ASDAF, CINTA & KASIH SAYANG

by - 04:54:00

Alhamdulilah, saya masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog kesayangan saya yang dah lama sangat bersawang ni. Maaf buat semua kawan-kawan seperjuangan yang setia bersama disaat susah mahupun senang. Mari kita terus berkongsi sedikit pengalaman cerita disini.

Doakan saya agar terus tekal menulis. Walaupun terkadang mood menulis ni selalu ada turun dan naiknya.

Tidak ada banyak perkara yang saya dapat ceritakan disini. Untuk entri kali ini, saya hanya mahu berkongsi sedikit pengalaman dan cerita mengenai lawatan saya ke Asrama Darul Falah Perkim atau lebih dikenali dengan nama singkatannya ASDAF pada awal tahun ini.

Apakah ASDAF?

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.

Saya tak pernah menjangka diberi kesempatan menjenguk mereka disini sehinggalah dipelawa oleh salah seorang rakan sepejabat untuk menyertai aktiviti kawan-kawannya.

Usaha anak-anak muda ini harus dipuji kerana usaha mereka yang tulus dan murni ini secara tidak langsung dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik ni. Disisi lain, usaha ini juga adalah cermin kepada pembentukan moral dan sahsiah dalam diri kita sendiri.Memupuk sikap kasih sayang, hormat menghormati dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh mereka,





Gambar dibawah ialah pemandangan dibalik Jeriji Besi ini



Kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan dan sumbangan, boleh terus menghubungi mereka di alamat dan talian ini

Asrama Darul Falah (ASDAF)
No 535/10, Cangkat Persekutuan
Bukit Persekutuan,
50480, Kuala Lumpur

Pengetua : Ustaz Zulyadain
Admin : Puan Wani

Nombor Tel: 03-22831009
Nombor Fax: 03 22833084


**Moga setiap sen yang anda sumbangkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Insya'allah.

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx