara saya, nah! tengok ni" 
balas bidadari QasehFariza sambil mengeluarkan iPhone daripada 
kantung jubahnya yang bersinar bagaikan permata itu. Lalu ditunjukkan olehnya 
sebuah gambar kepada gadis itu.


"Wah.! Cantiknya..." kata gadis kecil itu dengan nada kagum.

"Siapa lelaki dalam gambar itu?" tambahnya lagi.

"Oh, itu suami saya! bidadara Azrul namanya"

"Wah, bidadari QasehFariza, awak sangat cantik dan 
bidadara Azrul sangat kacak. Kamu berdua nampak sangat secocok, 
moga berbahagia hingga ke akhir hayat bersama"  
ujar gadis itu tersenyum dengan riak wajah gembiranya.

* * *

"Oh ya! Apa hajat sebenar bidadari menemui saya?" tanya gadis itu, sopan.

"Saya datang dengan satu niat, iaitu membawa berita gembira kepada kamu"

"Gembira? Apa berita itu?" tanya gadis kecil itu beria-ia.

"Saya mahu awak menunaikan satu cabaran yang saya berikan ini,
jika berhasil saya akan berikan awak 2 pilihan hadiah, dah awak hanya boleh 
mendapat salah satu daripadanya sahaja."

"Hah, cabaran?" tukas gadis itu dengan nada terkejut, ini kerana dia pertama kali
menerima cabaran daripada sebuah negara. Di awal usia 9 tahun. Dia tidak
menyangka. Ada seseorang yang mempercayainya untuk
melakukan cabaran itu.
'Ini suatu tanggungjawab'
katanya dalam hati

"Apakah nama cabaran itu wahai bidadari QasehFariza?"

Hari ini saya akan berikan awak sebatang pokok, 
pokok itu akan berada dihadapan rumah awak buat selama-lamanya. 
Awak dikehendaki mengajak rakan-rakan awak untuk datang ke rumah awak,
 lalu mengajar mereka cara-cara untuk memanjat pokok itu. 
Rakan-rakan awak hendaklah terdiri daripada lelaki dan perempuan. 
Tetapi, rakan-rakan perempuan lebih diutamakan, 
kerana kebanyakkan daripada mereka tidak tahu memanjat pokok. 
Jika awak berhasil. Saya akan berikan hadiah yang saya janjikan itu. 
Ada apa-apa lagi pertanyaan?"

"Ada, apakah hadiah yang bidadari janjikan itu?"

"Hadiahnya yang pertama ialah sebuah "Guestbook" kasih sayang
dan yang kedua ialah Permata "Lantern Paper. Jika kamu berhasil
kamu akan mendapatkan salah satu daripadanya sahaja. 
Adakah kamu berminat dengan cabaran ini wahai gadis kecil?"

Guestbook Kasih Sayang

Permata Lantern Paper

"Untuk apa tujuan bidadari menawarkan 
hadiah-hadiah berikut kepada saya? 
Saya baharu berusia 9 tahun, budak kecil lagi, 
saya tak tahu bagaimana dan apa kegunaan hadiah 
yang bidadari berikan nanti."
Sambung gadis itu.

Bidadari pun menjawab, 
"10 tahun daripada sekarang, kamu akan berkahwin dengan
putera idaman kamu daripada kerajaan Bangi Lama, dan
hadiah yang bakal kamu dapat ini
akan melengkapkan majlis perkahwinan kamu nanti.
Berusahalah untuk mendapatkan salah satu daripadanya"
Jawab bidadari tu dengan tenang.

"Berkahwin.!? saya hendak memenangi hadiah kedua
yang ditawarkan oleh bidadari. Hadiah Permata "Lantern Paper"
Saya mahukan itu kerana saya sangat sukakan permata.
Bersinar dan Comel"

"Baiklah, selesaikan tugasan kamu" kata bidadari itu, 
lalu terbang ke negara cintanya




Maka, bersemayamlah sepohon pokok di Villa "Jalinan Cinta". 
Gadis kecil itu pun berusaha untuk menunaikan permintaan dalam 
Cabaran GiveAway Negara Cinta Qaseh Fariza. Selapas 1 purnama. Akhirnya,


Dia berjaya mengajak dan mengajar ramai kawan-kawannya
untuk memanjat pokok pemberian bidadari cantik itu.
Gadis kecil itu sudah memasang angan-angan. Untuk mengantungkan 
Hadiah Permata "Lantern Paper" di pokok yang diberikan oleh
bidadari tu di halaman rumahnya ketika berlangsungnya
hari perkahwinannya nanti.






Adakah dia berjaya mendapatkan Hadiah Permata "Lantern Paper"
tersebut daripada Bidadari QasehFariza?
Sama-sama kita nantikan episod yang akan datang selepas
Tarikh Tutup Cabaran GiveAway Negara Cinta Qaseh Fariza
pada 31 Julai 2012.

Bersambung...

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim