TREMENDOUSLY THURSDAY

By BIE - 19:08:00 | 111 Comments
Hari ni, Cik Bie just nak share
cerita je ye. Tak da kena mengena dengan 
persiapan wedding

Hari khamis ni, rehat jap daripada 
fikir tentang wedding

Kebetulan on the way pagi tadi
fly.fm bukak topik

"Mommy, where's the baby comes from"


Ramai caller yang share info ''jawapan"
mak-mak mereka bila anak-anak yang meningkat besar
tanya soalan macam tu

antara jawapannya

1. Jumpa awak kat tong sampah
2. Turun daripada langit
3. Kamu daripada syurga
4. Anak angkat daripada keluarga lain
n many more
yang sangat-sangat kelakar

then, Cik Bie recall semula jawapan yg pernah ibu
Cik Bie bagi masa Cik Bie kecik-kecik dulu

Dia cakap, dia jumpa Cik Bie kat buluh betung
masa tu, buluh tu menangis.
Rupanya ada baby kat situ

Bila Cik Bie nakal je,
dia takut-takutkan Cik Bie
katanya nak pulang Cik Bie kat buluh betung
belakang rumah nenek.

Hahaha.. Kelakar sangat!

Bila uóls ada anak nanti.
Make sure bersedia dengan jawapannya ok?

Sesiapa nak share jawapan mak masing?
leave your comment here!

For sure sangat kelakar kan?! haha :D

  • Share:

PAPAN HITAM COMEL

By BIE - 23:11:00 | 301 Comments
Semalam, Cik Bie eksited sangat sebab jumpa benda ni 
masa shopping barang dapur kat Giant Shah Alam
Hahaha..




Tak sangka boleh terjumpa.
Loser gila kan? tak tahu nak cari benda ni kat mana
sebelum-sebelum ni

Rupanya dekat je dengan rumah

Apa lagi, teruslah sambar untuk props 
pre-wedding nanti
Errkk.. pre-wedding
(ada orang yang sudi ke Bie nak shoot pre-wedding ko)
Hahaha.. ok abaikan. Verangan jek!

Atlis, nanti boleh letak kat meja guestbook bersama ini.


weee.. saja nak share dengan sesiapa yang masih mencari benda ni
Dia ada kat bahagian mainan kids.

Lepas guna, semua ni boleh disimpan untuk generasi akan datang
Hik..hik.. *Verangan lebih ni
Ketuk kepala kang!
ahaha
Bye
:)

Untuk mendapatkan Blackbord Set dan Easel ini,
boleh beli secara online di,

https://www.facebook.com/oratixcreative



  • Share:

DIY VEIL RESEPSI

By BIE - 17:50:00 | 221 Comments
Salam Sejahtera
buat sayangs ku sekalian!

Hari ini, sedikit pengisian tentang cara-cara
Cik Bie men DIY Veil untuk resepsi perkahwinan Cik Bie nanti
Untuk Veil ini, Cik Bie gunakan material NET
yang telah dibeli sebelum hari raya lepas.
ada diceritakan dalam entri ini


Net ni sangat lembut dan berbidang 60"
So, untuk veil ini. Cik Bie gunakan 2 meter sahaja
RM19.50 X 2 = RM39.00 Sahaja

Hahaha. Terkedek-kedek kan? baru la ni nak buat
Berikut adalah cara dan langkah yang Cik Bie gunakan


Mula-mula sediakan Pita Pengukur (Tape)
Ukur panjang veil yang dikehendaki
Mulakan ukuran daripada tengah kepala hingga ke
suatu paras yang dikehendaki

Selalunya paras lengan, punggung, atas punggung, dan tumit
Untuk veil resepsi Cik Bie, Cik Bie buat hingga ke paras tumit
Tak buat meleret, sebab resepsi bukan buat kat dewan pon
Kang menyeret rumput + pasir je


Ukuran 1 adalah ukuran panjang Veil Cik Bie
Setelah dapat ukuran panjang,
Cik Bie lipat 2 kain net yang berbidang 60"
dan gunting ikut pola di bawah



Selalunya ukuran 2 adalah ukuran daripada kepala ke hunjung jari tangan
Tapi, boleh diubah suai mengikut kepanjangan yang dikehendaki
oleh si pemakai veil tersebut
So, kesimpulannya terserah kepada u'ols ya

Ukuran ke 3, ukuran 1/2 daripada bidang kain tersebut
kegunaannya supaya senang nak buat pola
HALFMOON
untuk bawah veil


Pola Separa Bulat Cik Bie,
Selalunya, Cik Bie memang akan demo atas kertas dulu
sebab nak elak daripada buat silap masa menggunting tu

So, bagi Cik Bie, pola separa bulat ni pun boleh 
dilakar ikut kretiviti masing-masing
supaya ikut betul2 bulat,
jadi bentuk D
atau apa-apa bentuk sekali pun

Lepas tu, pola tu boleh la disimpan untuk keturunan akan datang
Ceeewwaahh.. x pon hantar gi patten
sapa curik! kena saman la
sebab tu hasil kerja u'ols yang asli
Tulis tarikh siap2 atas pola tu
*eh! melalut plak*


Ukuran 3 x 2



Lepas tu, pin pola tersebut supaya tak bergerak
Baru boleh menggunting,




Maka, siaplah sesi menggunting
dan boleh proceed ke step yang seterusnya.
iaitu menampal border lace dan membeading
Yang tu, masih dalam proses lagi.
Moga cepat-cepat siap la hendaknya 
Amin..

Nota KakiTangan :
Buat sesiapa yang bertanya mengenai tempahan kasut
Cik Bie mintak maaf sebab tak dapat nak buat review
dalam masa terdekat sebab belum sempat jumpa
kazen Cik Bie dan menemuramah beliau.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang kasut tu
Stay Tune! Tetap bersama blog Cik Bie
Check it out~! :D
hehe

  • Share:

RECYCLE HAND BOUQUET

By BIE - 16:47:00 | 221 Comments

Salam hujung minggu yang lapang
selapang-lapangnya
Cuti minggu ni rasanya baru Cik Bie
dapat rehat dan duduk dirumah
dan bermalas-malasan juga
Hahaha.
*Dasar Pompuan pemalas! huh!*

Gambar dibawah, adalah Hand Bouquet
masa majlis pertunangan Cik Bie

dan Cik Bie ada planning untuk dia


Apa planningnya?
Yok cabut dulu dedaun sekeliling dia tu
dan juga kain net dia 


Sudah dicabut dedaunnya
maka, togel lah dia
Hehehehe. *Kijamnyaaaa


See, dah togel. Erkk, siap tag harga pon tak tanggal lagi tu
Ko memang tak blh blah la bie.. Hahaha
Apa planning untuk HB ini?

"Transform ke wajah baru je"
Sebab Cik Bie nak guna semula untuk 
majlis pernikahan nanti

U'ols rasa, ok tak kalau Cik Bie guna bunga ini untuk 
baju nikah Cik Bie kat bawah ni


*Gambar hantaran pertunangan

Ni lah baju nikah Cik Bie, Tapi...
lom dijahit lagi. Sobss..sobs..
Ibuuuu plese jahit vajukuuuuu..
Cepatan-cepatan donkk

Nota KakiTangan :
Semalam my Kazen col, dia dah hantar tempah
kasut Cik Bie.! Yahooo..
Dia beritahu juga harga keseluruhan kasut tu
Nasib baik dia bagitahu dulu harganya sebelum hantar tempah
jadi tak la terkejut sangat n bulat-bulat mata nak membayarnya.

PLUS

Cik Bie hanya bayar sebahagian daripadanya sahaja
Yang lain, dia sponsor. Oyeee.~
Tak sabarnya nak tunggu bulan 11
nak prektis pakai kasut tu.
*verangan*

  • Share:

SWING MOOD

By BIE - 06:41:00 | 151 Comments

Now, mood swing
nak buat apa-apa pun dah kurang tumpuan
kepala ni melayang tah ke mana-mana
huhuhu need rest..!!
Tiap2 minggu ada je agenda nak dibuat
pergi sana-sini
survey itu ini, deal sana,deal sini.
Banyak sangat input masuk
kepala pun jadi bengang sikit
hahaha..

Adeyh.. kalau boleh nak majlis ni
cepat-cepat berlangsung, sebab nak
habis cepat. Tapi, bila fikir banyak
persiapan yang belum selesai
rasa nak lambat-lambat la
januari tu muncul.
hahaha..
ni mood tak keruan ni

Balik daripada kampung minggu lepas,
My ibu suruh bawak balik benda ni,



"Sila refresh balik" kata ibu

errr... sejak lepas diploma
dah jarang prektis lagu untuk berzanji ni
hampir 2-3 tahun jugak la tak prektis

"bu, bawak sikah je boleh tak?" tanyaku

"bukan selalunya ras ke?" jawab ibu

"err..err.. lupa.."

"Prektis je dulu, mana tau boleh"

Yakin je ibu gue ni
grrr.. dulu masa aktif, kazen-kazen 
yang nk kawin je mesti cop cik bie jadi pengiring
bacaan diorang time berzanji n khatam al-quran.
Balik-balik muka ni jugak yang kena baca
Doa khatam, tapi bukan doa berzanji la
lagu dia pelik, tak reti gue

mak gue je expert benda tu

Now, my turn plak. My ibu suruh
baca doa berzanji tu.

Adeyyhhh.. boleh ke melagukan ni?
setakat baca tu boleh la,
melagukan doa tu, kena banyak prektis

Rasanya kena masuk kelas vokal ni
ala-ala artis gitu.
hahaha..

Dibawah, adalah antara cebisan-cebisan
kenangan majlis khatam dan berzanji sepupu-sepupuku

Umur 20 Tahun

Umur 14 tahun (Tingkatan 2)

Umur 17 tahun (otw SPM)

Umur 15 Tahun (otw PMR)


Nota KakiTangan :
Korang boleh recognize x mana Cik Bie
dalam gambar-gambar berikut?
Almaklumlah, tahun bersilih ganti, muka rasanya
tak banyak perubahan kan?

Amin, moga dipermudahkan 
me'refresh' semuanya.

Insya'allah
Mohon doa kalian ya
:)
Terima kasih


  • Share:

TUTORIAL CREPE PAPER FLOWER

By BIE - 07:36:00 | 491 Comments
Salam buat semua peminat setia 
rancangan olok-olok kat blog Cik Bie
cewaaahh...

hehehe.. Hari ini Cik Bie nak kasi up tutorial 

Crepe Paper Flower

Walaupun Cik Bie tahu, 
dah ramai sangat orang yang buat tutorial ni
tapi, dek kerana memenuhi permintaan 

Cik Bie pun kasi up entri ini untuk tatapan
Cik Fatin dan sekalian B2B yang lainnya.

Yok.! mula DIY Crepe Paper Flower ni


Berikut adalah bahan utama, 
Crepe Paper (1 keping = RM0.60)
dan dawai bunga (1 bungkus = RM1.00)


Untuk bunga Cik Bie, Cik Bie pakai dawai no.26, sebab dia agak keras.
Jadi, bunga kita tak meliuk lentuk 
bila dililit pada batang lidi sate nanti (untuk kegunaan bunga telur)

Kalau nak lagi keras, boleh guna dawai yg lagi rendah nombornya
sebelum ni, Cik Bie dah cuba guna No.30
Sangatnlah lembut. uhuhuhu..

Kemudian, Cik Bie lipat 2 bahagian pada 1 batang dawai tadi
seperti dalam gambar dibawah


Barulah boleh dipotong


Buatlah, sebanyak yang dirasakan perlu
1 bungkus dawai ada 50 batang, 
jadi, setelah di potong 2,
u'ols secara tak langsung dapat 100 batang 
dawai untuk kegunaan membuat 
Crepe Paper Flower

Bagi cara memotong crepe paper,
u'ols boleh lihat keratan rentas dibawah
potong mengikut garis putus-putus seperti dibawah

Maka, u'ols akan dapat sekitar 24 keping
crepe paper flower yang berbentuk 4 segi tepat


Contoh memotong line merah seperti dalam rajah keratan rentas di atas 

Kemudian, ambil 4 helai crepe paper yang siap dipotong 
untuk meneruskan langkah seterusnya
 bagi 1 crepe paper, u'ols akan dapati,
u'ols dapat 6 set crepe paper
1 set = 4 keping


Selepas itu, gabungkan keempat-empat crepe paper tadi 
dan lipatkan ia supaya menjadi seperti lipatan kipas



Setelah siap lipatan hingga ke hujung crepe paper,
ambil batang dawai yang telah siap dipotong 
untuk meneruskan langkah seterusnnya


Letakkan dawai dibahagian tengah crepe paper 
(yang siap dilipat)
dan pintal dawai berkenaan




Setelah itu, gunting bentuk separa bulat di hujung
kiri dan kanan crepe paper yang telah siap
dilipat itu tadi.


Hasilnya akan jadi seperti ini.


Kalau, majlis lama lagi. Boleh simpan dalam bentuk ini
If dah dekat baru kembangkan bunga crepe paper kita
seperti langkah dibawah.


Kembangkan bunga tersebut,
asingkan sehelai demi sehelai, helaian yang kita cantumkan sebelum ini
supaya dia dapat membentuk menjadi sekuntum bunga


 Bunga Crepe Paper, setelah siap di kembangkan.


*Pandangan Atas*


*Pandangan Bawah*

Nota KakiTangan :

Siap sudah tutorial Crepe Paper Flower Cik Bie,
selamat mencuba kepada semua yang mahu DIY
dengan bunga ini yang cantik dan semestinya comel. Hiks :D
Good luck buat semua!

Moga bertemu dilain waktu hendaknya
Love u'ols


  • Share:

KOLEKSI KASUT PENGANTIN

By BIE - 17:56:00 | 341 Comments
Holla sayangsss..
Hari ini dah start kerja semula.
wink.wink

Jom cuci mata bersama-sama 
tengok gambar-gambar kasut yang
cantik dan vogue the vasss ni

2 yang teratas, sangat tinggi dicarta hati Cik Bie
u'ols pulak macamana?



Ini Kasut Resepsi Memey


Ni Kasut Resepsi Blogger BRIDE-NOTE











  • Share:

KASUT PENGANTIN - PROLOG

By BIE - 06:51:00 | 281 Comments
Demi cinta dalam hatimu 
Ku yakin engkau untukku 
Meski jejak pisahkan kita 
Cinta kan bawa kembali padamu

Syoknya lagu ni
"Muara Cinta" by Siti Nurhaliza ft. Hafiz 
ok! masuk dalam carta lagu-lagu kegemaran 
hehehe

Ok Stop.! Sambung....
 

Kenapa ada gambar Cik Bie korek pensel ni?
mentang2 tengah musim budak-budak darjah 6
facing UPSR, Cik Bie pon nak join sekali?
hahaha..

Ni pengasah pensel sejak Cik Bie SPM dulu, 2006
lama kan tersimpan? Laa ni baru kuarkan balik
sebab nak asah pensel sebab nak melukis.
melukis apa?

Haahaha. macam reti je kan?
Padahal lukisan budak darjah 1
lukis tapak kaki
macam kat bawah ni


Sila abaikan kakiku yang tak berapa nak molek tu
hhehehe.. mcm giant kan? saiz 7 kui.kui.
kira besar lah kalau nak dibezakan dalam
kalangan wanita yang lain.

Salute sapa yang ada kaki saiz 4-5-6
senang nak cari kasut. Comel je Huhuhu

Apa ya sebabnya Cik Bie lukis tapak kaki pulak ni?

Ni sebenarnya request daripada kazen Cik Bie
Nama dia Mohd Nurasyraf, we'ols panggil dia Yap
kita kasi tepek gambo dia sini.
Mesti jap lagi dia menjerit. hahaha
*Suka mengusik orang*


*hahaha.. gaya nak maram retis je dia ni. haha*
Dialah yang request benda-benda ini
untuk proses pembuatan kasut majlis resepsi Cik Bie nanti
dia ni kenal orang-orang yang buat kasut n dah biasa
tolong hantar tempahkan kasut untuk sepupu sepapat
yang lain utk wedding they'ols


diatas, antara bahan-bahan yang dikehendaki
Antaranya, kain perca, lukisan tapak kaki
sepatutnya kiri dan kanan.
Tapi Cik Bie baru buat kaki kiri
lupa nak lukis bentuk kaki kanan. haha
tambah2 kaki kena kaca kan?
Segan la eden nak tunjuk kaki berbalut + berplaster

n

kena sertakan sekali design yg kita nak.
Supposedly, dia suh cik bie lukis ikut cita rasa sendiri
nak design kasut tu macamana.
Tapi, cik bie tak reti la nak lukis + mendesign kasut

so, Cik Bie akan sertakan gambar jelah nanti.
Hmmm.. kena buat revision lagi nampaknya.

Nanti Cik Bie collect2 gamba kasut n share dengan kalian semua kat sini ya 
Bye. Sampai jumpa dilain rancangan 
Insya'allah :)


  • Share: